Syukur akhirnya Tun Faizal EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang merupakan pengerusi Unit Media Baru UMB yang juga pegawai Khas kepada Menteri KDN Dato Seri Hishammuddin telah menulis diBlogg nya berhubung pertelagahan diantara Papa Gomo dan dirinya.
Gomo tidak mahu nak mengulas apa yang beliau nyatakan diBlogg peribadinya kerana ianya tidak lebih dari luahan emosinya menyerang peribadi Papa Gomo. Gomo hanya nak menceritakan dan bertanyakan serba sedikit kepada Tun Faizal.
Tun Faizal sehingga ke saat ini masih lagi menafikan bahawa beliau tidak pernah sama sekali meminta untuk
Gomo dikenakan tindakan Disiplin dari parti UMNO. Beliau menafikan bahawa beliau melaporkan hal tersebut kepada pihak Menteri KDN.
Gomo minta bahawa beliau FOWARD ke dalam Blogg beliauLaporan SMS yang beliau hantar meminta Papa Gomo diambil tindakan oleh parti dan beberapa pekara lain yang beliau nyatakan didalam laporan nya.

Kata Tun Faizal: Terserah kpd pegawai yang buat laporan d pelbagai peringkat,yg penting penyelesaian kena ikut:

Tun Faizal kata: U pemuda Wangsamaju, U ada ketua Bhg, kita guna saluran parti.....
Kenyataan dari Blogg Beliau:
"Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju"
Apakah kenyataan Tun Faizal diatas tidak mengambar apa apa kepada kita? Jika sudah jelas disitu bahawa beliau menyatakan akan saluran Parti jadi untuk apa beliau berdolak dalih? Sewajarnya beliau Fowardkan sahaja Laporan SMS yang beliau hantar untuk mengadu Gomo itu bagi Rakyat menilainya.
Tun Faizal juga menyatakan Papa Gomo tidak perlu menggunakan Blogger lain jika tidak berpuas hati dengan nya.
Nah Gomo sekarang ini berseorang menentang Tun Faizal yang Korup dan tidak meminta mana mana Blogger untuk turut sama dalam membalun beliau. Kerana apa yang Gomo lakukan ini adalah atas faktor
Tun Faizal melanggar perjanjian damai yang dimeterai di Restoran Kayu Nasi Kandar yang disaksikan Dato Razali Ibrahim, dan rakan rakan Blogger lain.
KLIK DISINIJika Tun Faizal anak Jantan sudah pasti beliau menjawap apa yang Gomo nyatakan dalam artikel sebelum ini mengenai perjanjian yang dimeterai. Perjanjian yang telah dipersetujui oleh beliau dan Papa Gomo.
Tun Faizal seharusnya tidak bertindak persis seperti Pondan apabila mengaitkan Ketua Bahagian UMNO dan Pemuda UMNO Wangsa Maju dimana Gomo ahlinya. Jika Tun Faizal anak Jantan mengapa tidak hanya menghantar laporan keatas Papa Gomo sahaja? Kenapa mesti dikaitkan dengan ketua Bahagian dan juga Pemuda UMNO Wangsa Maju?
Tun Faizal kata : Ko tu pemuda UMNO Bhg Wangsa Maju, Dia tu supol Ketua bahagian, terikat dengan peraturan parti : )
Untuk makluman Papa Gomo membina Blogg pada tahun 2008 lagi, dan pada itu bukanlah seorang ahli UMNO. Gomo dan angkatan Blogger lain berjuang bagai nak gila dari hari ke hari walaupun bukan ahli UMNO.
Hujung tahun
2009 Gomo masuk UMNO Wangsa Maju kerana merasakan adalah lebih baik berjuang didalam UMNO bagi menguatkan UMNO dari dalam. Ramai rakan rakan Blogger menegur Papa Gomo dan menasihatkan tidak Usah masuk UMNO kerana penulisan kita akan dikawal dan boleh dikenakan tindakan Disiplin.
Gomo ada berfikir hal tersebut namun kerana sayangkan Agama, Bangsa dan Tanah air Gomo menyertai UMNO Wangsa Maju dan sehingga ke hari ini masih kekal sebagai Ahli UMNO Wangsa Maju.
Tidak ada satu Projek mahupun Jawatan yang Gomo raih selama mana Gomo ahli UMNO, boleh tanya sesiapa sahaja pemimpin, VVIP ataupun Ahli UMNO Wangsa Maju sendiri apa yang Gomo lakukan didalam menjadi ahli UMNO. Matlamat Gomo hanya satu iaitu berjuang menentang pakatan pembangkang.
Namun benarlah bagai dikata rakan rakan Blogger lain sebelum ini kemasukkan Gomo ke dalam UMNO pasti akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan orang umno sendiri. Dan ianya terbukti apabila Tun Faizal telah menghantar Laporan SMS kepada Menteri KDN untuk Gomo diambil tindakan parti atas sebab Gomo mengkritik Institusi.
Laporan Tun Faizal:
"saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik"
Soalan Gomo yang nyatakan dalam Twiiter adalah seperti berikut :
"Adakah KDN Lembab Dalam Melaksanakan Tugas?"Soalan ini menjadi penyebab Tun Faizal menghantar laporan aduan kepada parti. Apakah soalan begini ditakrifkan sebagai Mengkritik Institusi UMNO? Apakah soalan ini melanggar ektika Parti?
Tun Faizal Kata : Guna saluran parti bukan mcm u dahla x beretika serang institusi
Jika soalan sebegini pun tidak boleh para Blogger, facebooker, pelayar Twiiter luahkan maka adalah satu pekara yang amat dasyat berlaku kepada UMNO.
Apakah lebih baik
KELUAR DARI UMNO dan meneruskan perjuangan dari Luar parti sahaja. Gomo tidak mahu apa yang Gomo luahkan di Blogg, Twiiter dan facebook mendatangkan Masaalah kepada Ketua Bahagian dan juga Pemuda UMNO Wangsa Maju.
Jika Gomo berada diluar parti UMNO mungkin adalah lebih baik buat Gomo bergerak dan meluahkan pendapat kepada mana mana pemimpin yang tidak betul landasannya. Kita mengkritik demi kebaikkan dan bukan kita menghentam pemimpin membabi buta.
Sebenarnya apa yang Tun Faizal lakukan ini sebenarnya adalah atas faktor
CEMBURU dan
IRI HATI dengan apa yang Gomo ada hari ini. Ramai dikalangan pemimpin UMNO tahu Gomo dan juga rakan rakan Blogger lain lebih bernilai dari Tun Faizal.Banyak tugas yang memihak kepada kami selama ini dan tidak pada Tun Faizal.
Isu Tun Faizal mengadu kepada Parti mengenai Papa Gomo ini disebabkan satu kejadian yang berlaku pada sehari sebelum
Demo BERSIH yang mana beliau ada mengeluarkan artikel dalam blogg peribadinya. Blogger yang hadir malam itu tahu apa yang membuatkan Tun Faizal benar benar panas punggung dan tidak berpuas hati.
Malah untuk makluman ada lagi beberapa pekara yang Tun Faizal laporkan kepada Supol menteri KDN berkaitan Gomo dan minta Papa Gomo di
SINGKIRKAN . Pekara tersebut
SULIT untuk Gomo dedahkan disini tapi itulah dia Tun Faizal yang
BUSUK HATI dengan apa yang Blogger jalanan usahakan dalam memastikan BN menang PRU13.
Buat Tun Faizal Exco Pemuda UMNO Malaysia, Gomo tidak pernah ingin mengambil kedudukan anda sebagai Pengerusi Unit Media Baru. Didalam bahagian UMNO Wangsa Maju pun Gomo tidak mempunyai apa apa jawatan kerana Gomo tidak suka untuk bermain Politik tinggi.
Apa yang menjadi keutamaan Gomo adalah berjuang sampai ke titisan Darah yang Terakhir menentang pakatan Pembangkang dan musuh utama iaitu
Anwar Ibrahim.Bak kata Tun Faizal di dalam blogg nya:
"Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown"Semoga Tun Faizal seorang EXCO Pemuda UMNO yang belajar Tinggi sehingga ke menara Gading dan berjawatan tinggi baik dalam UMNO mahupun Kerajaan agar dapat menilai perjuangan nya didalam UMNO adalah untuk tujuan apa.
BLOGGER Bukan Cari Projek Tender Macam Tun Faizal Cari Makan, Kami lebih tahu apa itu perang Media dan Cywar berbanding anda yang hanya tahu Cari Publisiti.

Sepatutnya bila sudah menang Exco Pemuda Buatlah kerja yang terbaik
untuk parti. Bila diamanahkan tugas maka amahlah dengan jujur
Psssttt...... Sedang mempertimbangkan Untuk Keluar UMNODAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...