Sekarang Masa MIC Buktikan Mereka Bukan Petualang Kepada Barisan Nasional

Saturday, July 30, 2011






MIC mesti parti pilihan utama masyarakat India - Najib


PUTRAJAYA 30 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MIC dilihat sebagai sebuah parti yang kuat dan menjadi pilihan utama masyarakat India di negara ini.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan anggota MIC supaya bersatu padu dan tidak berpuak-puak kerana mereka mempunyai peranan untuk berkhidmat kepada masyarakat India, sekaligus dapat menarik sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita hendak menentukan MIC parti pilihan utama kaum India di negara ini, MIC mesti bersifat inkslusif dan mesti merupakan sebuah parti di mana tidak ada puak dalam MIC. Perlu ada satu MIC sahaja.

"Kalau kita tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura, kita tengok walaupun kita ada penyerang yang hebat...kalau pertahanan lemah..gol kita bocor. Kita tidak berjaya.

"Maknanya kalau MIC mahu kuat, kepimpinan di semua peringkat mesti bergerak sebagai satu pasukan yang padu. Barulah MIC akan menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas presiden parti berkenaan, Datuk Seri S.Samy Vellu. — Bernama


Gomo mengucapkan tahniah diatas perlantikan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri. Satu lagi bukti bahawa pemimpin UMNO amat bertoleransi dalam kongsi kuasa yang ada didalam Malaysia ini.

Gomo tidak mahu mengulas panjang namun nak minta agar MIC yang ada diseluruh Malaysia agar berkerja kuat menyokong kepimpinan Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia dalam memastikan BN menang pada PRU13 kelak.

MIC juga diminta agar tidak mengeluarkan kenyataan yang BODOH sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini oleh anak Sammy Vellu dan juga pemimpin MIC lain yang menuntut Hak yang tidak sepatutnya dari Kerajaan.

MIC juga harus ingat apa yang ada hari ini adalah bukti bahawa UMNO sentiasa menjaga masyarakat India walaupun dikecam dengan pelbagai tomahan mengatakan UMNO meminggirkan kaum India.

Apa yang seharusnya menjadi Iktizam MIC adalah membantu Kaum India dalam menjayakan Tranformasi agenda yang dibawa oleh Dato Seri Najib dan diminta agar MIC memantau kaum India agar tidak melakukan tindakan yang melampaui batas.

Gomo juga pinta MIC selaku Komponen BN penting buat UMNO agar sentiasa menghulurkan bantuan dari segenap sudut dan satu hati dalam menentang Pakatan Pembangkang. Matlamat kita adalah menang PRU13 dan ini menjadi keutamaan kita Barisan Nasional.

Gomo faham ada juga orangt melayu yang mungkin terasa hati dengan perlantikan Presiden MIC sebagai Menteri Penuh. Namun anda semua diminta untuk mengawal perasaan kerana apa yang sedang dilakukan oleh Najib Razak adalah pekara yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sejak sekian lama lagi.

MIC merupakan rakan komponen kita yang penting dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk membuktikan bahawa MIC bukan lah petualang kepada UMNO.

Semoga apa yang diumumkan Najib Razak dapat memberikan kekuatan kepada Kaum India untuk bersama Barisan Nasional.


Psssttt...Kita kena lihat dari sudut Positif mengenai hal ini.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Kuala Lumpur Sesak Angkara Pasaraya SOGO

Gomo baru pulang dari Kuala Lumpur meninjau lokasi perniagaan di Jalan TAR. Keadaan sesak teruk dan kenderaan banyak yang tak bergerak hari ni.

Semalam juga keadaan tranffic di Kuala Lumpur begini dan Gomo jangkakan esok juga sama seperti semalam dan hari ni.


Antara Faktor yang menyebabkan keadaan KL sesak adalah kerana SOGO mengadakan lelongan buat pemegang kad ahlinya selama 3 hari sehingga esok ditambah pula dengan kemasukkan awal bulan yang mana masing masing telah menerima Gaji.

Adalah dinasihatkan agar mana mana yang ingin ke dalam kawasan Kuala Lumpur disyorkan untuk menaiki LRT bagi menyebabkan anda sangkut dijalanraya.

Gomo time macam ni ramai tak bernafsu nak shooping coz kelam kabut dengan orang yang berebut rebut beli barang.

Read more...

Jom Gegar PWTC "My First Home"

Hari ini masih lagi berlangsung pameran Skim Rumah Pertamaku yang dianjurkan oleh Pemuda BN yang lokasinya di PWTC Aras 4.


Anak anak Muda Malaysia tidak mahu kah mendapatkan rumah pertama dibawah Skim yang kerajaan umumkan?

Diharap sampaikan pada rakan rakan akan pameran rumah ini dan hadir ke sini bagi meninjau dimana lokasi yang bersesuaian dengan anda.

Jangan lepaskan peluang ini......


"My First Home"

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP