Mana Kepimpinan MIC,MCA, GERAKAN,PPP Dan Komponen Lain?
Saturday, June 25, 2011
Sibuk kita yang UMNO ni dengan membantah Demo BERSIH yang bakal di anjurkan oleh Pakatan Pembangkang pada tanggal 9 Julai nanti. Malah NGO NGO Melayu turut sama membantah sampaikan setakat ini di anggarkan lebih kurang 700 laporan Polis di buat bagi membantah Demo BERSIH yang pastinya akan mencetuskan Huru hara.
Tapi Gomo agak hairan dengan Parti komponen BN yang ada, Kenapa MIC, MCA, GERAKAN,PPP dan lain lain parti senyap membisu dalam menyuarakan bantahan kepada Demo BERSIH yang bakal di anjurkan kelak?
AMBIGA seorang yang sememangnya Anti Islam dan kita tahu beliau juga merupakan penentang utama kepada Hak Bumiputera terutama nya bagi orang Melayu. Apakah ini mengambarkan bahawa Parti komponen bukan bukan Melayu menyokong apa yang di lakukan oleh AMBIGA?
Presiden MIC sampai ke hari ini senyap membisu seolah olah apa yang di lakukan oleh Ambiga dan pemimpin Pakatan Pembangkang di restui. Apa agenda di sebalik tabir?
Cukup cukup lah UMNO, cukup cukuplah jaga mereka kepimpinan Parti Komponen yang ada ni kalau benda sebegini pun mereka tidak mampu mengalas tanggungjawap untuk berada bersama kita. Sampai bila lagi nak di pelihara pemimpin yang hanya tahu Jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Senator ni?
Gomo yakin ahli MIC,MCA,GERAKAN,PPP dan parti lain dalam komponen BN menentang demo BERSIH yang di anjurkan kelak. Namun suara yang kita inginkan adalah suara Kepimpinan Parti Mereka dan bukannya suara bawahan yang kecil impak nya.
Telan walaupun Pahit
Psssttt.... Musykil apa agenda pemimpin komponen BN......
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...







