EKSLUSIF - Lagi Watak Penting Konspirasi Pakatan Pembangkang Dibongkar

Monday, July 18, 2011




Remaja Perempuan Pembawa Celako

Tahniah kepada seluruh rakan rakan Blogger seangkatan yang dapat meneruskan pembongkaran KONSPIRASI yang dilakukan oleh pakatan Pembangkang waktu demo BERSIH yang lalu. Gomo baru sahaja pulang dari luar negara atas kepentingan perniagaan dan tak sempat nak Follow up pembongkaran Konspirasi Pakatan pembangkang.



Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang pendemo BERSIH pada 9 Julai lalu dan kita di suapkan dengan gambar dan Video lelaki di atas ini yang mana rasanya semua sudah tahu siapa lelaki bernama Suhardi Mohd yang berlakon pura pura Mati dan kemudiannya gambar dan video nya di rakam oleh Kumpulan Konspirasi yang mana Gomo yakin dalang utamanya adalah Anwar Ibrahim.

Namun mungkin ramai yang masih terlepas pandang dengan satu lagi Watak penting dalam Video KONSPIRASI Pakatan Pembangkang dalam lakonan kematian pendemo BERSIH 9 Julai lalu. Satu watak yang mana kita tidak perasan akan peranan yang di mainkannya.



Gambar diatas sekali remaja perempuan yang memakai purdah merupakan satu Watak yang kita terlepas pandang dalam pembongkaran Video Palsu kematian pendemo BERSIH. Watak yang mana jika kita tonton video ini kita akan dapati sesiapa sahaja yang menyaksikannya pasti merasa hiba dan pilu.


Saksikan Sedutan Video Diatas

Remaja Wanita berpurdah diatas melakonkan watak yang cukup ringkas iaitu dengan berdiri ditepi jalan yang muncul entah dari mana secara tiba tiba megeluarkan perkataan "Allah, Allah, Allah, Allah" ianya kelihatan seolah olah remaja perempuan ini adalah anak kepada si Mati yang terbaring di atas jalan.

Cukup memilukan bila seorang anak menyaksikan sediri bapa nya mati didepan mata dan itu salah satu sentimen yang ada didalam Video propaganda Pakatan Pembangkang bagi menghasut rakyat Malaysia.



Dan perhatikan lelaki yang bertindak menjaga remaja perempuan berpudah itu apabila menarik remaja wanita tersebut untuk beralih meninggalkan lokasi kejadian sebaik sahaja rakaman sudah di buat dalam plot remaja perempuan itu meraih simpati.

Lelaki tersebut hanya berdiri disebelah remaja perempuan berpurdah itu bagi mengawasi lakonan yang di buat. Siapa lelaki itu? Abang kepada remaja perempuan? Jika Abang kepada remaja perempuan itu sudah pasti akan turut sama membantu si pelakon yang terbaring atas jalan. Jika bukan siapa lelaki itu?

Ini lah mereka Pakatan Pembangkang yang cukup hebat dalam melakukan Konspirasi dan ini bukan lah satu benda baru kerana sudah lama mereka menjalankan Konspirasi terancang dalam menghuruharakan keadaan dan menghasut Rakyat Malaysia.

Selepas pembongkaran dari Blogg Papa Gomo pada 12 Julai lalu dan diikuti pembongkaran dari Blogg Blogg pro BN selepas itu Media Pakatan Pembangkang bagaikan bisu apabila senyap dalam memainkan isu Kematian Pendemo BERSIH.Mereka Takut dan tertekan kerana tembelang mereka telah pecah dan mengakibatkan satu malapetaka yang cukup besar buat seluruh angkatan Media Pakatan pembangkang.

Dan bagi menutup kelemahan mereka maka satu isu di timbulkan bagi mengalihkan tumpuan Rakyat terhadap Video KONSPIRASI mereka yang telah di Kantoikan Blogger Pro BN.

Isu Rosmah membeli sebentuk Cincin berharga 24.4 Juta USD di rekayasa oleh mereka. Gomo telahpun menjawap isu Cincin ini pada 12 Julai lalu sebelah pagi dan Minta anda semua nilaikan mana kebenaran yang wajar kita sokong.


CINCIN 24.4 Juta USD KLIK DI SINI


Cukup Cukup Jadi Barua Pembangkang

Sekali lagi Gomo nak ingatkan Rakyat Malaysia bahawa propaganda Pakatan pembangang dalam menyebarkan dakyah Fitnah semakin keterlaluan waktu ini kerana mereka tahu PRU13 adalah peluang terakhir mereka dalam mengambil alih Kerajaan yang ada pada hari ini.

Gomo akan keluarkan satu artikel yang mana menunjukkan Konspirasi yang selama ini mereka lakukan. satu Persatu akan Gomo bogelkan demi pengetahuan Rakyat Malaysia.

Psssttt....Sungguh mengaibkan rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan dakyat Propaganda mereka.


Memalukan Malaysia di Mata Dunia


Artikel Konspirasi Yang Di Dedahkan Sebelum Ini
KLIK DI SINI

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP