Fatwa Terbaru Nik Aziz Mengecam Tindakan Hassan Ali

Saturday, August 6, 2011






Makin hari PAS dilihat makin parah bila mengiyakan apa sahaja agenda sekutu Pakatan Rakyat DAP dalam menjahanamkan umat Islam di Malaysia ini. Lepas satu isu maka satu isu yang ditumbulkan DAP demi kekuasaan mereka di Tanah Melayu ini.

Jika dulu PAS bukan main seteru dengan DAP sampaikan berselisih bahu pun tidak boleh silap haribulan bertumbuk dan bermandi darah. Tanya sahaja kepada orang orang PAS dahulu betapa antinya mereka ini kepada DAP yang semua tahu apa agenda sebenar mereka dalam Tanah Melayu ini.

DAP dulu kata akan tentang negara Islam malah Karpal Singh turut menyatakan

"Langkah Mayat Saya Jika Nak Tubuh Negara Islam"

Cukup hebat waktu itu pekara ini dan apabila didalam parlimen DAP bercakap mempertikaikan negara Islam ahli Parlimen UMNO lah yang bangkit dan menghentam pemimpin DAP secara total sampaikan MP PAS tersipu malu lesu dengan sokongan MP UMNO.

Itu dulu yang mungkin PAS sudah lupa, tapi Gomo yakin masih ramai yang ingat pekara ini namun atas demi undi Politik pekara ini direlakan dan dibiarkan walaupun mereka tahu kesan nya semakin parah buat umat Islam.

Sekarang sudah ada ahli Parlimen PAS yang menyatakan:

"Langkah Mayat Saya dulu jika nak tangkap Karpal Singh"

Hebat sekarang ni, sanggup mati demi si Kafir yang terang terang menentang Islam. Namun apakan daya ini lah yang sememangnya dimahukan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Demi kuasa apa sahaja dihalalkan asalkan UMNO tumbang pada PRU13 kelak.

Gomo nak ajak semua melayari blogg YB Zulkifli Nordin yang menghuraikan mengenai isu Gereja yang diserbu Jais dan YB Dr Hassan Ali. Yb Zulkifli tahu kebenarannya dan moga kita semua dapat pengetahuan yang berguna dalam isu Hassan Ali -Gereja ini KLIK DISINI

Psssttt...Esok Hassan ALi akan mohon maaf?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Bila Khalid Gagap Pakai Celana



Kemana moto NEGERI KEBAJIKAN yang dilaung-laungkan oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Adakah moto ini sekadar satu slogan kosong dan janji kosong, nampaknya begitu lah.



GAPS sangat prihatin kepada keputusan Yayasan Selangor yang akan menutup dan merobohkan Asrama Pusat Yayasan Selangor Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin Kuala Lumpur. GAPS memandang ini merupakan bukti kezaliman kerajaan PR di Selangor kepada rakyatnya sendiri.



Lebih menjolok mata bila MB buat keputusan Asrama Yayasan Selangor itu hendak dirobohkan bagi memberikan laluan kepada pembinaan HUB KOMERSIAL yang tentu nya akan memberikan laba kepada saudagar-saudagar elite kroni Pakatan Rakyat.



Apakah sebenarnya matlamat penubuhan Yayasan Selangor ? Adakah ia sebuah entiti membuat keuntungan atau sewajibnya memberikan kebajikan pendidikan kepada anak-anak Selangor ? Kebajikan pendidikan atau keuntungan wang ringgit ?



Nampaknya MB Selangor lebih mengutamakan matlamat membuat laba. Dia masih bermimpi menjadi Menteri Besar ini sama dengan menjadi CEO sebuah syarikat GLC. Malangnya rakyat Selangor mempunyai seorang MB seperti Khalid.



GAPS melihat Khalid Ibrahim tidak mempunyai justifikasi untuk merobohkan Asrama yang telah berjasa, sedang berjasa dan akan berjasa kepada Anak Selangor dalam memberikan kebajikan pendidikan. Puluhan ribu anak Selangor yang berjaya dalam Pelajaran hasil mendiami Asrama Yayasan Selangor sejak tahun 70 an lagi. Amat tidak logik keputusan untuk merobohkan Asrama pelajar yang gemilang ini.



GAPS menentang sekeras-kerasnya keputusan MB yang semata-mata berpaksikan kebendaan laba kewangan. MB telah membunuh masa depan anak-anak Selangor yang berpotensi dalam pelajaran.



GAPS menuntut agar keputusan merobohkan Asrama Yayasan Selangor ini dibatalkan. Alternatifnya Yayasan Selangor wajib membina di Kuala Lumpur sebuah Asrama untuk anak-anak Selangor dengan kapasiti dan kelengkapan kediaman yang serupa sebelum Asrama Yayasan Selangor Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norasikin hendak dimusnahkan.



Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

6 Ogos 2011

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP