Humanitarian Assistance Somalia DAY 3 - Video Ekslusif Yang Tidak Berlaku Di Malaysia

Tuesday, August 30, 2011





Video diatas anda dapat llihat bagaimana mereka rakyat Somalia yang berada dibandar Mogadishu berebut rebut mendapatkan sumbangan dari Pasukan Misi Kelab Putera 1 Malaysia.

Bukanlah makanan yang kami berikan dan bukan juga wang tetapi hanya kain tudung, selipar jepun, kain pelikat dan kopiah namun itu pekara yang barangkali amat penting buat mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.

Semoga ianya menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersyukur dengan nikmat yang kita raih pada masa ini dibumi bertuah Malaysia.


Psssttt.....apakah kita akan seperti somalia jika melayu tidak bersatu dan terus berpecah?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Humanitarian Assistance Somalia DAY 3 - Pagi Raya Di Mogadishu Sukarelawan Diserbu



Masjid Isbahasyiga Mogadishu Somalia

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia, Gomo dan pasukan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia pada awal pagi tadi menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Isbahasyiga yang terletak dalam bandar Mogadishu Somalia.


Bekas lubang peluru dibangunan Masjid Isbahasyiga

Untuk makluman Masjid Isbahasyiga ini merupakan satu satunya Masjid didalam bandar Mogadishu yang berfungsi dengan baik dilengkapi dan bangunan nya masih elok serta kukuh. Difahamkan masjid lain didalam Mogadishu agak usang dan kebanyakkan nya telah runtuh.




Sekitar 5 ribu orang menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi dan ini tidak termasuk dengan mereka yang diluar Masjid yang menagih simpati untuk mendapatkan duit ataupun sebagainya yang disumbangkan oleg orang orang besar Somalia.



Dato Azeez Rahim Ketua Misi Sukarelawan Kelab Putera
1 Malaysia menyampaikan sumbangan


Tentera Sementara Somalia
mengawal keadaan








Sukarelawan cuba mengawal keadaan


Selesai Solat Aidilfitri Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.

Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.


rakyat Somalia menyerbu kearah para sukarelawan

Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.

Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.

Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun.


Wajah WajahKesesangraan

Bersyukur lah kita rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai dibumi bertuah kerana setakat hari ini belum ada lagi rakyat kita walaupun mereka yang merempat berebut selipar jepun dalam kehidupan mereka.

Perpaduan diantara kita merupakan kunci kemakmuran negara dan jika perpaduan tidak dicapai maka tidak mustahil kita juga akan jadi seperti Somalia yang bergolak akibat dari perpecahan sesama mereka.



Untuk gambar gambar lain sila layari FB Papa Gomo Jahat dan cari di Album


Psssttt....Tu baru didalam bandar, belum tengok lagi pelarian somalia yang kebulur didalam kem....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Selamat Hari Raya From Somalia



Selamat Hari Raya

Gomo masih di Somalia dan agak sebak waktu ini


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP