Perjanjian Syaitan - Hussam Musa Tikam Nik Aziz Rupanya Dengan Bayaran RM350 Ribu Kepada Kickdeffela

Thursday, June 2, 2011





Bermula semalam hura-hara dunia cyber dibuatnya berhubung perjanjian syaitan antara calon Naib Presiden Pas dengan bekas ayam tambatannya.

Cakap-cakap di laman cyber mengatakan Husam telah membayar kepada Kickdefella sebanyak RM 300,000 melalui orang tengahnya, manakala Husam lari keluar negara selama berminggu-minggu untuk menunjukkan dia gentle kerana tidak terlibat dengan sebarang aktiviti kempen.

Petang semalam seorang pegawai khas Husam telah menafikan perkara tersebut, manakala hari pula Husam sendiri yang menafikannya. As usual, Umno yang menjadi mangsa.

Tup…tup…tanpa disangka-sangka petang ini niat Kickdefella membuat sidang media bagi menafikan dia ke negara China bersama Husam dan menerima wang sebanyak RM 300,000 telah membuka satu pekung lain. Lain yang bengkak lain yang bernanah.
Kickdefella dalam kenyataan medianya petang tadi di Bukit Kiara menafikan dia ke negara China bersama Husam serta menerima RM 300,000 darinya, tetapi memberitahu wartawan dia menerima RM 350,000 TUNAI  pemberian peribadi dari Husam melalui orang tengah kepadanya sebagai tanda simpati kerana telah ditamatkan kontrak oleh Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kontrak Kickdefella ditamatkan lebih awal setahun oleh Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK kerana Kickdefella bermasalah dengan menantu Nik Aziz yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK pada masa itu. Nik Aziz telah menyampaikan sendiri cek yang bernilai RM 20,000 kepada Kickdefella sebagai pampasan kerana kontraknya ditamatkan lebih awal.

Pada masa itu Husam berdiri teguh di belakang Nik Aziz dan Ariffahmi. Sedangkan Kickdefella bertugas dengannya. Tetapi di belakang Nik Aziz dan Ariffahmi , Husam berhubung melalui orang tengah dan membayar ‘pampasan’ secara TUNAI dengan jumlah yang begitu banyak kepada Kickdefella.

Dalam hal ini bermakna Husam telah mengkhianati Nik Aziz dari belakang. Depan tunjuk baik, belakang tikam.

Itulah Husam Musa, seorang manusia yang cukup licik. Selama ini kita sering mendengar bermacam-macam cerita mengenai dia termasuklah dakwaan yang mengatakan dia mempunyai wang tunai yang banyak dan pernah disiasat oleh SPRM. Akan tetapi semua itu tidak mengena kerana tiada bukti. Dia memang seorang manusia yang cukup licik.

Saya yakin kali ini dia tidak akan terlepas lagi. Pendedahan Kickdefella sebentar tadi adalah sesuatu yang menggemparkan. Lain yang dicari , lain yang dapat.
Mengikut sumber, dalam sidang media petang tadi, Kickdefella banyak tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya berkenaan hubungan dia dengan Husam. Dia terlalu banyak play safe yang mana tindakannya itu menunjukkan dia masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Husam dan jawapan-jawapannya banyak menyelamatkan Husam.
Nampaknya selama ini pemimpin serta ahli-ahli Pas telah ditipu oleh Husam kononnya dia bermusuh dengan Kickdefella. Nik Aziz sendiri juga turut ditipu oleh Husam.

Persoalannya kini, dari manakah Husam mendapat duit yang begitu banyak untuk dibayar kepada Kickdefella melalui orang tengah ? Perkara ini perlu disiasat oleh SPRM.
Apa pula keperluan dia membayar sebegitu banyak kepada Kickdefella sedangkan pejuang-pejuang Pas yang lain terpaksa mengorbankan segala harta benda yang ada untuk perjuangan di dalam Pas ?

Bukankah lebih baik wang tersebut diagih-agihkan kepada setiap cawangan Pas untuk meneruskan perjuangan Pas ?

Perkara-perkara inilah yang perlu dinilai oleh para perwakilan yang akan membuang undi esok. Anda semua di minta berkorban jiwa, raga dan harta benda kepada Pas, tetapi pemimpin anda di atas senang-senang sahaja beri kepada orang yang menimbulkan kacau bilau dalam Pas serta ganggu gugat kepada Kerajaan Kelantan sebanyak RM 300,000.


Sumber Selangor Daily

GOMO: Gomo puji sikap Kickdeffela yang berterus terang dalam isu wang sogokkan rm300 ribu ini dan Gomo minta maaf ke atas kickdeffela yang sebelum ini membanlunnya.

Apa sekalipun Kickdeffela telah menyatakan Hussam Musa memang ada membayarnya wang RM350 ribu kononya tanda wang ehsan. Apakah blogger Pakatan Rakyat yang lain juga sentiasa menerima habuan wang Ehsan sedemikian rupa?

psssttt . . . Gomo berada jauh di perantaun atas urusan business so copy paste je lah mana yg sempat. Hehehe
Published with Blogger-droid v1.6.7

Read more...

Bukan RM300 Ribu Sebaliknya RM 350 Ribu Yang Hussam Bayar - Pengakuan Kickdeffela





Bukit Kiara -

Blogger Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai 'Kickdefella' mengakui beliau telah dibayar sebanyak RM 350,000 oleh bekas majikannya yang juga ADUN Salor, Dato' Hj Husam Musa.

maklumat lanjut http://www.klpos.com

Gua dah cakap, si Hussam musa ni akan gunakan apa sahaja untuk menguasai PAS dan membunuh pemimpin PAS yang lain. Celako lah Hussam Musa. Aku nak tengok berani tak Hussam Musa SAMAN Kickdeffela mengenai pekara ni. Pagi tadi Hussam Nafi beri wang RM 300 Ribu. Sekarang ni apa cerita?

Juak PAS di perbodohkan Hussam Musa.

Published with Blogger-droid v1.6.7

Read more...

Hussam Jawap Pakai Talifone? Kepala Bapak Dia.





KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ,” kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider di India malam tadi.

Husam (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.

Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.

Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini.

“Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan.

Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah “palsu” dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu.

Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya “bangga” kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka.

“Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN),” kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani.

“Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini,” kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik.

“Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,”

Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.

“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.


GOMO: Hussam Musa nak spin pulak, pundek lu lah Hussam. Jelas memang ada pertemuan di antara Hussam dan Kickdeffela dan Hussam membayar RM300 Ribu kepada Blogger Kickdeffela.

Si blogger Kickdeffela pulak kata : “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Pundek lah lu Kickdeffela. Kalau tak benar sila jelaskan kepada media mengenai pekara ini. Rakyat inginkan jawapan terutama puak puak PAS yang pastinya menanti kebenarannya. RM300 Ribu tu hang dah makan buat buat senyap pulak. Celako lah.

Cerita banyak gua taknak lah tapi jika benar tak berlaku aliran tunai RM300 ribu tu maka kita minta Hussam Musa dan Kickdeffela menjelaskan di sidang media dan bukan cakap pakai fone or hantar pegawai takda otak bagi bercakap.

Isu RM300 ribu ni bukan rekaan tapi ini lah kebenarannya. Juak PAS dah mula panas punggung dengan pendedahan ini dan sewajarnya pihak PAS juga mendesak isu ini di nyatakan secara jelas dan bukan sekadar sambil lewa.

Psssttt . . . Pas memang bodoh
Published with Blogger-droid v1.6.7

Read more...

Jika Jumpa Leftenam Husam Musa Sila Rapat Kerana Habuan Menanti Anda Semua




Siapakah Leftenan -Leftenan Hussam Musa? Jom kita Robek siapa orang penting Hussam Musa selama ini:

Saifuddin Nasution
-Pengerak dalam merencanakan Strategi Hussam Musa dalam mematikan Lawan Politiknya.

Abdul Razak Ghani
- Sekarang ini merupakan PROKSI Hussam Musa di lantik sebagai Pengurus Besar PMBK Sawit.

Syed Azidi (Kickdeffela)
- Menjalankan Kerja Gerak Saraf pelbagai sudut yang pernah mengaku menerima Wang RM 4 juta dari Hussam Musa dan selepas itu telah di Buang dan di tendang oleh Hussam Musa. Kini di laporkan telah di Beli semula oleh Hussam Musa bagi Jentera nya dalam Pemilihan Mukmatar.

Mohd Khir Zahri Abdul Ghani
- Telah di lantik oleh Hussam sebagai pengarah tabung Amanah Tok Kenali yang mana beliau di tugaskan menguruskan kerja kerja Politik Hussam dan bertindak sebagai Jeneral kepada yang lain. ( TAUKE PEGANG DUIT)

Asmawi
- Mengendalikan sebuah Event Managment yang di biayai 100% Hussam di Kuala Lumpur yang mana bagi memperomosi Hussam.

Kamarulzaman
- Bekas pegawai USM yang kini berkhidmat sebagai pengawai Husam. Turut di amanahkan oleh Husam bagi mengendalikan Projek Pertanaian Organik Husam yang di bayar gaji oleh PMBK Sawit.

Mohd Nuri
- Bekas seorang Guru PASTI yang kini di bayar gaji oleh PMBK Sawit namun berkerja untuk Hussam dalam menjaga Dun salor yang mana Dun Hussam sendiri.

Ini lah orang orang yang merupakan Leftenan kepada Hussam yang Gomo nak ingatkan kepada semua perwakilan yang bertanding jika nampak mereka ni cepat lah berjumpa kerana Sah dan pasti Bilik Hotel dan Duit Minum pasti akan di bekalkan oleh mereka.

Psssttt.....Duit Kambing Hussam Rembat, Celako lu Hussam.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP