Gomo bukanlah seorang Blogger yang suka menyerang dan menghentam Pemimpin sendiri. mana pemimpin yang agak kurang betul tindakannya biasanya akan Gomo tegur sama ada melalui mesej, BBM, Tweeter ataupun Talifon. Kalau dalam Blogg pun jarang jarang sama sekali.
Tapi dalam isu
Yb Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini amat unik sama sekali kerana Gomo terpaksa Mendedahkan apa yang berlaku pada malam Akhir kempen Pilihanraya Dun Kerdau tempoh hari.
Selepas tamat pilihanraya Kampus rata rata Blogger pro kerajaan agak kurang senang dengan tindakan dan peranan yang di mainkan oleh Yb Timbalan Menteri ini. Ini semua kerana di lihat menyebelahi Pro Mahasiswa yang mana kita tahu Pro M ini adalah lebih kepada Pakatan Pembangkang dan mereka juga di taja oleh PAS dan PKR.
Ada rakan rakan Blogger yang menegur Yb Saifuddin Abdullah ini dalam blogg mereka, ada juga melalui Facebook namun Gomo mengambil jalan terbaik iaitu menegur di Tweeter. Itu sahaja lah yang Gomo mampu buat bagi mendapat kepastian dalam Agenda Timbalan menteri ini mengapa beliau membela Pro M ketika pilihanraya Kampus yang lalu.
Pendekkan cerita sewaktu di Kerdau barulah berjumpa dengan Pegawai Khas nya sewaktu penamaan Calon. Gomo ada bertanyakan hal berkenaan dan para blogger ingin mendapat kepastian mengapa Yb Timbalan Menteri di lihat lebih kepada Pro M. Pegawai Khas nya memberikan jaminan akan memaklumkan kepada Yb Tim Menteri mengenai usul yang Gomo cadangkan.
Seminggu berlalu dan Gomo serta rakan rakan Blogger menjalankan tugas sebagai Blogger tak bertuan ini di Prk Kerdau. Seluruh Kerdau kami jelajahi malah boleh di katakan di Temerloh dan Mentakab juga kami sampai.
Dalam seminggu kami di Kerdau macam macam cerita deperolehi mengenai Yb Timbalan menteri ini, emmm Gomo tak berapa nak minat Ulas mengenai hasil Komen yang di perolehi namun yang nyata Hasilnya adalah
NEGATIF.
Malam terakhir berkempen satu Ceramah telah di adakan di Pentas Ceramah Bilik gerakan UMNO Desa Murni yang menampilkan penceramah Rahimi Osman bekas Orang Kanan Anwar Ibrahim, dan juga Yb Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda BN.
Gomo yang hadir di situ bersama sama rakan
Blogger Medan Info, Keris Putra, Gelombang Rakyat, Anak Jengayan dan Orang Pangau untuk membuat liputan ceramah berkenaan. Selesai sahaja ceramah maka Gomo ambil lah Gambar mereka yang yang ada di sana.
Selesai itu Gomo ternampak Pegawai Khas Timbalan Menteri dan Gomo pun menegur bertanya khabar, di stu juga Timbalan Menteri duduk di atas kerusi dengan menyandar. Gomo menghulurkan salam kepada Yb Tim Menteri dan bertanya Khabar kepadanya. Sesi Dialog di antara Gomo dan Timbalan menteri :
Papa Gomo : Salam Dato, macam mana dengan perjumpaan kita bagi menjelaskan isu Pilihanraya kampus?
Tim Menteri: Takpelah awak semua Balun saya
Papa Gomo: Mana ada kami balun, kami menegur kerana isu tersebut pada anggapan kami para Blogger adalah besar
Tim Menteri: U All Balun bukan nya Tegur
Papa Gomo: Kalau kita balun kita balun betul betul, kita tak faham apa yang Dato nak bawak dalam menyokong AUKU dan Pro M
Tim Menteri:
"U all Not Intelligent, This Is NEW POLITICS"Papa Gomo: New Politics? Kalau New Politics Kenapa Pro M boleh menang?
Tim Menteri: I dah maklum dalam Mesyuarat MT pasal U all balun I. U all tak Gentleman"
Papa Gomo: Kalau saya tak Gentleman saya tak datang tegur Dato, Bukan kita Balun pun"
Tim Menteri:
"Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu masa je"Apabila ayat terakhirnya di ucapkan oleh Tim Menteri maka Gomo terus salam kepada Pegawai Khasnya dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Beliau. Bagai nak tak nak Tim Menteri bersalaman dengan Gomo dan selepas itu Gomo terus beredar.
Dalam waktu Perbualan Gomo dan Tim Menteri itu antara Blogger yang mendengar apa yang di nyatakan oleh Beliau adalah
Blogger Gelombang Rakyat, Medan Info Kita, Keris Putra dan Dua orang Blogger dari Sarawak Anak Jengayan dan Orang Pangau.Turut sama mendengar apa yang kami bualkan adalah Pegawai Khas Tim Menteri dan beberapa orang yang berada di sekelilingnya.
Gomo dan rakan rakan Blogger yang mendengar kata kata :
" Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je"Merasakan itulah pertama kali dalam sejarah seorang pemimpin Politik mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada Blogger. Tambah dukacita bila ianya di keluarkan oleh Pemimpin UMNO sendiri. Fuh....meluap luap waktu itu dengan kenyataan beliau.
Tak cukup di situ Gomo bagaikan tak puas hati dan menghantar mesej kepada Pegawai Khasnya dengan teks Mesej nya berbunyi begini:
"Berlagak betul Boss lu, siap ugut nak balun kita orang bebudak blogger. Aku kira Respek lah dtg jumpa Boss lu. Try lah balun bebudak Blogger. pesan kat Boss lu."Tak tahulah sama ada Pegawai Khasnya sampaikan atau tidak pesan Gomo tu tapi mesej Gomo di balas begini:
"Sampaikan salam POLITIK BARU pd mereka. InsyaAllah"Waktu ini Gomo berada di kedai minum bersama rakan rakan
Pisau.Net, GAP, Medan Info Kita, Keris Putra, Gelombang Rakyat, Gerakan Timur dan Lima rakan Blogger dari Sarawak. Kami semua Geleng kepada apa yang Timbalan menteri ucapkan sampai nak Balun kami bebudak Blogger yang Takda pangkat dan jawatan pun dalam Politik ni.
Kami ambil Inisiatif untuk menjelaskan kepada semua pada hari Isnin 7.3.2011 bersama sama. Dan sebab itulah semalam ramai di kalangan Blogger mengeluarkan artikel Menghentam YB Timbalan Menteri New Politic ni.
Semalam juga Gomo Tweet mengenai Hal ini kepada Beliau Timbalan menteri namun beliau tidak mengakuinya dan kata bersedia nak berjumpa dengan Blogger bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.
Apa yang di ucapkan nya pada malam itu
Jangan Sampai I Balun U All Blogger,
Tunggu Masa je" Tidak di akui beliau Timbalan Menteri. Beliau menafikan berkata sedemikian rupa. Bagaimana hendak menafikan jika kami bebudak Blogger pada malam itu ada 6 orang? Jelas dan Nyata apa yang Timbalan Menteri katakan.
Bila Gomo Tweet mengenai kata kata Timbalan menteri
"U All Not Inteligent" beliau juga menafikan dan menyatakan beliau hanya menyatakan pada malam itu
" U hv Understand New Politics" dan Menarik balik perkataan itu dan memohon Maaf.
Maaf? Maaf pada siapa wahai Tim Menteri? dia tak mintak Maaf pada Gomo pun, tapi pada orang lain. Malah Menipu dengan tak mengakui yang Beliau nak Balun Bebudak Blogger!
Cukup lah Yb Timbalan Menteri, Kami ni hanya Blogger Jalanan yang kecik kecik Nyamuk je. Kami tak pandai main Politik tinggi apatah lagi dengan
NEW POLITIC yang sering di gunakan Anwar Ibrahim ni.
Kalau YB nak main dengan
NEW POLITIC ciptaan Anwar Ibrahim teruskanlah kerana kami para Blogger bukan nak terlibat Bertanding jadi pemimpin atau merebut jawatan. Kami ni pejuang yang sanggup Mati demi UMNO dan Barisan Nasional.
Datangnya kami ke Kerdau dalam Parlimen Temerloh pun tak di undang, tapi itulah kami Blogger tak bertuan yang nak Berjuang walau apa cara sekalipun. Kalau tak mengalu alukan kami datang Temerloh hari tu cakap kan senang. Boleh lah kami ke Merlimau je buat menyambung wadah perjuangan.
Gomo berkata Benar dan di saksikan oleh 5 orang Rakan Blogger yang lain. Gomo tak suka balun Pemimpin sendiri namun Kali ini WAJIB Balun bagi memberi Pengajaran kepada Pemimpin UMNO yang lain agar jangan Bongkak dan Sombong dengan kami para Blogger ni.
Perjuangan Kami ni tahap tertinggi, Tak suruh pun kami buat. Nak hargai boleh hargai tapi kalau nak BALUN kami maka silap Orang lah jawapnya.
Semoga Timbalan Menteri Dato Y ini lebih Menggunakan OTAK di lain masa bila nak mengeluarkan apa apa kenyataan. Buat kerja yang lebih baik untuk Kementerian Pelajaran Tinggi dan bukan nya nak Main Wayang Tinggi.
Kami Blogger Blogger Nyamuk Pejuang Tak Di Dendang Dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Terima kasih kepada pemimpin UMNO dan BN yang menghargai kami. Sesungguhnya pada kami....PERJUANGAN BELUM SELESAIPsssttt... Agak Emo menulis di akhir perenggan...marah kot dengan Timbalan menteri ni...isy....Blogger Gelombang Rakyat - Timbalan Menteri “Y” Agen Anwar Dalam Kerajaan...Blogger Pejuang Bangsa - Saifuddin Abdullah Perlekehkan Blogger Pro BN Tidak Intelektual...Blogger Pilihanraya Kini - Saifuddin Tidak Cerdik....Jambu Nuar Masa Universiti
Blogger Melayu Pasir Gudang - Saifuddin Ahli Parlimen Temerloh Bagai Kadok Naik Junjung
Blogger Parpukari - Kite Bakor! Saifuddin Abdullah Adalah Trojan Horse PKR Dalam UMNO..!Blogger Angin Perubahan - Ada Seorang Timbalan Menteri Kurang Intelektual
Blogger The Unspinners - Saifuddin Abdullah: Apa Punya Wakil Rakyat..??Blogger Keris Putera - Abg Fuddin Kurang Cerdik!!Blogger The Flying Kick - Ada Yang Panas Buntut, Ada Yang Gosok Perut...Blogger Gerakan Anti PKR - Saifuddin Abdullah Gelar Bloggers Pro UMNO...?Blogger Medan Info Kita - Minda Saifuddin Abdullah Jadi Mangsa Liwat Anwar...???
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...