Kaum Cina Semakin Racist AKibat Keterbukaan Kita Kepada Mereka

Monday, April 18, 2011




KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.


Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.


Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.”



“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.



“Kemungkinan SUPP ada melakukan kesilapan, tetapi yang lain-lain dalam BN juga didapati ada kekurangan. Tetapi keseluruhan penolakan adalah oleh masyarakat Cina,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.



Pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan berbanding 2006.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR memperoleh 15 kerusi dan Bebas satu.



Sambil mendakwa beliau akan dipanggil sebagai rasis kerana membangkitkan perkara ini, kata Dr Mahathir, sepanjang lima dekad lalu kaum-kaum di Malaysia telah bekerjasama untuk membina negara.



“Dunia telah menyaksikan kerajaan BN yang stabil dengan kuasa dan kekayaan dikongsi oleh semua kaum dengan adil.



“Tiada kaum yang memperoleh semua yang dianggap sebagai hak mereka – bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan Iban, Kadazan atau sebagainya. Kesemua perlu mengorbankan sesuatu. Ini (bahagian) penting dalam perkongsian,” katanya lagi.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mendakwa DAP mengamalkan pendekatan sedemikian dan pernah menyamakan dengan pendekatan PAP dari Singapura.



Sebaliknya dakwa Dr Mahathir, persekitaran perkongsian kuasa dan kekayaan ini dimusnahkan oleh DAP dengan memisahkan kaum Cina daripada kaum-kaum lain.



Sehubungan itu, kata bekas presiden Umno ini, beliau berharap perkara yang sama tidak berulang apabila negara mengadakan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut dalam waktu terdekat.


Petikan The Malaysia Insider

Gomo setuju dengan kenyataan dan pandangan Tun Dr Mahathir mengenai Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak yang berakhir pada Sabtu yang lepas. Undi Kaum Cina memihak kepada DAP membuktikan bahawa Bangsa Cina pada hari ini di tanam dengan Sifat Perkauman yang besar sehingga mereka Kaum Cina lupa Asal usul bangsa mereka.

Gomo tidak mahu mengulas panjang namun Gomo nak ingatkan kaum Cina agar mereka ingat apa yang berlaku kepada Kaum Minirity Islam di Selatan Thailand yang di asingkan dan di abaikan oleh Kerajaan Thailand.Hal ini besar kemungkinan akan berlaku kepada Kaum Cina jika mereka merasakan Kaum Cina sudah mampu menawan Malaysia.


Psssttt... MCA,GERAKAN dan SUPP sudah Bungkus, Hanya UMNO dan PBB dapat memastikan BN Berkuasa.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

CYBER WAR - Hanya Pro UMNO Yang Berjuang, Di Mana Komponen Parti Yang Lain? MCA? MIC? GERAKAN?




Selesai sudah Pilihanraya Negeri Sarawak maka banyaklah rumusan rumusan yang di keluarkan oleh ramai pihak baik dari Pemimpin Politik, NGO, Penganalisis, Rakyat ataupun sesiapa sahaja yang meminati perjalanan Politik Malaysia ini. Para Blogger juga tidak lari dari rumusan dan pandangan mengenai perjalanan Politik Tanah Air.

Untuk makluman semua Perang Media Cyber semakin hebat kebelakangkan ini yang mana merupakan salah satu dari Faktor yang menyumbang kepada Kemenangan dan Kekalahan sesebuah parti yang bertanding. Ini telah di tunjukkan dalam banyak Pilihanraya Kecil yang di adakan sebelum ini.


Faktor Kemenangan
Barack Obama Merebut Jawatan Presiden Amerika
Kerana Media Baru Nya

Di sebelah Pakatan Pembangkang di lihat jentera Cyber PAS dan PKR menguasai pentas utama dalam mewakili Pakatan Pembangkang. Walaupun demikian DAP juga menngunakan sebaik mungkin peluang yang ada dalam Perang Cyber ini dengan Jentera nya yang banyak menggunakan para pelajar dalam menggunakan medium Tweeter dan juga Facebook untuk menyebarkan dakyah dan menarik rakyat menyokong Pakatan Pembangkang.

Gomo lihat di sini DAP menyedari akan kekuatan Media Baru dan oleh itu mereka pimpinan DAP boleh di katakan semua pemimpin nya menggunakan laman Tweeter dan juga Facebook dalam menyebarkan Propaganda Anti Kerajaan BN. Ini di susuli pula dengan petugas petugas yang mana di punyai DAP seperti Media Rakyat.

Setiap Ceramah yang di adakan DAP turut di rakam dan kemudianya di sebarkan melalui You Tube dan di linkkan ke dalam Tweeter dan juga facebook buat rakyat melihatnya. Ini merupakan satu kaedah yang di amalkan DAP dalam meluaskan pengaruhnya terutama kepada pengundi pengundi Muda Kaum Cina.

Di Sebelah Barisan Nasional kita dapat lihat hanya Jentera Cyber Pro UMNO sahaja yang ada. Malah ianya semakin berkembang pesat menjadikan waktu ini Blogger Pro Kerajaan Mendominasi Medan Tempur Cyber walaupun pada satu ketika yang lalu Media Cyber Pakatan Pembangkang Menguasai seluruh Medium.

Media Cyber pro UMNO ini di lihat semakin Agresif menggunakan peluang yang ada sama ada melalui penyebaran di Blogg, Forum, Portal, Tweeter, Facebook, You Tube dan lain lain. Usaha ini juga di lihat membantu kepada kemenangan Barisan Nasional dalam mendekati para pengundi Muda yang rata rata mereka ini melayari Internet.


Tumbangnya Mubarak Turut di Sebabkan
Pengaruh Media Baru yang Mengapi Apikan Sentimen
Anti Mubarak

Pada Gomo di sebelah pihak UMNO tidak mempunyai masaalah dalam peperangan Cyber. Namun agak mengecewakan di sebelah parti Komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, GERAKAN dan lain lain.MCA, MIC, GERAKAN di lihat tidak mampu untuk berperang dalam Media Cyber apatah lagi untuk mendekati para pengundi muda menyokong Parti Mereka.

Sebagai Contoh MCA parti kaum Cina terbesar dalam Komponen Barisan Nasional di lihat lebih selesa dan tidak mampu untuk menandingi DAP yang mengunakan peluang yang ada cyber War alaf Baru ini.

Malah jika di bandingkan dengan DAP hanya beberapa kerat sahaja kepimpinan MCA yang melayari Tweeter dan itu pun hanya sekadar melaporkan Program yang di hadiri mereka dari masa ke semasa. Lebih dari itu amatlah jarang sama sekali.

Bagaimana MCA ingin menarik kembali sokongan para pengundi Cina kepada mereka jika di dalam Cyber War juga mereka Tewas kepada DAP? Sokongan pengundi Muda Cina amat di perlukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan jika hal ini pun MCA Gagal melaksanakannya adalah besar kemungkinan bahawa waktu ini dan akan datang MCA hanya akan di warisi dengan Orang Tua dan bukan lagi pemimpin Muda.

MCA, MIC dan GERAKAN di lihat seolah oleh tidak mempercayai kepentingan Media Baru yang wujud pada hari ini. Barangkali di atas faktor tersebut menjadi penyebab mereka kurang faham apa kehendak para pengundi di bawah dan suara anak anak muda yang ada.

Dalam Politik Tanah Air yang ada hari ini adalah sewajarnya semua parti Politik menggunakan peluang yang ada dalam memastikan agar Parti yang mereka wakili lebih di percayai dan menjadi pilihan rakyat. Gunakan apa sahaja kaedah yang ada dalam hal ini termasuk lah Media Baru yang di lihat semakin berkesan peranannya dalam menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding.


Media Baru Penting Dan Jangan Di Pandang Remeh
Peranan Yang Mampu Di Laksanakan nya

MCA, MIC dan GERAKAN Harus ingat bahawa di dalam Komponen Barisan Nasional bukan hanya UMNO sahaja yang perlu membuat kerja dalam memastikan Kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 akan datang. Setiap parti Komponen perlu Menjalankan tugas yang ada dan mengambil inisiatif dalam menarik Rakyat untuk bersama BN.


* Untuk makluman Media Baru yang Gomo maksudkan dalam Artikel Ini bukanlah Media Baru UMNO di bawah Tun Fuckzal........ Ramai Pejuang Cyber bergerak atas Inisiatif sendiri.


Psssttt...Besar harapan Dato Seri Najib terhadap kita semua para pejuang Cyber........


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Porst Mortem PRN Sarawak - Taib Must Go........


Pehin Seri Haji Abdul Taib Bin Mahmud

Ketua Menteri Sarawak


Selesai sudah Pilihanraya Negeri Sarawak yang mana bermula pada 6hb April Penamaan Calon nya dan 16hb April tarikh pembuangan undi. Proses pilihanraya Negeri kali ini juga berjalan lancar walaupun terdapat beberapa insiden yang mencetuskan ketegangan.

Gomo sudah berada di Sarawak sejak 3hb April bersama rakan rakan Blogger GAP dan Pisau.Net dan sepanjang kami di Sarawak dalam mejalankan tugasan Pilihanraya ini kami dapati isu Taib Must Go tidak benar benar wujud sama sekali di kawasan kawasan luar bandar yang mana isu Taib Must Go sebenarnya hanya tertumpu di kawasan Bandar sahaja.

Kawasan Bandar seperti Kuching, Miri, Sibu semuanya di monopoli oleh Kaum Cina dan sentimen Taib Must Go ini di lihat hanya satu bentuk Modal pihak DAP dan PKR dalam kempen mereka pada Pilihanraya kali ini.

Dengan keputusan Pilihanraya memihak kepada BN dengan Majority 2/3 yang mana PBB parti yang di ketuai oleh Pehin Seri Taib menang besar menunjukkan bahawa sentimen Taib Must Go adalah tidak relevan sama sekali. Jika benar rakyat Sarawak menolak Pehin Seri maka sudah pasti PBB akan turut sama Karam bersama sama dengan SUPP pada PRN kali ini.

Apa yang Gomo lihat sebenarnya Kaum Cina bukan lagi memikirkan Ekonomi mereka sebaliknya Kuasa yang cuba di raih dalam menjadi Kerajaan di Negeri Sarawak. Kuasa yang DAP perolehi di Selangor dan Pulau Pinang menjadikan penyebab utama untuk Kaum Cina menyokong DAP agar Sarawak juga dapat di tawan dan menjadikan DAP kuasa Dominan dalam Kerajaan.

Tamat sahaja Pengundian dan keputusan di umumkan kita sendiri dapat lihat bagaimana ada mulut mulut Sumbang dari Pemimpin Kaum Cina di dalam Barisan Nasional yang menyatakan punca SUPP tewas dan kerusi Pembangkang bertambah adalah Faktor Taib yang tidak berundur. Apakah Logik kenyataan dari pemimpin Cina dari Komponen Barisan Nasional ini?

Sentimen Kaum Cina yang memihak kepada Pembangkang terutama DAP ini bukanlah baru ianya telah di tunjukkan sejak dari Pilihanraya Kecil Bukit Gantang lagi dan kemudianya ke setiap pilihanraya Kecil lain yang ada. Undi kaum Cina tidak pernah sama sekali memihak kepada Barisan Nasional dan ini memberikan gambaran sebenar bahawa Faktor Taib Must Go menjadi penyebab SUPP Tewas adalah tidak benar sama sekali.

Sepanjang Gomo di Sarawak Gomo telah pergi banyak tempat dan yang paling jauh adalah Kapit sebuah daerah pendalaman yang mana untuk sampai ke sana perlu menaiki Boat dalam masa perjalanan 2 jam 30 minit. Dalam perjalanan kami ini banyak pembangunan yang terbina dalam pentabdiran Pehin Seri dan menunjukkan tempoh 30 tahun beliau menjawat jawatan Ketua Menteri adalah amat berbaloi buat rakyat Sarawak.

Jauh benar jika nak di bandingkan Kejayaan Pehin Seri dengan Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar yang mentadbir Kelantan selama 20 tahun lamanya. Itu merupakan satu contoh jelas bahawa Pehin Seri amat Komited dalam memajukan negeri Sarawak berbanding Nik Aziz yang di lihat hanya inginkan kerusi Empuk Menteri Besar semata mata.

Sewajarnya Pehin Seri Kekal sebagai Ketua Menteri sekuruang kurangnya sehingga ke PRU 13 nanti bagi menjalankan tugasnya sebagai Ketua Menteri rakyat Sarawak. Bukan senang untuk mentadbir Sarawak yang luasnya mengalahkan Semenanjung dan muka bumi nya yang tidak menentu. Belum di tambah lagi dengan karenah adat adat sesuatu bangsa yang perlu di perhalusi dalam membuat keputusan.


Kabinet Pakatan Pembangkang Sarawak

Jika Mereka Menang Majority 2/3

PBB menang selesa dan yang tews adalah parti Komponen BN wakil kaum Cina. Jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa Kaum Cina sudah di ikat oleh DAP dan PKR Cina yang memberikan satu Amaran kepada seluruh Komponen Barisan Nasional pada PRU 13 kelak Undi Kaum Cina adalah berasaskan Perkauman yang mana KUASA menjadi Idaman mereka dan bukan lagi semangat Malaysia yang berbilang Kaum ini.


Taib Must Go On


Psssttt.... Bukan mudah nak uruskan Sarawak, jangka masa yang panjang dalam semua tindakan agar dapat menjaga semua kaum


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP