PANAS - Laporan Polis Ke Atas Khalid Gereja Atau Gagap?

Thursday, August 25, 2011



Lapuran Polis


Saya ada membaca surat khabar Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 di rumah saya dialamat diatas, mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.



Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim "Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan."



Namun pada hari ini 24 Ogos 2011 diakhbar Utusan Malaysia Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Tuanku Sultan Selangor rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan majlis penasihat tersebut sedangkan perkara itu adalah tidak benar.



Malah menurut Datuk Munir lagi ''Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar. "



Ternyata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor dengan menipu dan memfitnah Sultan Selangor dalam isu penubuhan majlis penasihat syura ini. MB juga telah menghina Institusi Raja di Negeri Selangor.



Saya berpendapat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.



Saya menggesa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim disiasat, didakwa dan dihukum dibawah Akta Hasutan 1948 atau undang-undang lain yang berkaitan.



Sekian Laporan Saya



GOMO: Makin lama dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan DAP,PAS dan PKR makin jahanam Selangor dibuatnya. Emmm kalau depa dapat Tadbir Malaysia rasanya hancur lah apa yang ada agaknya.



Tolak Pakatan Haram PAS, DAP dan PKR


Khalid Ibrahim - Khalid Gagap
Khalid Samad - Khalid Gereja

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP