Kami Bukan Lidah BiawakAgak hangat dengan letusan gunung berapi beberapa orang Blogger mengenai isu UMB iaitu Unit Media Baru yang di katakan banyak masaalah dan menyalahgunakan peranan yang sepatutnya. Apakah benar semua itu?
Gomo merupakan seorang Blogger yang Tidak Bertuan, mula menjadi Blogger selepas kejatuhan Empayar Barisan Nasional di
PRU ke 12 yang lalu. Tidak ada yang menyuruh malah tidak ada sesiapa yang memaksa untuk berjuang dalam media Cyber ini namun Kehendak hati dan Akal fikiran yang mendorong Gomo untuk berblogg.
Tak terlintas pun untuk menjadikan minat Berblogg ini sebagai satu sumber mencari keewangan, apatah lagi nak melobi Projek mahupun jawatan dalam peringkat tertinggi. Apa yang di niatkan adalah untuk perjuangan bagi memastikan Rakyat sedar siapa
Anwar Al Juburi dan Penipuan dan Fitnah Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS.Waktu itu tidak wujud UMB dan yang ada hanyalah Kesatuan Blogger Blogger pro kerajaan yang di kenali sebagai
BLOGGER PEMBELA NEGARA (BPN) Hasil inisiatif Blogger
Panglima Perang Cyber.Kami menjadi semakin Lantang bersuara dan semakin hari semakin ramai Blogger blogger baru yang muncul sehinggakan waktu itu Blogger Pembangkang merasai tempias kami BPN ini. Malah serangan terhadap BPN datang mencurah curah dari Pakatan Pembangkang.
BPN tidak mempunyai Elaun mahupun apa apa sumber keewangan kerana kami berjuang demi
Agama, Bangsa dan Negara. Masing masing menggunakan wang poket sendiri dalam membayar Bil Broadband mahupun apa apa kos sekalipun.
Lalu tubuhlah Unit Media Baru yang di pengerusikan oleh
Tun Faisal Exco Pemuda UMNO Malaysia. Perjumpaan kali pertama di buat di Putrajaya yang di hadiri Blogger seangkatan
GAP, PISAU.Net, Parpu Kari, Panglima Perang Cyber. RBF dan beberapa nama lain yang Gomo tak berapa ingat dan termasuklah
Gomo sendiri.
Hasil dari pertemuan itu di persetujui bahawa Blogger Blogger yang bernaung di bawah UMB akan di Kelolai oleh Tun Faisal sebagai pengerusinya. Tidak ada Wang mahupun ganjaran yang di berikan kepada kami dan kami juga tidak meminta apa apa dari UMB memandangkan kami berjuang kerana
Agama, Bangsa dan Negara.Untuk makluman semua waktu itu kami di kalangan Blogger hanya mengeluarkan SATU artikel sehari dan kadang kala 4 hari satu artikel sahaja. Kami lebih banyak menggunakan Ruangan Komen dalam berhujah mahupun menyangkal Dakyah dan Fitnah pakatan Pembangkang. Dan waktu itu Memang tidak di nafikan Blogger Pakatan Pembangkang amat Kuat dan di lengkapi dengan segala kemudahan dan Strategi Cywar yang begitu hebat.
PRK demi PRK berlalu dan ramai lah Blogger yang di bawa ke PRK atas nama Unit Media Baru ini. Segala galanya nampak menarik bila tiap kali PRK sedikit Elaun buat para Blogger mengisi minyak dan kos yang perlu.
Saban hari kami para Blogger semakin kerap menghentam Pakatan pembangkang dan artikel dalam Blogg juga dalam sehari semakin meningkat. Malah medium FB yang ada juga di terokai kami untuk lebih menyampaikan Maklumat. Pendek kata apa sahaja peluang yang ada akan kami gunakan sebaik mungkin.
Ini merupakan Inisiatif kami para Blogger dan bukannya datang dari UMB.Masuk ke PRK Galas kami para Blogger semakin matang dan dapat menilai kemampuan masing masing dalam peperangan Cyber ini.
