Siri 3 - Bukti BERSIH Rancang Komplot Rampasan Kuasa

Saturday, July 16, 2011


Video ini mendakwa (secara tersirat), polis telah menyerang para peserta demo haram tersebut dalam kawasan hospital. Sebenarnya video haram ini sendiri mendedahkan penipuan yang dibuat apabila jelas kelihatan polis hanya menembak air dan melepaskan gas pemedih mata di luar perkarangan hospital tersebut. Namun, motif sebenar yang perlu rakyat timbulkan adalah mengapa hospital tersebut dijadikan tempat persembunyian untuk melanggar undang-undang negara? Apakah beza tindakan kumpulan perusuh ini dengan gerombolan pengganas yang merampas hospital untuk melindungi diri? Dikatakan akibat perbuatan para perusuh memenuhi perkarangan hospital tersebut, dua ambulans yang dalam keadaan kecemasan terperangkap dan tidak dapat memasuki hospital tersebut. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kematian akibat tindakan perusuh-perusuh terbabit? Dan jikalau tiada perhimpunan haram, bukankah lebih mudah untuk orang ramai datang dan mendapatkan rawatan? Sekarang salah siapa sebenarnya?



Mula-mula tadi kata video ini tidak berpihak kepada mana-mana parti???



Pengarah video ini sebenarnya telah, secara tanpa sedar, membuktikan pengkhianatan pemimpin pakatan pembangkang terhadap penyokong sendiri apabila merakamkam wajah-wajah sesalan mereka yang telah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka. Ini kerana hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa keadaan, sedangkan para pemimpin yang sedari awal membakar semangat telah menghilangkan diri entah ke mana...

BACA SELANJUNYA



Psssttt...Gomo masih di luar negara, so copykan je lah mana yang patut buat tatapan rakyat Malaysia.....Jahanam Pakatan Pembangkang


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Ya Allah, Rosmah Kantoi Lagi...........




Keratan Akhbar yang telah di Edit oleh Media
Pakatan Pembangkang



KANTOI lagi dan itulah yang akan terus berlaku dalam hari hari mendatang kita ini melihat reaksi pakatan pembangkang yang akan Kantoi hari demi hari dengan isu Rekayasa yang di canang mereka dalam media baru Blogg, facebook dan lain lain.

Gomo cerita banyak taknak tapi nak ajak semua lihat Bukti yang jelas dalam isu Cincin RM24 Juta yang di mulakan oleh Chegubard aka Anjing Bard. Read More.....


Psssttt..Kesian beb..kesian depa, takpa kita lawan beb lawan sampai Lumat

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Siri 2 - Bukti BERSIH Alat Pakatan Pembangkang Meliwat Minda Rakyat


Tindakan seorang anggota keselamatan untuk memastikan rakan setugasnya dapat melaksanakan tugas dengan mudah juga dipersoalkan. Kita perlu ingat bahawa polis ketika itu sedang berhadapan dengan ribuan peserta demo haram yang sangat beremosi. Apakah jaminan keselamatan anggota yang bertugas ketika membawa pesalah laku yang ditangkap itu tidak diserang dan dicederakan ketika lalu dicelah-celah ribuan manusia yang tiada pertimbangan akal? Sekiranya berlaku sebarang kejadian atau kematian akibat diserang oleh peserta demo haram tersebut, adakah "rakyat" yang menyertai perhimpunan haram tersebut akan bertanggungjawab terhadap nasib dan masa depan keluarga serta anak-anak anggota keselamatan yang terlibat?!!


Sekarang pihak polis dilagakan pula dengan pihak media. Namun satu perkara yang pasti, jika di Malaysia tidak wujud kebebasan media, pastinya video laknat di atas pun tidak akan dapat dihasilkan.


Hadi Awang sendiri pernah mendakwa bukti video ini adalah "BESI"...sejak bila pula mereka ini pandai menggunakan video sebagai bahan bukti? Seperkara lagi, bagaimanakah kita dapat memastikan yang barisan peserta demo haram wanita di atas adalah di kalangan wanita yang aman dan tidak bersenjata? Bukankah mereka yang cintakan keamanan ini tidak akan berminat pun untuk turut serta dalam perhimpunan-perhimpunan haram seperti ini? Lagi pula, jangan kita lupa bahawa tentera Israel dan US yang canggih dan kuat pun fobia dengan wanita-wanita yang bertudung labuh ini; banyak yang boleh disembunyikan di sebalik pakaian besar mereka itu! Takkan hendak tunggu meletup baru hendak menyesal? Mungkin bagi mereka polis mati tidak mengapa, tetapi apabila peserta demo haram luka, itu maknanya ZALIM!!!

BACA SELANJUTNYA.......



Psssttt...CIA terlibat dan ianya terbukti dengan laporan dari negara luar.....BulSHIT


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Siri 1 - Bukti BERSIH Alat Pakatan Pembangkang Memperbodohkan Rakyat


Ini adalah mesej pertama video jahanam yang cuba memburuk-burukkan pasukan keselamatan kita. Setakat artikel ini ditulis, video ini telah ditonton lebih 740,000 kali oleh pengguna YouTube. Cuba kita renungi mesej awal di atas, ia menggambarkan seolah-oleh ianya telah dihasilkan oleh rakyat Malaysia yang tidak menyokong mana-mana parti. Adakah mesej di atas juga membawa makna bahawa kemenangan pakatan pembangkang menguasai lima negeri dan lapan pilihanraya kecil pasca PRU-12 sebagai tidak sah kerana tidak BERSIH dan ADIL???


Dan ini pula adalah rakaman pertama yang dipaparkan di video tersebut. Ini merupakan satu lagi niat jahat pihak "tertentu" (yang akan kita dedahkan sebentar lagi) bagi memberikan gambaran bahawa demonstrasi haram mendapat sambutan rakyat dan menyerupai perhimpunan rakyat Mesir di Dataran Tahrir sebelum ini. Walau bagimanapun, ini merupakan satu kaedah bagi menyelitkan mesej halus bagi menghasut rakyat yang tidak terlibat bahawa gelombang revolusi kebangkitan rakyat telah berlaku, walaupun sebenarnya sudut rakaman tertentu telah dipilih bagi mendapatkan kesan kepadatan peserta demo haram yang hadir secara maksimum.

6. Sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka keluasan kawasan tersebut boleh mengisi 4,000 orang secara padat. Ini bermakna tidak ada ruang kosong diantara mereka sehinggalah sepanjang 200m tersebut. (ini adalah worst case scenario).

7. Mari kita lihat di Menara Maybank pula.
8. Seperti biasa, berdasarkan banggunan di sekeliling, kita anggarkan kawasan pendemo berada dengan Google Maps.

9. Kawasan ini ditandakan dengan 4 segi untuk memudahkan pengiraan. Luas kawasan ini (berdasarkan google maps) adalah 3200m persegi).

10. seperti tadi, sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka seramai 8,000 orang boleh berada dalam kawasan ini secara padat (tanpa ruang kosong). Kita tahu pasti akan wujud ruang kosong, maka ini adalah juga worst case scenario.

11. Oleh itu, tanpa mengambil kira redundancy (kesemuanya orang yg berbeza), jumlahnya adalah 12,000 orang. Sekiranya, anggaran 50% orang yg berada di Puduraya adalah juga berada di Menara Maybank, maka jumlah di kedua-dua tempat ini adalah lebih kurang 6,000 orang.

12. sekiranya kita mengambil kira jumlah pendemo di beberapa kawasan lain... secara kasarnya jumlah peserta demo haram ini adalah dalam lingkungan 8,000 orang.

13. Nampaknya, pihak polis membuat anggaran yang hampir tepat.

14. Paling kelakar, adalah anggaran seperti 50,000 atau 100,000 orang.
Baca lanjut di http://chewal.blogspot.com/2011/07/jumlah-peserta-demo-haram-bersih-20.html



Inilah mulanya mesej memburukkan polis. Tindakan pasukan keselamatan untuk menyuraikan peserta perhimpunan haram tersebut disanggah dengan ayat "Polis telah menyerang tanpa sebarang perundingan dahulu". Persoalannya, apa perlunya pihak polis berunding dengan gerombolan manusia yang terang-terangan melanggar undang-undang (kerana berhimpun tanpa permit)? Perlukah polis berunding dengan perompak yang bersenjata sebelum menangkapnya? Bukankah sudah berpuluh kali sebelum itu pihak polis mengeluarkan amaran agar perhimpunan haram tersebut dibatalkan atas faktor keselamatan dan ketenteraman umum?

BACA SELANJUTNYA......



Psssttt.....Gila Babi Depa ni beb, Apakah kita akan menyokong pekara sebegini yang akan menjahanamkan Negara?



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP