"Najib Bikin Rosak Ana Punya Program" - Anwar Ibrahim

Monday, July 25, 2011




Gambar Palsu Propaganda Pakatan Pembangkang


Satu persatu para Blogger bongkarkan mengenai penipuan, pembohongan, Fitnah dan rekayasa yang dilakukan oleh Pemimpin dan ahli Pakatan Pembangkang pada demo BERSIH yang berlangsung 9 Julai lalu.

Dari pembongkaran lakonan si Mati Suhardi dan angkatan Media Pakatan pembangkang yang terlibat sehinggalah semalam apabila pihak Polis mendedahkan video sebenar kejadian yang menimpa Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang kononya di langgar Kenderaan Polis.

Bukti yang dikeluarkan adalah Sahih dan merupakan satu Fakta yang amat kukuh dalam menjelaskan kepada rakyat akan pembohongan dan Konspirasi yang mereka Pakatan Pembangkang lakukan.



Begitu juga dengan punca sebenar kematian Baharuddin Ahmad yang dikatakan oleh pemimpin Pakatan pembangkang beliau dipukul Polis walhal hakikatnya rakaman video menjelaskan bahawa arwah mati akibat masaalah jantung dan rakaman cctv jelas menunjukkan arwah berlari masuk ke Avenue -K.

Gomo dan rakan Blogger lain yakin rakyat Malaysia celik dengan apa yang kami dedahkan dan menolak pakatan Pembangkang yang telah KANTOI dengan kepura puraan dan Konspirasi yang mereka lakukan.


Bapa Pembohong

Ini lah bukti bahawa mereka sebenarnya amat terdesak untu menawan Putrajaya dan mengambil alih kerajaan yang ada pada hari ini. Apa sahaja mereka sanggup lakukan walaupun hal tersebut menyimpang dari landasan Ugama mahupun Undang undang.

PRU12 yang lalu mereka menang 5 Negeri dan menambah kerusi parlimen sehingga menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional tidak mampu mencapai majority 2/3 Parlimen. Dalam meraikan kemenangan itu mereka Pakatan Pembangkang amat yakin bahawa hasrat dan impian mereka untuk menjadi Kerajaan Malaysia sudah semakin hampir.

Rampasan 16 Sepetember tarikh yang di war warkan oleh Anwar Ibrahim dan boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia dan Dunia memerhati tanggal 16 Sept yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim bahawa mereka akan mengambil alih kerajaan yang ada. Namun kesudahannya tidak ada apa apa yang berlaku pada tarikh tersebut.


Kepala Pembohong

Kuasa sudah semakin hampir pada waktu itu dengan beberapa siri kemenangan mereka Pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan namun selepas PRK Bagan Pinang Momentum kemenangan telah kembali memihak kepada Barisan Nasional dan begitulah seterusnya apabila BN dilihat sudah kembali menyakinkan Rakyat Malaysia.

Tekanan demi tekanan menyebabkan Pakatan pembangkang semakin tidak keruan dan ditimpa pula masaalah dalaman parti masing masing dan pertelagahan Pakatan Rakyat gabungan PAS,DAP dan PKR itu sendiri.

Demo BERSIH yang dijalankan sebenarnya adalah untuk memastikan rakyat Malaysia bersama sama mereka Pakatan Pembangkang dan apabila berlangsungnya 9 Julai maka terbuktilah bahawa Rakyat Malaysia yang berjumlah 27.6 juta orang telah menolak Demo haram yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang ini apabila tidak sampai 10 ribu orang sahaja yang menyertai demo haram tersebut.

Dengan kegagalan Demo Bersih maka yakinlah kita semua rakyat Malaysia bahawa mereka Pakatan pembangkang akan melakukan apa sahaja selepas ini bagi memastikan kemenangan dipihak mereka pada PRU13 kelak.


Pelakon Terbaik Bersih

Apa sahaja akan di lakukan mereka selepas ini dan jangan kita terkejut jika ada KONSPIRASI yang lebih besar dilakukan mereka untuk menghasut rakyat dan memperdaya Rakyat Malaysia agar membenci Kerajaan BN yang terbukti terbaik dalam mentadbir negara.

Gomo sebenarnya sudah lihat yang rakyat Malaysia khusunya orang Melayu dan India sudah kembali bertaut bersama Barsian Nasional namun agak terkilan dengan kaum Cina yang majoriti mereka masih lagi dahagakan kuasa yang dijanjikan DAP jika Pakatan berjaya membentuk Kerajaan pada PRU 13 kelak.

Najib Razak yang setakat ini mampan dalam mentadbir negara pasti akan terus terusan diserang dan dipersalahkan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Kamampuan Najib Razak membawa banyak pembahruan dalam pentadbiran Kerajaan menjadi ancaman terbesar buat Anwar Ibrahim yang kononya bakal Perdana Menteri Malaysia.

Sama sama kita lihat apakah Konspirasi, Fitnah, Propaganda, Rekayasa, Pembohongan yang akan di lakukan oleh mereka Pakatan Pembangkang selepas ini. Mereka sudah semakin kemaruk dengan kuasa dan apa sahaja akan dilakukan oleh mereka yang terdesak ini.


"Tanya Pada Diri Apa Bakti Kita Pada Negara"


Psssttt...apa sekalipun demo BERSIH yang lalu telah memburukkan Malaysia dimata dunia luar


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Antara Dua Darjat - Auncle Lim Dan Pakcik Sogo



Begitu bersemangat Auncle didalam video diatas ni dengan BERSHIT nya. Memang agak hebat lah dengan sorang sorang dia duduk tepi jalan promote BERSHIT dan Kibar jalur gemilang.

Datang Polis siap lawan pulak dah Aunlce ni. Lawan pasal dia kata Polis kerja Sama BN talak tolong Rakyat......emmmm meh layan Video bawah ni pulak.




Itulah beza Jiwa Bangsa diantara orang yang cerdik akal dari orang yang nampak cerdik tapi sebenarnya BODOH. Auncle diatas Bangsa CIna yang tak sedar dek untung dan lupa asal usulnya dan dibawah pakcik Melayu yang tahu apa itu perjuangan yang sebenar dan Taat Setia kepada Agama Bangsa dan Negara.

Ulas banyak takdelah tapi Kredit to Melanau Sarawak


Psssttt...Tapi sayang ada lagi Melayu yang jadi Barua si Kafir menyokong BERSHIT


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

"Meludah Ke Langit Terpalit Ke Muka Sendiri" - Oslo Norway





Meludah ke langit

Semalam, Jumaat 22 Julai 2011 jam 2.36pm, satu letupan besar menggegarkan pusat bandar Oslo berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Norway di bawah Parti Buruh yang juga berhampiran pejabat Perdana Menteri Norway. Letupan itu juga berdekatan dengan pejabat Jyllands-Posten, akhbar utama Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad pada September 2005 dan mencetuskan kontroversi di seluruh dunia satu ketika dulu. Walaupun hanya melalui kawasan ini tanpa singgah sewaktu lawatan ke sana tahun lalu, saya dapat membayangkan bagaimana paniknya warga Oslo yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini sepertimana ianya sudah menjadi asam garam kepada warga Afghanistan, Pakistan mahupun di Iraq.

Apa reaksinya?

Semua stesen TV seperti Sky news, BBC, CNN membuat liputan langsung sama seperti sewaktu pengeboman World Trade Centre dalam peristiwa 9/11. Pelbagai jenis manusia diwawancara di serata dunia dan pelbagai pendapat dan analisis diutarakan yang kebanyakannya mengarah kepada pembabitan militan islam atas tiket bahawa Norway ahli aktif NATO yang menyertai perang di Afghanistan dan juga pengeboman berterusan di Tripoli, Libya selain isu karikatur nabi Muhammad berkenaan. Saya yang berterusan menonton berdoa agar janganlah pengeboman ini dilakukan oleh orang islam diketika pengguna twitter, Facebook dan pelbagai media alternatif mula berdebat tentang siapa disebalik pengeboman ini. Tambahan pula dikatakan terdapat individu yang cuba memanaskan lagi keadaan dengan membuat panggilan telefon yang mendakwa mewakili Helpers of Global Jihad dan mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman ini sebagai membalas penglibatan Norway di Afghanistan.

Jam 5.25pm waktu tempatan berita mula tersebar bahawa berlaku tembakan rambang (shooting spree) di perkhemahan Kem Remaja tajaan Parti Buruh di Utoya Island iaitu sebuah pulau kecil 38km dari Oslo. Seorang lelaki berpakaian polis dikatakan menembak remaja berusia belasan tahun secara membabi buta hingga mengakibatkan banyak kematian. Beliau kemudiannya ditangkap.



Polis seterusnya mendedahkan bahawa lelaki yang ditahan berkenaan adalah Anders Behring Breivik, 32 tahun, warga tempatan (norwegian), freemasonry, aktivis berhaluan kanan (far-right activists), seorang conservative nationalist yang anti-immigrant, anti-muslim, anti-yahudi dan memperjuangkan negara satu bangsa yakni bangsa Norway atau bangsa Eropah. Beliau adalah petani dan polis percaya terdapat kaitan antara pengeboman di Oslo dengan shooting spree di Utoya Island.

Tiba-tiba semua media yang sangat ghairah untuk mengaitkan pengeboman ini dengan militan islam senyap sunyi dan tiada lagi analisis berat sebelah yang mengaitkan perbuatan ini dengan militan islam. Kerana apa, kerana lelaki ini ada seorang christian freemasonry yang bukan setakat anti-muslim tetapi juga anti-yahudi dan yang lebih utama beliau berbangsa Eropah dan “a home-grown terrorist”.

Meludah ke langit, terpalit muka sendiri.

Begitulah tebalnya prejudis masyarakat barat terhadap islam dan insiden ini membuktikan bahawa tindakan media mereka yang seringkali mengaitkan islam dengan keganasan akhirnya memakan diri sendiri di mana ianya akhirnya mewujudkan kelompok manusia seperti English Defence League di UK, Norwegian Defence League di Norway dan pelbagai kumpulan nasionalist di hampir kesemua negara Eropah yang membenci kerajaan mereka sendiri yang dituduh lemah dalam mengambil tindakan terhadap bangsa asing dan gagal menyekat perkembangan agama lain terutama agama islam di Eropah.



Setakat ini polis mengesahkan lebih 90 orang terbunuh akibat angkara "a home-grown terrorist".

Semoga mereka belajar dan tersedar.


Emel Kiriman

Semoga apa yang dinyatakan disini menjadi pengajaran buat kita semua Umat Islam. Dan Gomo juga nak menyatakan bahawa bencana yang melanda sepertimana yang berlaku kepada Negara Norway ini juga mungkin akan berlaku kepada negara kita jika kita tidak peka dengan keadaan Tanah air kita ini.

Beringat ingat lah sebelum Padah Melanda


Psssttt...Kalau anwar brahim jadi PM bencana bakal berlaku dengan lebih dasyat......


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Selamat Pagi DET, Malam Tadi Berapa Round?





Apa cerita pagi ni wahai sahabat Blogger Darul Ehsan Today? Ceria atau Muram? He he he......

Kalau Ceria tu memang Syok le woi, tapi kalau muram tu kami Faham Bendera merah lah alamatnya malam tadi. Keh keh keh

Semalam tidor rumah perempuan ye? Amacam Mak Bapak dia First Time kau tidor sebilik dengan anak gadis dia? Line Clear? Ada depa mengintai ke buat buat bising ke atau kau dengan Wife kau tu senyap bisu takut orang dengar? He he he


Apa pun buat Darul Ehsan Today (DET) Sahabat Blogger seangkatan yang telah sama sama berjuang sejak 2008 Gomo mengucapkan Tahniah diatas selamatnya Pernikahan dan Persandingan yang berlangsung semalam.

Syukur akhirnya kau ketemu Jodoh walaupun Wife kau bukanlah seorang Blogger macam kau jugak. Ye lah payah jugak kalau laki bini Blogger kan? Nanti gaduh je masing masing tulis kat Blogg ha ha ha.

Gomo dan rakan rakan Blogger Wangsa Maju terdiri dari Gelombang Rakyat, Malay Delima, Gelombang Wangsa Maju, Badut Rakyat, Suara Lensa, KL Boyz mengucapkan Tahniah dan didoakan semoga anda dan pasangan Kekal Bahagia ke anak cucu.

Buat DET...kau dah makin tua so cadangan aku kau jangan tunggu lama lama lagi dari sekarang dah kena Start Balun kaw kaw. Biar cepat Wife tu berisi He he he

Psssttt...Det? malam tadi berapa Round? He he he



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP