Pengundi Dun N.45 Palagus Kapit Inginkan Anak Tempatan
Tuesday, April 12, 2011
Petang tadi ceramah kelompok Barisan Nasional di adakan di Rumah Panjang Ibong yang di huni oleh 23 pintu yang mana mempunyai 86 orang pengundi berdaftar.
Wakil dari Tuai rumah yang berhampiran turut hadir bagi mengenali sendiri calon Anak tempatan yang akan mewakili mereka jika kemenangan di pihak BN pada 16hb nanti.
Gomo tertarik dengan kata tuai rumah mengenai perkembangan anak anak mereka di Rumah Panjang Ibong bila tuai rumah menyatakan di dalam rumah panjang ini terdapat 8 orang anak yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi. 2 master 6 orang degree. Semuanya mendapat biasiswa kerajaan.
Hebat anak anak masyarakat pendalaman di Sarawak ini. Jangan kita salah bila memandang rendah pada mereka dalam bidang yang di ceburi. Sudah terbukti mereka juga hebat dalam pelbagai bidang.
Calon BN bagi Dun N.54 Pelagus memang seorang yang santai dan berhati rakyat. Beliau merupakan anak tempatan dan berbangsa Iban. Ini yang sebenarnya di ingi rakyat Dun Palagus iaitu calon anak tempatan yang dapat bersama sama mereka dalam apa jua cabaran.
Gomo akan laporkan perjalanan hari ini dalam sedikit masa lagi. Memang hebat Kapit ni, sungguh di luar jangkaan. Pembangunan mengalahkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS dan Permatang Pauh di bawah Anwar Ibrahim.
Published with Blogger-droid v1.6.7
Read more...













