KOMPAS Akhbar Indonesia Mohon Maaf Isu Fitnah Cincin 24 Juta Dollar Namun Hakikatnya......
Tuesday, August 23, 2011
Hari hari FITNAH, hari hari Bohong apa lagi yang tak berlaku dalam medan politik hari ini terutama didalam Media baru yang sekarang ini cukup hebat dan dasyat sama sekali.
Gomo memetik laporan yang menyatakan :
"Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah. Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah"
Read More....
Akhbar KOMPAS yang datangnya dari negara jiran Indonesia menerbitkan artikel FITNAH Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri Malaysia mengenai Cincin 24 Juta Dolar. Dan sekarang meminta maaf diatas penerbitan artikel tersebut atas alasan tersilap Fakta dan tidak mengetahui pekara sebenar.
Apa yang akhbar KOMPAS ni merepek? Apa yang nak diminta Maaf nya akhbar ini sedangkan kita semua tahu yang menjadi dalang dalam artikel KOMPAS tersebut adalah Anwar Ibrahim yang cukup berpengaruh di Indonesia Raya.
Kalau tidak kerana tangan Anwar Ibrahim dalam memburukkan nama Malaysia ini tidak akan adalah akhbar negara Jiran yang terus terusan memburukkan Malaysia dan ini bukan lah satu isu baru dalam akhbar Indonesia menfitnah dan mengeluarkan isu yang memperlekehkan Malaysia dimata dunia.
Isu pembantu rumah, isu gaji, isu pendatang, isu penjenayah, isu penyeludupan, isu demosntrasi dan macam macam isu yang dibangkitkan oleh akhbar Indonesia ini menghentam kerajaan Malaysia khusunya Perdana Menteri.
"“Mahu pakai batik Indonesia, dikatakan saya ini anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelik. Sebab ciri kesenian itu cukup rendah. Dan saya setuju. Tapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. Jadi, saya akhirnya memilih batik Afrika” kata Anwar sambil disambut sorakan dan gelak ketawa hadirin yang berjumlah hampir 250 orang" - Anwar Ibrahim
Sampaikan isu Kain Batik pun Anwar Ibrahim menjadi jaguh kepada negara Indonesia dengan memburuk burukkan kepada dunia bahawa Malaysia meniru batik Indonesia dan batik kita ini tidak setanding dengan Indonesia. Ni semua si Anwar Ibrahim punya kerja dan bukannya orang lain.
Isu Cincin 24 Juta Dollar yang diFitnah pembangkang telah dikeluarkan didalam akhbar KOMPAS yang datangnya dari Indonesia. Apakah sekarang ini akhbar sudah hilang kreabilitinya dalam penerbitan sehinggaan bertindak mengeluarkan artikel yang dikutip dari blogg blogg Pembangkang dalam Malaysia?
Bukti yang jelas blogg pembangkang telah melakukan Fitnah dan kemudiannya disambut oleh media arus perdana Indonesia tampa menyiasat terlebih dahulu pekara yang dimainkan dalam Blogg Pembangkang. Takkan lah media besar di Indonesia Bodoh sangat sampai ambil mudah pekara serius yang melibatkan orang penting dalam Malaysia?
D.S.Rosmah menjadi sasaran utama dalam isu ini dan Gomo berani nyatakan bahawa Fitnah yang dilakukan ini sudah dirancang dengan rapi oleh Anwar Ibrahim dan orang yang berkepentingan dalam akhbar KOMPAS.
DAMAGE telah dilakukan oleh akhbar milik Indonesia dan ianya telah SUKSESS buat Pakatan Pembangkang dalam Malaysia. Ini yang berlaku dalam beberapa siri FITNAH yang mereka lakukan keatas Kerajaan Malaysia.
Sudah sampai masanya Kerajaan bertindak tegas keatas mereka yang berleluasa melemparkan FITNAH dan MENGHASUT Rakyat Malaysia . Kementerian Dalam Negeri, SKMM, dan mana mana agensi yang terlibat perlu peka dan bertindak tegas dalam semua hal.
Gomo sendiri dan rakan Blogger lain siap sedia jika dalam tugas yang dijalankan oleh KDN dan SKMM turut melibatkan kami. Kami akur kerana dalam isu ini kita tidak boleh pilih kasih sama sekali. Jika ditakdirkan Gomo dan rakan Blogger pro Kerajaan Salah maka salah lah kami.
Percayalah bahawa esok lusa pasti ada lagi cerita terbaru FITNAH yang dilakukan Pakatan Pembangkang mengkaitkan Dato Seri Najib dan juga Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka tidak akan berhenti selagi Kuasa Putrajaya belum ditangan mereka.
Chegubard Calon Ketua AMK yang Tewas
Si FITNAH Besar yang mencetuskan isu Cincin 24 Juta Dollar ni masih lagi tersenyum riang tampa sebarang tindakan. Buku Perempuan Puaka yang diedarkan nya juga waktu lalu tidak dikenakan sebarang tindakan sedangkan Cover buku tersebut memaparkan gambar Dato Seri Najib dan juga Datin Seri. Dok tunggu apa lagi?
Psssttt...Kalau gua jadi KDN gua dah cekup lahabau lahabau ni semua sumbat ISA.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...








