SUHAKAM BARUA ANWAR IBRAHIM
Gomo nak anda semua membaca kenyataan Akhbar dibawah ini :
Bapa Saiful mohon Suhakam teliti kes Anwar
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diminta meneliti perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 8 Ogos depan ditangguhkan.
Bapa mangsa, Azlan Mohd. Lazim berkata, beliau percaya anaknya, Mohd. Saiful Bukhari perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.
“Saya percaya bahawa hak anak saya sebagai mangsa dan warganegara yang dilindungi haknya menurut Perlembagaan perlu mendapat hak untuk diadili aduannya,” katanya.
Namun katanya, perbicaraan anaknya sehingga kini telah berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.
“Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Suhakam dapat meneliti hal-hal keadaan dalam perkara-perkara yang mempunyai implikasi penangguhan bagi perbicaraan kes tersebut,” katanya dalam surat kepada Suhakam yang difaks kepada Utusan Malaysia
– Utusan
SUHAKAM nak ambil peduli kah dengan kes Liwat Anwar Ibrahim ini?
Dibawah ini pula :
KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempercepatkan siasatan ke atas permohonan bapa mangsa kes liwat Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim untuk meneliti kes mahkamah anaknya yang sering tertangguh.
Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, berkata Suhakam perlu memberi perhatian kepada surat Azlan yang disampaikan kepada badan bebas itu pada 3 Ogos lalu bagi meneliti perkara yang menyebabkan perbicaran kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Mohd Saiful Bukhari sering tertangguh sejak kes itu dibicarakan di mahkamah pada tahun 2008
Beliau berkata, penangguhan kes itu pada Isnin lalu adalah
penangguhan kali yang ke-66 dalam perbicaraan kes tersebut, dan dengan banyaknya penangguhan ianya bagaikan
"keadilan yang diabaikan untuk mangsa"
Suhakam, sebagai sebuah badan bebas yang terlibat dengan hak asasi manusia di negara ini, perlu meneliti kes itu dengan sebaiknya, dan jika perlu menasihati Ketua Hakim Negara supaya kes itu dapat diteruskan perbicaraannya tanpa perlu ada penangguhan lagi, katanya.
- Berita Harian
Bapa Saiful Bukhari dan juuga NGO mendesak agar SUHAKAM yang kononya bebas dan telus untuk bertindak dalam kes Liwat Anwar Ibrahim yang mana sejak ianya dibicarakan sudah sebanyak 66 kali ianya ditangguhkan dan kesemuanya adalah berpunca dari Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes Liwat ini.
Malang sekali SUHAKAM yang kononya bebas dan berintegriti apabila menjawap dengan menyatakan:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin merujuk kepada beberapa laporan media dan ingin menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Suruhanjaya bersikap berat sebelah dalam menangani kes liwat ketua parti pembangkang setelah permohonan dibuat oleh En Azlan Mohd Lazim supaya Suruhanjaya meneliti perkara-perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes yang melibatkan anak beliau ditangguhkan.
Untuk makluman, Suruhanjaya telah menerima surat permohonan tersebut baru-baru ini dan perkara berkenaan juga telah diteliti serta dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Suruhanjaya pada 16 Ogos 2011.
Walaupun fungsi dan kuasa Suruhanjaya adalah untuk menyiasat apa-apa aduan berhubung dengan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, namun begitu ingin dijelaskan bahawa fungsi dan kuasa Suruhanjaya adalah tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).
Bahagian ketiga seksyen 12(2)(a) Akta 597 telah menyatakan secara jelas bahawa Suruhanjaya tidak boleh menyiasat apa-apa aduan yang merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang masih belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan.
Namun demikian, Suruhanjaya telah memaklumkan kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara supaya perbicaraan kes ini dapat diteliti dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya akan terus memantau perkembangan kes ini.-18/8/2011
- Agenda Daily
Dengan jawapan dari SUHAKAM ini jelaslah kepada kita bahawa badan SUHAKAM yang kononya bebas dan tidak menyebelahi mana mana pihak telah menjadi
BARUA kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang.
SUHAKAM memberikan satu jawapan yang tidak pasti berhubung pekara yang diajukan oleh Bapa Saiful Bukhari dan ini jelas memperlihatkan bahawa SUHAKAM tidak peka dengan keadaan yang sebenar yang mana Rakyat Malaysia juga sudah muak dan bosan dengan penangguhan yang dibuat oleh tertuduh.
SUHAKAM memberikan pelbagai alasan dalam isu ini namun Gomo dan pastinya rakyat Malaysia tertarik untuk mengetahui apakah yang dibincangkan dalam
Mesyuarat Suruhanjaya pada 16 Ogos 2011. Minit mesyuarat pasti mencatitkan apa yang dibincangkan.
Apakah SUHAKAM berani tampil dengan mendedahkan butiran mesyuarat pada 16 Ogos lalu bagi memberikan pemahaman mengenai apa yang dibincangkan oleh komuniti SUHAKAM dalam isu Laporan yang dibuat oleh Bapa kepada mangsa liwat Saiful Bukhari.
Adakah butiran mesyuarat tersebut
SERIUS membincangkan isu tersebut ataupun sebaliknya?
Gomo dapat makluman bahawa tidak ada mesyuarat SUHAKAM pada 16 Ogos lalu dan sudah tentu agak pelik dan musykil bagaimana SUHAKAM boleh menyatakan mereka telah bermesyuarat pada 16 Ogos lalu.
Apakah ini satu lagi episod sama sepertimana yang berlaku pada pentadbiran MBPJ yang telah dikuasai oleh
Tangan tangan Ghaib dalam pimpinan Pakatan Pembangkang? Tidak mustahil SUHAKAM adalah proksi kepada mereka kerana sudah acap kali suara sumbang SUHAKAM menyebelahi Pembangkang.
Psssttt....Suhakam cari makan beb dengan sponsor dari Anwar Al Juburi
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...