Guru Tuisyen Sebar Ajaran Kristian Dilindungi MP Seputeh Teresa Kok DAP?

Friday, August 19, 2011



Isy isy isy...... AKIDAH sekali lagi dipesongkan dalam agenda Kafir manjadikan orang Melayu MURTAD. Ini berlaku didalam negara Malaysia yang sebelum ini kita sendiri tidak pernah memikirkan pekara begini akan berlaku.



Dulu mungkin mereka ini melakukan secara senyap dan mensasarkan orang Melayu Islam yang bermasaalah namun modus operandi terbaru ini dengan menjadikan kanak kanak sekolah rendah sebagai sasaran sudah agak keterlaluan sama sekali.

Pusat Tuisyen tersebut terletak didalam Parlimen Seputeh yang mana Ahli Parlimen nya adalah Teresa Kok dari parti DAP. Gomo sebenarnya tidak terkejut dengan kewujudan pusat memurtadkan Akidah umat Islam yang berlindung disebalik pusat tuisyen dalam parlimen Teresa Kok DAP ini kerana kita semua tahu siapa Teresa Kok ini.

Belum pernah lagi Gomo dengar ataupun lihat pusat Tuisyen yang memberikan pelajaran percuma melainkan tuisyen malam disekolah. Namun Pusat Tuisyen yang memesongkan akidah kanak kanak Islam tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran kepada para pelajarnya. Ini satu hal yang jelas kepada kita semua bahawa memang terbukti ada yang telah menyalurkan dana buat pusat tersebut dalam menjalankan kegiatannya.


Siapa yang menyalurkan dana buat Pusat Tuisyen tersebut?


Gomo tidak mahu mengulas panjang kerana waktu ini kemarahan agak meluap luap dan adalah baik sekiranya YB Teresa Kok DAP Ahli Parlimen Seputeh tampil kehadapan menjelaskan kewujudan pusat Tuisyen tersebut. Yb Teresa Kok pasti mengetahui apa yang berlaku memandangkan beliau cukup arif dan pakar dalam soal ini.

Dalam isu bangunan DUMC yang dijadikan pusat Gereja juga Yb Teresa Kok dilaporkan terlibat dalam mencampuri urusan MBPJ menyita bangunan tersebut. Dan sehingga kini juga Teresa Kok mendiamkan diri tampa sebarang ulasan berhubung kejadian tersebut. Kenapa membisu?


Anti Jawi (Islam)

Jangan Ingat kami tidak tahu akan kegiatan kamu wahai Teresa Kok.

Ops....Lepas ni pasti akan ada suara sumbang dari orang PAS yang menyatakan pusat Tuisyen tersebut adalah propaganda UMNO. Biasalah depa puak PAS akan menyelamatkan apa sahaja musibat yang berlaku kepada DAP kerana PAS tidak ada apa apa waktu ini selain dari undi DAP buat mereka.

Agaknya Tersa Cock dah bagi kat puak PAS ni Holly Water kot sampai depa akan kata "Yes I Love Jesus" Jahanam lah PAS oi.....


Psssttt...si COCK dah gelabah sekarang ni, dia nak jumpa Nik Ajis mintak nyawa.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Sumpah Lakhnat Saiful Bukhari Akhirnya Memberi Kesan Kepada Anwar Al Juburi



Assalammualaikum dan Salam Hormat buat semua

Kelmarin, pada tanggal 15hb Ogos 2011, genaplah tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan. Semalam, saya kembali semula ziarah masjid yang penuh bersejarah buat diri saya ini.
Saya merasa amat terharu apabila pulang semula ke masjid ini. Peristiwa yang penuh bersejarah itu masih segar dalam ingatan saya. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 3 tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada diantaranya diketahui umum, ada juga yang tidak pernah saya kongsikan. Justeru, izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak kisah-kisah tersebut.

Sebelum

Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan juga yang dituduh pada ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Namun setelah dipelawa dan sering berdolak-dalih untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat.
Untuk makluman, walaupun saya sendiri dengan rela hati untuk melafazkannya, tindakan saya ini tercetus apabila ia disarankan oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri pada dan disokong oleh Tuan Guru Nik Aziz pada awal Julai 2008. Boleh rujuk artikel ini

Justeru, selepas berfikir, berbincang dengan keluarga dan beberapa ahli agama, pada 7 Julai 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun beliau tidak membuat apa tindakan untuk bermubahalah.




Selepas sumpah

Selepas saya melafazkan sumpah tersebut, ia telah menimbulkan pelbagai kontroversi, kecaman, kutukan, fitnah, penipuan dan cacian oleh beberapa pihak. Sebagai contoh saya telah ditohmah sakit tenat, membuang air besar mengunakan tiub dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut ternyata sekali adalah tidak benar. Akhirnya, setelah 2 tahun, pihak yang memfitnah saya itu sudah pun memohon maaf secara terbuka. Boleh rujukdisini

Bagaimana atasi cabaran

Dari awal hingga ke hari ini, saya tidak pernah putus mohon bantuan dari Allah. Saya buang sifat ‘AKU’ dalam diri kerana saya memang tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan, semuanya datang dari Allah SWT. Hanya Allah tempat saya berserah dan tempat saya bergantung. Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar.

Selain itu, saya berpegang pada prinsip ” Biarlah diri ini dihina oleh Jutaan manusia, hilang segala nikmat dunia, daripada ditarik nikmat di akhirat dan dihina oleh Allah SWT, kerana tidak berani berkorban menegakkan Yang HAK”

Perjuangan dan kisah Rasulullah SAW juga sentiasa saya jadikan panduan dan iktibar dalam menempuhi apa jua rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan yang HAK.

Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan, namun saya bersyukur kerana saya dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan dari Allah yang saya terima. Alhamdulillah…

Prosiding Mahkamah

Walaupun proses prosiding berjalan agak perlahan atas sebab-sebab tertentu, saya berkeyakinan penuh terhadap sistem perundangan kita. Di peringkat ini, Saya bersyukur kerana saya telah memberi keterangan dan kes dipihak pendakwaan telah selesai dan kini adalah kes diperingkat pembelaan. Lebih pada itu saya redha dan serah pada Allah.
Ternyata, ada hikmah disebalik kelewatan dan penangguhan ini. Banyak permata yang saya kutip sepanjang perjalanan selama 3 tahun ini. Antaranya, ia mendidik saya tentang ilmu sabar. Hatta, ia telah menjadikan saya seorang yang lebih kental dan berkeyakinan untuk tempuhi apa jua rintangan dan cabaran dimasa akan datang. Insyaallah..

Kenangan manis sepanjang 3 tahun

Antara kenangan manis yang saya perolehi setelah 3 tahun ini; Pertama, Pertolongan dan bantuan dari pelbagai pihak yang berdoa dan benar-benar ikhlas membela saya, sebagai contoh para blogger yang dari awal hingga kini masih istiqamah membela saya. Mereka melakukan ini dengan penuh ikhlas, tanpa meminta balasan. Begitu juga dengan dengan rakan-rakan dialam maya yang lain seperti di Facebook, Twitter, Forum-Forum online yang lain.

Kedua, saya telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi. Ketiga, Berkesempatan mengiringi nenek mengerjakan ibadah Haji pada November 2010. Boleh di sini.

Keempat, saya rasa bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya walaupun aib dan maruah sudah hancur berkecai.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terus mendoakan, membela dan membantu saya selama ini. Doa untuk kalian semua tidak pernah saya lupakan, hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi dan jasa anda sekalian.

Insyaallah, dibulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar


Kepada Allah saya berserah
SAIFUL BUKHARI AZLAN

p/s: Terima kasih pada pihak TV3, khasnya buat Unit Berita & Hal Ehwal Semasa kerana sudi menemurah dan memberi ruangan Ekslusif untuk saya di Buletin Utama semalam dan hari ini.

Dipetik dari blog mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh

Kami seluruh angkatan Blogger, Facebooker, Twiiter, dan mana mana individu yang turut sama berjuang dalam media maya mengucapkan Syabas diatas keberanian Saiful Bukhari yang telah cukup lama menjadi inspirasi kami dalam meneruskan perjuangan ini.

Kerana saudaralah kami semua berkobar kobar untuk berjuang dan menyedarkan Rakyat Malaysia yang lain siapa dia Anwar Ibrahim PELIWAT Tegar no 1 Dunia.

Kami akan terus bersama saudara Saiful Bukhari dalam mendapatkan keadilan diatas apa yang berlaku. Sesungguhnya 22 Julai adalah tarikh Keramat yang akan menjadi titik hitam dalam hidup Dato Seri Anwar Ibrahim.


Psssttt.... Anwar Ibrahim nak lari pi mana nanti 22hb Ogos ni? Ha ha ha



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP