Utusan Malaysia Wajar Mohon Maaf

Friday, June 17, 2011




Apa masaalah dengan kartun ni? Ada masaalah apa?

Memang lah salah kartun ni, salah sebab ianya melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dan ini menjejaskan Pakatan Rakyat. patut le salah Kartun ni. Tak patut ......

Ini tak patut berlaku kerana Pakatan Rakyat adalah sebuah parti yang suci lagi murni. Tak pernah berlaku sebarang skandal ataupun isu sosial ke atas kepimpinan Pakatan rakyat. Tak macam pemimpin BN yang banyak masaalah moral dan ahlak.

Apa pun kartun ini perlu di tarik balik kerana menghina Pakatan Rakyat. Tidak sepatutnya Utusan melakukan pekara sedemikian kerana umum mengetahui Pakatan Rakyat adalah parti yang BERSIH.

Psssttt...yang bersih dan yang baik hanya mereka Pakatan Rakyat, Khak Ptuih


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Pemuda Ingatkan Sam Ketot AMK Jangan Kencing Dalam Seluar


Sam Ketot


Pemuda BN Siap sedia Turun pada 9hb Julai Nanti. Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat di PWTC malam tadi,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin berkata keputusan itu dibuat kerana pihak pembangkang masih lagi berdegil untuk adakan demonstrasi mereka.

“Kita nak tunjuk bahawa suara rakyat ini bukan hanya dimonopolikan oleh pembangkang,”tegasnya.

Dengan nada sinis beliau berkata, “kita setuju dengan kebebasan bersuara, kita setuju dengan kebebasan berdemo…jadi kita pun buat benda yang sama.”

Katanya mereka akan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menzahirkan sokongan terhadap sistem demokrasi sedia ada serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperberbaiki lagi sistem pilihan raya yang ada pada hari ini.

Khairy berkata mereka akan memohon permit polis namun jika tidak dapat perhimpunan itu akan diteruskan.

Beliau memberi jaminan perhimpunan itu akan berlangsung dengan tertib.


“Kita sanggup menerima apa saja tindakan daripada pihak berkuasa, kita bertanggungjawab, kita tahu sekiranya tidak dapat permit tapi semua Pemuda UMNO hari ini kata kita nak buat, kita akan buatlah.

“Kalau tak ada permit maka kita terimalah apa saja tindakan daripada polis, kita berfikiran matang jangan pula kita kena tindakan kita kata kita tak tahu, kita tahu dan kita buat,” tambah Khairy.

“Perhimpunan kita pada hari tersebut dengan tujuan untuk bersama SPR memperbaiki sistem sedia ada dan kita sokong usaha SPR.

Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa kita telah pun ada perbincangan awal dengan SPR tentang bagaimana kita dapat perbaiki lagi sistem ini dan ada beberapa perkara yang perlu kita sampaikan kepada pengetahuan Yang Dipertuan Agong.

“Manakala satu lagi himpunan yang diadakan pada hari yang sama dianggap bukan bertujuan untuk baiki sistem tetapi tujuannya untuk politikkan isu ini untuk mencari kesalahan kerajaan dan SPR dan untuk berkonfrontasi dengan kerajaan,” katanya.

Sebagai contoh untuk memperbaiki sistem, kata Khairy, “isu pemindahan pengundi, banyak kes pemindahan pengundi yang berlaku pada hari ini, antaranya kita dapati pemindahan pengundi dibuat oleh parti pembangkang. Mereka memindahkan pengundi dari kawasan mereka menang dengan besar pada kawasan yang mereka kalah, contohnya mereka pindahkan pengundi mereka dari kawasan Parlimen Batu Gajah, Ipoh Timur, Ipoh Barat kepada kawasan Parlimen Tambun.”

Tambah Khairy, “banyak kes yang berlaku, di kawasan saya sendiri pun telah dikesan beberapa kes pemindahan pengundi yang berlaku dan tidak masuk akal, contohnya pengundi yang datang dari kaum Cina yang dipindahkan kepada kampung tradisi Melayu.”

Katanya, “kita sokong usaha SPR yang sedang jalankan untuk membaiki lagi sistem yang sedia tapi kita juga ada beberapa perkara yang perlu sampaikan kepada pihak dan pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, oleh sebab itu pada hari yang sama kita akan adakan himpunan.”

“Saya harap himpunan ini bermakna, kita akan umumkan dalam masa terdekat temanya dan yakin akan mendapat sambutan daripada generasi muda yang tidak mengambil sikap mempolitikkan isu ini,” kata Khairy.

Menurut Khairy mereka bersimpati dengan peniaga kecil dan sebagainya yang akan terkena tempias ekoran perhimpunan pada hari berkenaan.

“Kita masih bersimpati dengan mereka tetapi akhirnya kita dapati walau pun kita terus buat laporan Polis, tetapi kita nampak pihak pembangkang masih lagi berdegil untuk adakan demonstrasi mereka.”ujarnya.

Bagi menguruskan demontrasi tersebut, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah diberi tanggungjawab untuk berbincang dengan pihak NGO lain yang ingin turut serta dalam demontrasi tersebut termasuk PERKASA dan pihak polis.

Menurut Khairy, perhimpunan tersebut tidak berniat untuk bertembung dengan mana-mana pihak samada PERKASA ataupun parti pembangkang dan sebagaimana PERKASA yang mahu bertembung dengan kumpulan Bersih itu.

“Kita buat atas semangat anak muda dalam UMNO, kita nak pertahankan sistem yang ada dan mahu kerjasama dengan SPR untuk baiki sistem yang ada...kita nak zahirkan semangat anak muda kepada pihak yang berkenaan,” jelas Khairy.

Khairy juga menjelaskan bahawa Pemuda UMNO tidak boleh bekerjasama dengan kumpulan Bersih kerana ianya telah dipolitikkan oleh parti pembangkang.

Mengenai kerjasama dengan PERKASA, Khairy berkata, “niat kita dengan PERKASA berbeza, kalau NGO itu tukar niat untuk tidak turun untuk menghalang dengan bermati-matian mungkin boleh kita bekerjasama. Ini niatnya nak bergaduh, kita nak buat nak tunjuk kekuatan kita bukan niat untuk bertembung. Kita terbuka dengan sesiapa yang nak bersama dengan kita.”

“Kita tidak dapat membuat anggaran berapa ramai tetapi ianya akan mencecah angka puluhan ribu,” ujar Khairy menjawab soalan jumlah kehadiran untuk demontrasi tersebut.

- 16/6/2011- OLEH LUKMAN ABDULLAH AGENDA DAILY

Gomo nampak kat sini rasanya ada yang akan Batal demo sebagaimana demo di hadpan pejabat utusan yang di lakukan tempoh hari. Ha ha ha

Apa pun kita Rakyat Malaysia mesti memboikot demo BERSIH yang di adakan oleh Pakatan Pembangkang kerana jelas ianya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membela Anwar Ibrahim yang di rundum masaalah moral.

Ayuh Rakyat Malaysia kita selamatkan Malaysia dari puak Pelampau yang seringkali melakukan Keganasan.


Psssttt...Sam ketot sah lari malam...hua hua hua


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Saksi SPRM Kantoi Berbohong Bila Tembelang Dah Pecah




Tu dia, satu persatu tembelang dah pecah dan kini jelas lah ada agenda sulit yang di rancang dalam pendakwaan SPRM ke atas Dato Seri Khir Toyo. memang tajam dan amat halus pergerakkan nya sampaikan ramai yang terpengaruh dengan agenda sulit ini.

Gomo di fahamkan semalam saksi Kedua dan ketiga kes SPRM ini telah kantoi berbohong di dalam mahkamah dan ini menjelaskan kepada semua apa perlu nya mereka itu di bawa ke dalam kandang saksi dalam memberi kenyataan kepada Khir Toyo jika apa yang mereka katakan adalah satu rekayasa Fitnah semata mata.

meh sini Baca dan fikirkan......Read More..

Psssttt...Bagus, makin hari makin jelas konspirasi yang di rancang ini


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Cakap banyak Tak Guna, Ada Telor Jom Le Join Siti




Siti Nurhaliza dan tujuh lagi rakan artis lain telah menyerahkan borang menerima tawaran menyertai pasukan askar wataniah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan Semalam.


Gomo menyambut baik dengan apa yang di lakukan oleh para selebriti tanahair kita ini yang menyertai askar Wataniah secara sukarela, Ini menjadi contoh kepada rakyat Malaysia agar turut sama menyumbang tenaga kepada negara dan seterusnya mencintai negara Malaysia.

Jadi apa yang kita perlu tunggu lagi? Ayuh Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk turut sama menyetai Askar Wataniah bagi bersama mempertahankan negara.

Psssttt...Gomo dah siap traning semua ni..huhuhu

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP