PERKASA Siap Sedia Gempur Militan BERSIH
Sunday, June 19, 2011
PERKASA siap sedia bersama sama NGO lain dalam menghalang demo yang bakal di lakukan oleh puak militan Anti Kerajaan yang dinamakan BERSIH pada 9 hb Julai. Pada petang tadi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman kira kira 3000 orang dari pelbagai NGO Melayu, Cina dan India hadir dalam menyuarakan bantahan ke atas demo yang akan di lakukan puak militan PR.
Gomo juga menyeru kepada pihak KDN untuk menghalang demo BERSIH daripada berjalan kerana jika pihak KDN tidak mampu mengalas tugas berkenaan para NGO akan turun dan pastinya sengketa akan berlaku.
Pemuda BN juga telah menyuarakan hal yang sama sepertimana NGO nyatakan dan ini merupakan pekara yang serius kerana jika KDN berdiam diri dan membiarkan pendemo Bersih menggugat ketenteraman awam tidak mustahil pada tanggal 9 Julai pasti akan berlaku pertumpahan darah di sekitar Kuala Lumpur membabitkan 2 kumpulan.
Gomo dengan ini siap siaga untuk turun bertempur dengan pendemo militan BERSIH pada 9 Julai dan pastinya ribuan lagi anak muda yang cintakan tanah air akan bersama sama kerajaan menghalang aktiviti ganas yang bakal di lakukan puak militan.
Psssttt aku nak lihat juak AMK berapa ramai sanggup turun, asyik asyik puak PAS je lebih. Ptuih
Published with Blogger-droid v1.6.7
Read more...












