UMNO Ada Jemput kau Pergi Ke Sambutan UMNO Ke 65 Tahun ?
Thursday, May 12, 2011
Semalam sambutan Ulang tahun UMNO ke 65 tahun yang telah di adakan sambutannya di PWTC. Gomo tidak dapat hadir kerana berada di Johor Bahru atas urusan peribadi. rakan rakan Blogger ramai yang bertanyakan kepada Gomo dengan satu soalan yang agak Berat Gomo nak jawap.
" UMNO ada jemput kau pergi ke sambutan UMNO ke 65 tahun ?"
Gomo yang memang dalam mood bercuti bersama keluarga di Johor nak tak nak jawap dengan nada yang berat lagi kurang upaya dengan jawapan:
" Tak Jemput Lah Bro"
Setiap SMS, Panggilan talifon dan BBM yang mengajukan soalan yang sama kepada Gomo maka itulah jawapan Gomo semalam.
" Tak Jemput Lah Bro"
Gomo sebenarnya tidak ambil kisah dengan jemput atau tidak dalam meraikan sambutan Ulangtahun UMNO ke 65 tahun ini kerana pada padangan Gomo ramai pemimpin UMNO yang agaknya sibuk dengan tugas masing masing. Al maklum pemimpin Politik katakan.
Gomo sendiri telah meminta bantuan 2 orang rakan Blogger dari Wangsa Maju untuk ke PWTC bagi membuat liputan dan kehadiran Badut Rakyat dan Malay Delima semalam juga tidak di jemput namun kami merasakan adalah wajar jika ada blogger yang membuat liputan pada sambutan Ulang Tahun UMNO semalam.
Gomo pun sebenarnya tertanya tanya kenapa Blogger tidak di jemput? Ada lah sedikit kekecewaan tu namun Gomo buat tak peduli kerana bukan sekali dua hal sebegini berlaku malah dah beratus kali Blogger tak di undang dalam satu satu majlis pun.
Pada kami mudah, siapalah kami Blogger Nyamuk ni, kami berjuang di jalanan dan bukan lah satu kepentingan pun untuk di jemput oleh UMNO ke majlis sebegini. Nasib baik lah datang ke satu program tak di halau kalau di halau lagi lah malu kami ni.
Namun Gomo percaya sebenarnya masih ramai pemimpin UMNO yang menghargai para Blogger ini. Terima kasih kepada yang menghargai kami para Blogger jalanan.
Buat UMNO Gomo ucapkan selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 65 dan di harapkan juga agar bersatu dalam menghadapi PRU 13 yang akan tiba. Jentera setiap sayap mesti di kuatkan bagi memastikan Kemenangan BN kelak.
Kami Blogger Nyamuk ni tak payah lah nak hirau sangat, pandai pandai lah kami jaga diri. Al Maklum Blogger je katakan. Ada ke takda sama je dalam arus Politik tanah air, tak membantu pun kemenangan BN.
UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA
Psssttt....makan dalam beb......
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...