Di Galas lah merupakan satu tugasan yang terbaik kami berjaya lakukan dan merupakan satu Cywar yang paling hebat setakat ini jika nak di bandingkan dengan PRK PRK yang lain.Namun apa yang di lakukan kami bukanlah datangnya dari UMB tapi kami sendiri para Blogger Blogger tak bertuan ini. Malah pada waktu ini sudah ramai yang tidak mendukung UMB dan bergerak bebas dengan ruang masing masing seperti Parpu kari, GAP, RBF dan lain lain Blogger. Gomo? Masih lagi bersama UMB kerana tidak berminat dengan isu isu yang melanda UMB pada waktu itu.Berakhirnya PRK Galas kami para Blogger duduk berbincang dan melihat dari segala sudut yang ada dalam memarakkan lagi perjuangan kami ini. Macam macam pendapat dan perdebatan berlaku di antara kami dalam memastikan kami terus mendukung UMNO dan Barisan Nasional. UMB tidak terlibat kerana
UMB tidak berminat untuk membuat Post Moterm.
Di PRK Tenang kami semua bergerak secara individu dan mengikut hala tuju masing masing. Namun apabila sebelah malam kami akan berkumpul untuk membuat perbincangan dalam isu isu yang dapat di mainkan dalam PRK Tenang. Dan sekali lagi Gomo nak nyatakan apa yang
kami lakukan bukanya datang dari UMB namun ianya adalah inisiatif kami sendiri para Blogger.Selepas Tenang semakin banyak lah isu isu yang di dengar dan di perolehi mengenai UMB di bawah Tun Faisal ini. Banyak isu tertumpu kepada
Wang Elaun buat Blogger, Pas Media dan peranan UMB dalam PRK. Ini di bangkitkan memandangkan kami Para Blogger menjalankan tugasan atas inisiatif kami para Blogger dan bukannya datangnya dari UMB.
PRK KERDAU dan MERLIMAU menjadi kemuncak nya mengenai peranan UMB dalam Cywar alaf baru ini. Ramai Blogger yang turun di Kerdau memandangkan PRK Kerdau di jangkakan mendapat saingan sengit dari parti PAS yang bertanding. Turun nya kami kali ini agak lain dari yang lain kerana masing masing sudah mempunyai bantuan dari segi tempat tinggal dalam menjalankan Cywar Media Cyber dan ianya
bukan datang dari UMB.Gomo, Gelombang Rakyat tinggal di Mentakab manakala GAP, Pisau, Medan Info, Keris Putra, gerakan Timur di Bandar Temerloh. Parpu Kari dan The Flying Kick datang sehari dua dan kemudiannya ke Merlimau. Darul Ehsan Today, Media Permatang Pauh, Dr Novandri, Pejuang Bangsa,Empayar Melaya menetap di Desa Murni. Semuanya bukan di sediakan oleh UMB tempat tinggal kami ini.Matlamat kami Perjuangan dan ingin melihat Kerdau Menang walaupun kami tak di Jemput untuk datang. Walhalkan melalui PCM yang menguruskan jentera Cyber di PRK Merlimau memanggil kami untuk membantu mereka berjuang di sana.
Jika kami Kemaruk Wang Ringgit sudah pasti semua Blogger akan berduyun duyun ke Merlimau memandangkan PCM siap sedia menyediakan segala keperluan kami. Malah siap di berikan pakej Makan Ikan Bakar Umbai pulak tu untuk kami para Blogger.Hakikatnya kami tidak ke Merlimau kerana demi
Agama Bangsa dan Negara dan inginkan Barisan Nasional menang ke atas PAS di Kerdau maka kami Berkampung sejak hari penamaan calon sehingga tamat Pilihanraya.
Tidak ada Wang Ringgit di janjikan kepada kami kerana kami tahu siapa yang sudi menghulurkan bantuan buat tampungan minyak kereta dan makan sehari dua kali ni.
Fuh panjang tu beb cerita sejarah ni........
Apa apa pun esok
SIRI 2 akan Gomo susuli bagaimana hari pertama penamaan Calon yang bermula lah
rasa Geram dan Kecewa kami terhadap segelintir pemimpin Barisan Nasional.Dan juga peranan UMB yang
GAGAL melakukan apa apa sepanjang tempoh Pilihanraya Kecil Kerdau yang lalu
Esok Jam 3.30 ptg Siri 2.......Psssttt.... Apa yang Gomo katakan adalah Benar belaka melalui ingatan Gomo yang belum Nyayuk macam Nik AjisDAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...