Selamat Tinggal Malaysia - Humanitarian Assistance Somalia

Sunday, August 28, 2011



Papa Gomo memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca yang mungkin terguris hati ataupun terkasar bahasa sepanjang membaca Blogg Papa Gomo ini.

Papa Gomo akan berangkat ke Somalia hari ini bersama dengan rombongan Kelab Putera 1 Malaysia yang turut membawa bekalan makanan dan ubat ubatan bagi membantu rakyat Somalia yang dilanda kebuluran waktu ini.

Pemergian Papa Gomo dan seluruh angkatan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia yang dianggotai kira kira 53 orang ini merupakan satu misi yang paling merbahaya dan juga paling mencabar.

Mengikut laporan dari UN,Somalia kini merupakan tempat Pertama negara yang paling merbahaya didunia yang mana Kemarau, Kebuluran, pemberontak dan juga lanun berlegar legar disekitar negara Somalia.

Justeru Papa Gomo memohon agar pembaca sekalian dapat mendoakan agar pemergian Papa Gomo dan seluruh angkatan perubatan dan sukarelawan kesana dalam misi bantuan ini agar selamat sampai dan selamat kembali HendakNya.

Untuk makluman semua misi kali ini adalah amat sukar sama sekali dan untuk pengetahuan anda juga pada peringkat awal kami semua sepatutnya akan menaiki pesawat MAS untuk ke Somalia namun ekoran masaalah Insurans maka pemergian kami kali ini menaiki pesawat tentera Udara Charlie C - 130.

Ramai sebenarnya sukarelawan yang sepatutnya turut sama dalam misi ini namun akibat dari masaalah pesawat maka jumlah sukarelawan terpaksa dikurangkan semaksimun mungkin ekoran dari muatan yang tidak mampu dibawa Cherlie C-130.

Nantikan liputan yang akan Papa Gomo bawakan untuk anda semua LIVE dari Somalia buat tatapan seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Hari Raya.....



Psssttt...beringat ingatlah ketika makan wahai rakyat Malaysia.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Humanitarian Assistance Somalia DAY 1

Jam 9.30 pagi semalam bertempat di lapangan Terbang Tentera Udara Subang misi sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia berlepas menuju ke destinasi utama Somalia. Turut bersama dalam mengiringi pemergian kami para sukarelawan pagi semalam adalah menteri Pertahanan Dato Seri Zahid Hamidi, Panglima Tentera Udara dan juga keluarga para sukarelawan.


Pemergian kami para sukarelawan yang seramai 48 orang ke Somalia dengan menaiki pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia Charlie 130 H yang mana dalam pesawat kami para sukarelawan terpaksa berhimpit himpit dengan bekalan ubat ubatan yang akan diagihkan kepada rakyat Somalia. Bukan keselesaan yang kami perlukan namun matlamat kami adalah untuk sampai ke Somalia dan menyelesaikan misi Kemanusian buat Rakyat Somalia yang dilanda kebuluran.


Jam 16.30 petang waktu Malaysia kami sampai di Kepulauan Maldives bagi memberikan pesawat yang kami naiki mengisi minyak sebelum ke lokasi seterusnya. Dua jam masa yang diberikan kami untuk berehat sebelum beredar dari kepulauan Maldives dan masa ini memberikan para sukarelawan ruang untuk ke bilik air memandangkan didalam pesawat yang kami naiki tidak terdapatnya bilik air.


Jam 21.30 malam waktu Malaysia barulah sukarelawan yang berugama Islam dapat berbuka puasa didalam Cherlie. Kira kira 15 jam juga kami berpuasa memandangkan faktor matahari yang memisahkan waktu berbuka. Kami diberikan makanan Nasi Beriyani bagi berbuka puasa dan ianya sudah cukup mengenyangkan.


Tepat jam 12 malam waktu Malaysia kami semua selamat tiba ke Kepulauan Seychelles bagi sekali lagi memberi laluan buat Charlie 130 H mengisi minyak.


taklimat dari Dato Azzez ketua Misi ke Somalia ini menyatakan kami akan berehat di Airport Seychelles kira kira 8 jam sebelum berangkat ke Mogadishu.


Diharapkan semoga perjalanan kami pagi nanti ke Mogadishu selamat sampai hendakNya. Doa dari rakyat Malaysia buat kami seluruh angkatan sukarelawan amatlah dihargai. kami wakil anda dalam misi bantuan kemanusian ini.


Laporan lanjut menyusul.......

Psssttt.....Satu benda aku tak puas hati, aku susah nak hisap rokok...... Aduh

Read more...

Somalia - 7 Jam Penerbangan Kini Di Maldives

Syukur kami para sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia waktu ini selamat mendarat di Kepulauan Maldives setelah 7 jam perjalanan menaiki Flight Charlie c 130. Waktu ini Charlie sedang diisi minyak dan kami berehat di terminal. Perjalanan seterusnya akan ke kepulauan Seychelles. Doakan semoga perjalanan kami semua Selamat ke Destinasi. Misi Bantuan Ke Somalia Matlamat kami. Amin.....

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP