Dibulan ramadhan ini kita dilimpahi dengan bermacam macam hidangan sampaikan tak cukup mulut untuk kita isi juadah yang ada. Majlis berbuka puasa dihotel hotel penuh sesak dengan kehadiran rakyat Malaysia yang cukup mudah dan senang dengan kehidupan hari ini.Itu lah Malaysia negara yang aman dan rakyat nya pula dilimpahi dengan rezeki yang membuak buak.
Tetapi bagi rakyat Somalia bulan Ramadhan sama seperti bulan lain yang yang mana kelaparan masih terus menghantui mereka. Perang saudara yang meletus ditambah dengan kebuluran yang berterusan mengancam rakyat Somalia yang berugama Islam untuk menikmati Ramadhan dan juga hari Raya.
Kelab Putera 1 Malaysia dibawah Presiden nya Dato Azeez Rahim dan juga Pengerusi BAKTI Datin Seri Rosmah Mansur melihat akan penderitaan Rakyat Somalia ini mesti dibantu sedikit sebanyak bagi memberikan mereka makna Ramadhan dan juga Aidilfitri.
Justeru itu pada esok 28 hb Ogos Rombongan Pasukan sukarelawan Malaysia seramai 45 orang akan berangkat ke Somalia bagi mengulurkan bantuan perubatan dan juga makanan serta keperluan lain buat rakyat Somalia yang dilanda kebuluran.
Inisiatif yang diambil oleh BAKTI melalui Datin Seri Rosmah dan juga Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dalam menghantar misi bantuan ke Somalia ini amatlah bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana ini merupakan satu sumbangan besar Malaysia buat negara Somalia yang dilanda kebuluran.
Untuk makluman juga misi ke Somalia ini merupakan misi yang paling merbahaya memandangkan keadaan di Somalia yang pastinya mengundang 1001 masaalah buat sukarelawan kelak.
Perang saudara yang meletus disana pasti sedikit sebanyak akan mengundang bahaya buat sukarelawan yang akan bertugas ditambah pula dengan masaalah kebuluran rakyat Somalia yang pastinya membuatkan tugas para sukarelawan agak sukar.
Justeru marilah kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar pasukan Sukarelawan ke Somalia selamat sampai dan selamat kembali dalam misi bantuan ini. Sesungguhnya apa yang dilakukan ini merupakan satu Jihad yang mulia dan besar pengorbannya.
Gomo mengucapkan terima kasih dan Syabas kepada Datin Seri Rosmah pengerusi BAKTI kerana prihatin dan peka mengenai nasib rakyat Somalia yang dilanda kebuluran ini.
Semoga Semua Sukarelawan Selamat HendakNya.....Amin
Psssttt....Agak pilu dengan nasib rakyat Somalia waktu ini......
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...