Humanitarian Assistance Somalia Day 2 - Tentera Sementara Somalia Mengawasi Pergerakan Kami

Monday, August 29, 2011




Gambar diatas merupakan pasukan tentera kerajaan sementara Somalia yang sedang mengawal keadaan dibandar mogadishu. bukan sebuah kenderaan tetapi kiri kanan dan seluruh pelusuk jalan dibandar Mogadishu ini dipenuhi dengan mereka yang bersenjata. Ada yang berpakaian seragam lengkap ada juga yang hanya berselipar.



Baru sebentar tadi para sukarelawan yang terdiri dari Doctor diketuai Dato Azeez menghantar bekalan ubat ubatan ke Hospital Dar Al- Shifa yang mana hospital ini merupakan sebuah hospital Pakar dalam Mogadishu.


Ketua Misi Kelab Putera 1 Malaysia
Datuk Azeez Rahim



Lebih kurang 30 kotak bekalan ubat ubatan yang telah dihantar buat hospital pakar Dar Al Shifa di Mogadishu ini. Antara ubatan yang disumbangkan iaitu Vaksin untuk kanak kanak dan dewasa yang mana merupakan satu hal yang terpenting bagi rakyat Mogadishu ini.



Diluar Hospital sewaktu kami para sukarelawan menghantar sumbangan ubat ubatan para tentera sementara Somalia mengawal keadaan bagi memberikan perlindungan keselamatan buat kami semua.



Datuk Azeez Rahim menyampaikan sumbangan
ubat ubatan kepada wakil Hospital Dar Al Shifa


Lagi ubat ubatan yang siap sedia untuk diagihkan esok
kepada Hospital sekitar Mogadishu


Tentera Sementara Somalia Sedang berkawal



Air minuman yang merupakan sumber terpenting dalam Somalia. Dan untuk makluman semua harga air di Somalia ini harganya lebih mahal dari sebotol Coke botol 1.5ml.


Tentera Sementara Somalia ini merupakan seorang remaja yang
pada anggaran Gomo baru berumur 16 tahun.


Disinilah Helikopter Black Hawk terhempas setelah ditembak tentera Somalia.
Terkenang cerita Black Hawk Down


Psssttt.... Memang menyeramkan bila lihat keadaan bangunan yang dipenuhi lubang peluru dan mortar...huhuhu

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Humanitarian Assistance Somalia DAY 2 - Kami Selamat Sampai Mogadishu




Lapangan Terbang Somalia





Jam 10.45 pg waktu Malaysia kami para sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia berlepas ke Mogadishu dengan menaiki Charlie 130 H dari pulau Seychelles.kami sampai jam 14.15 waktu Malaysia yang mana 3 jam 30 minit masa penerbangan kami.



Kedatangan kami di lapangan terbang Mogadishu disambut oleh Menteri Perikanan dan beberapa orang ahli parlimen Somalia.Turut hadir sama pasukan ricky team Malaysia yang dianggotai seramai 7 orang yang tiba awal pada 25hb lalu.





Kami seterusnya bergerak ke Hotel penginapan 10 minit dari lapangan terbang dan untuk makluman anda sebaik sahaja kami keluar dari kawalan lapangan terbang keadaan diluar dilihat amat merbahaya sama sekali.


Laporan lanjut akan menyusul.....

Psssttt....Line tenet slow gila.......aduh......




DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet