Sambungan dari
Siri 1 dan
Siri 2 .....
Siri 3 ni lebih kurang sama je dengan siri 2 yang mana isu Pas media masih lagi menjadi masaalah kepada kami para Blogger. Untuk makluman semua pada hari pengundian ramai di kalangan pembaca Blogg, Tweeter, Facebook dan juga rakan rakan di dalam BBM dan juga rakan di luar Kerdau bertanyakan dan menunggu nunggu laporan terkini dalam proses pengundian.
Jika kita ingat di dalam Tweeter, Blogg dan juga Facebook pihak Blogger Pembangkang menyampaikan maklumat peratusan pengundian lebih cepat dan awal dari pihak SPR. Kenapa mereka awal? kenapa SPR lambat dan kenapa kita di sebelah BN juga lambat?
Apakah anda masih ingat bagaimana di
PRK Hulu Selangor dan Sibu bila pihak Pembangkang melalui Blogger mereka menyampaikan perastusan dan pengundian lebih cepat pada kita sehinggakan ramai yang percaya dengan penipuan mereka dalam keputusan pengundiaan yang berlangsung.
Mereka pihak Pakatan pembangkang pasti akan melaporkan Undi kepada mereka telah melebihi Barisan Nasional. Malah
Malaysiakini portal besar mereka juga melaporkan yang Barisan Nasional kurang undi dari Pembangkang. Walhalkan keputusan yang sebenar BN terus mendahului undi.
Itu lah yang Pakatan pembangkang mainkan kerana apabila tewas sahaja dan keputusan sudah tidak menyebelahi mereka maka mereka akan memainkan sentimen BN Menipu dalam Pilihanraya dengan mengaitkan
Undi Pos dan Pengundi Hantu membantu kemenangan BN. Ini lah yang kita para Blogger ingin lakukan, iaitu memberikan maklumat terkini pengiraan undi yang Sahih dan terkini kepada Rakyat.
Berbalik kepada Pengiraan undi,
Pas media menjadi keutamaan dalam membenarkan kami untuk masuk dan membuat liputan secara langsung keputusan demi keputusan peti undi yang keluar di Skrin SPR. Tapi tampa Pas Media?
Gomo sebenarnya malas dah nak cerita dalam Siri 3 ni. Kerana makin lama Gomo cakap dan makin banyak Gomo keluarkan mahu
mengamok pulak rakan rakan Blogger seangkatan. Isu Pas Media ni merupakan masaalah besar dan memang merupakan keperluan kami para Blogger dalam menjalankan liputan sepanjang Pilihanraya.
Sebenarnya ada lagi benda paling Terok dan Gampang yang berlaku masa PRK Kerdau. Namun biarlah Gomo dan rakan rakan Blogger lain simpan di dalam hati dan bercerita kepada mereka yang bertanyakan hal tersebut. Memang Mengaibkan betul Blogger Blogger Pro Kerajaan BN. Isy.....dasyat.....Betapa Hina nya Blogger Pro Kerajaan BN sampaikan dalam Kubu sendiri di Coman Centre pun di larang Masuk! Fuh Memang Dasyat, semoga apa yang berlaku di Kerdau dan pilihanraya piliihanraya yang lain menjadi pengajaran kepada BN terutama UMB untuk memperbaiki diri masing masing.
Ingatlah kami para Blogger bukanlah musuh mahupun lawan, kedatangan kami dalam dunia politik hanya ingin membantu Barisan Nasional menang dan terus menang. Jangan di hina kami para Blogger, kerana perjuangan kami Agama Bangsa dan Negara.
Pada Gomo
UMB harus di Rombak dan di berikan Nafas Baru agar lebih berkemampuan dalam menjalankan kewajipannya di bawah Sayap Pemuda UMNO ini. Jangan di biarkan hal ini berterusan kerana Buruk akibatnya kelak.
Ada yang kata kenapa isu UMB ni sekarang baru timbul, Gomo nak jelaskan sebenarnya masaalah UMB ni wujud sejak
Pilihanraya Hulu Selangor lagi, namun di diamkan oleh kami para Blogger. Dan di Kerdau membuatkan kami sudah tidak tahan dengan karenah UMB yang boleh di katakan Lembab dan kurang Bijak ini. Maka eloklah kami menegur sebelum terlambat.
Ada baiknya UMB di tegur sekarang daripada akan datang. Bayangkan lah jika hampir PRU 13 baru isu UMB ini meletop apa akan jadi? Sudah pasti waktu itu segala galanya kucar kacir dan kelam kabut. Maka Elok sangatlah sekarang ini di Hebahkan agar menyedarkan pihak pihak yang berkenaan di dalam UMB.Kita para Blogger Berjuang Demi UMNO dan Barisan Nasional. perjuangan kami Ikhas sejak kami menulis di dalam Blogg artikel yang pertama lagi. Bukan kami Lapar dengan Wang Ringgit tapi kalau siapa yang bagi Kami Sapu. Ingatlah Blogger ini tidak bertuan,
kami Hantu Raya yang tak bertuan. Namun Matlamat kami satu iaitu memastikan Barisan Nasional kekal sebagai Kerajaan yang Sah.
Psssttt...Elok Bubar atau Rombak Strukturnya?DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...