Perang Media Antara Yang Bathil vs Yang Hak

Tuesday, July 19, 2011



Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.

Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.

Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.

Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.

Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.

Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara.

Media baharu mula tidak lagi menjadi asing kepada pemerintah yang sebelum ini seolah-olah memusuhi wacana politik di internet.

Di bawah Najib, blog-blog Umno semakin bercambah, dengan pembawaan isu-isu semasa yang selaras dan sistematik antara satu sama lain, menjadi satu senjata berkesan pemerintah.


Rangking Terkini 19/7/2011

Blog-blog tersebut dilihat menyokong satu sama lain dalam banyak isu, dan saling membantu dan melengkapkan blog pro-Umno lain, walaupun wujud perbezaan pada masa dan isu tertentu.

Blog-blog yang menjadi penyerang utama terhadap Pakatan Rakyat itu kini muncul menjadi blog politik paling popular di negara ini, mengatasi blog pro-PR.

Sebahagian besar menerbitkan tulisan sendiri melebihi purata satu tulisan setiap hari, dengan beberapa blog menunjukkan hasil kajian yang meyakinkan dan kredibel.

Umno kini tidak lagi perlu menunggu laporan berita Buletin Utama atau akhbar-akhbar harian, tetapi banyak isu ditangani dengan segera oleh blog pro-Umno.

Isu gambar kematian peserta demonstrasi Bersih 2.0, cincin yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri dan banyak isu lain segera dijawab oleh blog Umno, yang sebahagian besarnya mengemukakan hujah yang bukan sembarangan.

Pemerintah bukan tidak terjejas oleh media baharu. Portal-portal berita propembangkang yang semakin banyak dan pelbagai kempen antipemerintah masih berjalan dengan meluas di dunia siber terutama laman sosial.

Terbaharu, Najib menerima tekanan apabila muncul kumpulan Facebook menerima sokongan ramai menuntut beliau meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, dengan keupayaan yang besar, media baharu ialah satu wilayah bebas yang pihak pemerintah masih mampu memanfaatkan, dalam beberapa aspek, dengan lebih berkesan berbanding pembangkang.

Dalam kalangan pemblog pro-PAS, usaha-usaha menyusun gerak kerja, penyelarasan dengan parti dan sebagainya masih belum menampakkan hasil, walaupun beberapa pertemuan termasuk dengan pemimpin telah diadakan.

Banyak laman dan blog propembangkang lebih berperanan sebagai aggregator atau pengumpul berita berbanding menerbitkan tulisan sendiri.

Beberapa blog pembangkang pula lebih banyak berperanan dalam politik dalaman parti-parti tertentu, dengan sejumlah besar tulisan bertujuan menyampaikan kritikan atau kecaman kepada pihak yang tidak disenangi dalam parti sendiri.

Dari sudut bahasa dan etika banyak blog terbabit, banyak daripada blog terbabit menggunakan bahasa kesat dan mengulas atau mengkritik tanpa maklmat yang tepat, termasuk dalam isu-isu peribadi.

Banyak isu yang dibawa blog pro-PR berbentuk serangan psikologi dan permaina media semata-mata, tanpa menyampaikan sebarang penjelasan atau ulasan yang bertanggungjawab dan berdasarkan pengetahuan yang tepat.

Perkembangan ini mencetuskan satu kebimbangan berhubung peranan media baharu propembangkang dalam menyampaikan maklumat dan menyokong politik PR.

Dalam persaingan dalam media baharu hari ini, dapat diperhatikan pemerintah telah jauh berubah daripada kebekuan yang mereka alami satu masa dulu, pada masa sama pembangkang tersekat dalam satu kemelut yang sukar.

Pilihan Raya umum ke-13 nanti bakal memberi petunjuk, siapa yang paling dapat memanfaatkan media baharu; BN atau PR.

Sumber Siasah Daily


Gomo mengucapkan Syabas kepada jentera Blogger seluruh Malaysia yang bertungkus lumus mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional dari serangan dakyah Fitnah pakatan Pembangkang yang jika dilihat sejak akhir akhir ini semakin keterlaluan.

Buat para Blogger, facebooker, Tweeter dan siapa sekalipun yang turut sama berjuang di alam maya ini Gomo ingin ingatkan bahawa perjuangan kita belum selesai dan kita harus pastikan momentum ini terus berkekalan sehingga Akhir hayat.

Dan harap jangan ada pihak CLAIM KREDIT
diatas apa yang Blogger Blogger lakukan!!!


Psssttt.... makin bersemangat nak Perang dengan puak puak Haramjadah Pakatan pembangkang ni


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Siapa Yang Gagal? Najib Razak @ Anwar Ibrahim?


Bapa Kegagalan Pakatan Pembangkang


GAGAL itu lah yang kita boleh berikan kepada Pakatan Pembangkang sejurus sahaja selesai Demo Haram BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.



Gomo katakan Gagal kerana selesai sahaja demo mereka pakatan pembangkang bertungkus lumus menjelaskan kepada rakyat bahawa mereka telah berjaya pada Demo Haram tersebut. Kehadiran yang lebih kurang 10 Ribu orang dicanang oleh mereka ke serata duni bahawa Rakyat Malaysia menyokong BERSIH walhalkan semua tahu rakyat Malaysia berjumlah 27.6 Juta orang.


Keganasan Pendemo yang Tidak Di tunjukkan Media Pembangkang

Selesai demo haram BERSIH mereka terus menumpukan serangan ke atas pihak PDRM dengan bermacam rekayasa dan adu domba kepada rakyat bahawa pihak PDRMN kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan mengambil tindakan agresif ke atas para pendemo.




PELAKON KONSPIRASI PAKATAN PEMBANGKANG


Video video, gambar gambar di sebarkan ke setiap medium yang ada dengan kata kata pencetus bagi menaikkan sentimen benci nya rakyat Malaysia ke atas pasukan Polis dan juga kerajaan Malaysia.Malah aksi lakonan Suhardi yang kononya Mati di mainkan berulang ulang kali secara meluas sampaikan boleh Gomo katakan ramai yang terpengaruh dengan Video Klip Berkenaan.

Selang beberapa hari mereka Pakatan Pembangkang menukar strategi apabila melihat bahawa Kegagalan mereka pada demo Bersih telah membusuk sehinggakan rakyat Malaysia menolak apa yang mereka bawa pada 9 Julai lalu.


Fitnah Pakatan Pembangkang

Strategi seperti biasa di lakukan oleh mereka Pakatan Pembangkang apabila cuba membunuh Karaekter Datin Seri Rosmah dengan isu Rekayasan Fitnah pembelian cincin Rm24.4 Juta. Hebat mereka dengan hal sebegini kerana D.S.Rosmah lebih bernilai untuk di serang berbanding Dato Seri Najib Razak.




Dokumen Sahih Isu Cincin 24.4 Juta

Tak sampai 2 hari serangan ke atas Fitnah nya mereka pada Datin Seri Rosmah sekali lagi KEGAGALAN menghantui mereka Pakatan Pembangkang apabila blogger blogger serta Facebooker Pro Kerajaan mengeluarkan Bukti Dokumen yang mengesahkan pekara sebenar dan menjelaskan kepada rakyat akan penipuan mereka pakatan pembangkang.



Propaganda mereka Pakatan Pembangkang yang mengeluarkan satu Keratan Akhbar berkepala Utusan Malaysia akhirnya memakan diri apabila rakyat berjaya menghidup bau bau hanyir yang di mainkan Pakatan Pembangkang dalam isu Fitnah Cincin Rm24.4 juta.

Turut menyusul pada yang sama adalah Fan Pages facebook mendesak Dato Seri Najib berundur dari jawatan yang di sandang " 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" memang benar tidak sampai seminggu mereka Pakatan Pembangkang berjaya mengumpul lebih kurang 200 Ribu pelayar FB untuk bersama menyertai Fan Pages tersebut dan ini melihatkan mereka berjaya diatas apa yang dilakukan.

Bagaikan ayam masuk reban kecoh dibuatnya mengenai kejayaan mereka Pakatan Pembangkang dengan jumlah 200 Ribu pelayar FB menyokong agar Dato Seri Najib meletakkan jawatan. Tapi apakah benar mereka berjaya?

12 Juta di anggarkan pelayar Facebook di Malaysia dan dengan angka ini menunjukkan bahawa mereka Pakatan Pembangkang sebenarnya telah sekali lagi GAGAL dalam agenda mengila kuasa yang mereka dambakan. 200 Ribu berbanding 12 juta rakyat Malaysia yang melayar FB satu bukti kegagalan yang amat nyata.

Terkini kecoh dengan isu D.S.Najib berjumpa dengan Pope Vatician yang di mainkan oleh jentera Cybertroopers Pakatan Pembangkang dengan bermacam macam cerita. Itu begitu begini direkayasa mereka tampa memperdulikan Syurga dan Neraka.

Ini lah tekanan yang membuatkan mereka begitu terdesak untuk menyerang Kerajaan Barisan Nasional. matlamat mereka untuk menghasut rakyat mungkin dilihat berjaya tetapi dengan Rakyat Malaysia yang sudah semakin celik dan matang dalam karenah politik tanah air pastinya sudah menghidu bangkai yang akan membusukkan Malaysia.

Percayalah mereka Pakatan Pembangkang akan terus GAGAL dan GAGAL.Itu yang akan berlaku selepas ini apabila jentera Blogger dan Facebooker serta pelayar Tweeter memainkan peranan yang cukup efektif dalam membantu kerajaan Malaysia.

Gomo dalam hal ini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh jentera yang ada dalam membantu kerajaan Malaysia mematikan langkah Pakatan Pembangkang dalam menjahanamkan Malaysia dimata Dunia.

Buat rakan seangkatan Blogger Blogger, Facebooker, Pelayar Tweeter, Pengkomen di Blogg, FB dan mana mana medium Cyber sekalipun percayalah jika kita teruskan langkah kita yang begini maka mereka akan terus GAGAL.

Kita sudah semakin hampir kepada PRU13 dan diharapkan momentum kita dalam membantu Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini dapat diteruskan walaupun bermandi Darah sekalipun. Ingatlah kata kata Tun Mahathir.....


Allah Selamatkan Malaysia


PERJUANGAN BELUM SELESAI


Psssttt...Jelas dan semakin jelas mereka sudah semakin tertekan dengan sokongan rakyat ke atas kerajaan.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP