Humanitarian Assistance Somalia - Video Mangsa Tembakan Tentera Al Shabab Dirawat Pasukan Perubatan Malaysia

Wednesday, August 31, 2011


Nasib kanak kanak jika tidak dirawat
segera telinga nya akan dipotong.


Semalam pasukan perubatan Kelab Putera 1 Malaysia menjalankan misi bantuan kepada pesakit disekitar Bandar Mogadishu Somalia yang mana bantuan diberikan di Hospital Pakar Dar Shifa.


Kaunter Pendaftaran Pesakit

Mereka yang kurang berkemampuan yang mana hidup merempat turut diberikan rawatan secara percuma dan turut diberikan suntikan vaksin. Turut mendapat rawatan adalah pesakit di Hospital pakar Dar Shifa yang terlantar disana.


Sebilangan Pesakit yang sedang menunggu Giliran

Untuk makluman Hospital pakar Dar Shifa ini merupakan satu satunya hospital pakar dalam bandar Mogadishu. Walaupun namanya pakar namun tidaklah seperti apa yang tertulis diatas kertas kerana kedaifan menyelubungi hospital tersebut.




Gambar Gambar sekitar di Hospital Pakar Dar Shifa yang mana para Doctor Misi Sukarelawan kelab Putera 1 Malaysia melakukan khidmat mereka kepada para pesakit:







Hari ini difahamkan para doctor Misi Kelab Putera 1 Malaysia akan merawat kira kira 500 orang mereka yang merupakan pelarian dalam bandar Mogadishu di Hospital Dar Shifa ini. laporan lanjut akan menyusul.



Vide Lelaki ini cedera ditembak tentera Al Shabab

Betapa untung kita di Malaysia, Hospital kerajaan yang serba lengkap dan canggih hanya mengenakan bayaran RM1 buat para pesakitnya. Jika kes kes Kronik pula harganya adalah amat rendah sama sekali.

belum lagi kita kira dengan apa yang dilakukan Dato Seri Najib Razak melalui Klinik 1 Malaysia yang ditempatkan dikawasan penduduk padat yang mana ianya memberikan satu khidmat yang baik buat rakyat Malaysia.

Inilah hakikat sebenar dalam kehidupan, bila kita sampai ke tempat orang baru kita tahu betapa untungnya kita hidup dibumi bertuah Malaysia tercinta.

Untuk Gambar Menarik Layari Papa Gomo World Fotopages
ataupun Facebook Papa Gomo Jahat


Psssttt.... Fuh...memang dasyat hospital pakar, kalau hospital kerajaan Somalia agaknya macam mana?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Humanitarian Assistance Somalia - Video Ini Kedaifan Ini Bukan Erti Kemerdekaan Somalia


Syukur Bukan Ibu Kita



Video diatas merupakan gambaran yang sebenar di Hospital Darul Shifa yang mana disini pelarian yang berada di Mogadishu ditempatkan dalam menerima bantuan dari pasukan Sukarelawan Malaysia.

Hari ini kami akan ke Kem pelarian terbesar di Mogadishu iaitu kira kira 30 ribu pelarian ditempatkan disitu. Laporan lanjut akan Gomo susuli.

Jadikan video diatas satu kesedaran buat kita rakyat Malaysia yang menyambut kemerdekaan ke 54 hari ini. Hanya 3 tahun jarak memisahkan Kemerdekaan kita dan Somalia namun itulah yang berlaku di Somalia negara bergolak akibat perang saudara kerana kuasa politik yang menjadi rebutan.

Psssttt....memang menghibakan buat kami para sukarelawan semua....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Humanitarian Assistance Somalia - Sebak Melihat Keadaan Daif Ini




Petang semalam para sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia menuju ke Hospital Darul Shifa yang terletak kira kira 2 kilometer dari Hotel penginapan. Walaupun hanya 2 kilometer namun untuk sampai ke sana kami terpaksa mengambil masa kira kira 10 minit perjalanan ekoran keadaan jalan dan juga kawalan keselamatan dari pihak tentera Sementara Somalia.

Sampainya kami disana memang mengharukan apabila kanak kanak dan para kaum wanita telah berkumpul untuk menerima bantuan dari kami sukarelawan dari Malaysia. Keadaan mereka membuatkan beberapa sukarelawan kelihatan Hiba dan ada wartawan yang mengeluarkan air mata melihat keadaan mereka pelarian Somalia.




Untuk makluman mereka yang diberikan bantuan di Hospital Darul Shifa merupakan pelarian yang datangnya luar dari bandar Mogadishu. Mereka ini melarikan diri dari pihak Al Shabab tentera Radikal ala Al Qaeda yang kini berperang dengan kerajaan sementara Somalia.





Dato Azeez Rahim ketua misi menyampaikan sumbangan berupa kain pelikat, tudung, selipar dan juga wang sekitar 100 ribu Somalia yang mana dalam mata wang kita sekitar RM30.





Kanak kanak diberikan gula gula, biskut dan juga kurma bagi menghiburkan hati mereka yang dilihat kelihataan kusut dan tidak ceria walaupun hari ini adalah merupakan hari Raya Aidilfitri.



Gomo juga agak tersentuh perasaan ini memandangkan belum pernah melihat sebegini daif kehidupan seorang umat manusia. Di Malaysia jangan kita harap untuk dapat berjumpa dengan keadaan sebegini kerana siapa sahaja di Malaysia cukup makan dan pakai malah tidak ada yang merempat melainkan orang Gila.



Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut dengan begitu hebat tetapi disini keadaannya cukup berbeza apabila dalam keadaan berperang dan kebuluran mereka rakyat Somalia terpaksa mencari hasil demi alas perut mereka berbanding baju dan kasut raya.


Banyak kali Gomo cuba renungkan jika orang melayu terus terusan berpecah apakah kita akan jadi seperti ini? Gomo sudah ke Vietnam, Cambodia, thailand, Indonesia dan dinegara negara ini suasana nya cukup jauh berbeza dengan Malaysia.



Orang Melayu bumiputera yang merupakan penduduk tanah Melayu lebih berjaya berbanding rakyat negara yang Gomo telah pergi. Dinegara lain yang Gomo maksudkan penduduk asalnya adalah miskin dan tidak menguasai walaupun dari aspek Politik.

Apatahlagi di Somalia ini yang satu bangsa satu ugama namun akibat perbedaan Politik menyebabkan mereka berperang dan berpecah belah sehinggakan rakyat menjadi mangsa. Apakah Melayu akan menjadi begini bila kita terus bertelagah angkara politik?

Renung renungkanlah......




Gambar Gambar Menarik sila layari Album Papa Gomo Jahat DISINI


Psssttt...Semakin hari di Somalia semakin datang ketakutan bila Melayu terus berpecah


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Humanitarian Assistance Somalia MERDEKA DAY - Hanya 3 Tahun Membezakan Malaysia Dan Somalia




Selamat Hari Kebangsaan yang ke 54 buat negaraku Malaysia yang tercinta. Sesungguhnya Bumi Bertuah Malasyia adalah Bumi yang ku sayang dan ku kasih.

54 tahun negara kita Merdeka dan banyak pencapaian yang membanggakan kita rakyat Malaysia. Sejak Merdeka kita orang Melayu, Cina, India dan lain lain bangsa bersatu hati dalam membangunkan negara. Semua pihak terlibat dalam membangunkan negara Malaysia ini dan tidak ada satu pihak pun boleh menyatakan bahawa pembangunan yang ada di Malaysia hari ini adalah hasil dari satu bangsa sahaja.

Itulah keunikan Malaysia negara kita yang tercinta, semua bangsa bersatu hati dalam membangunkan Ekonomi negara sehingga Malaysia dikenali seluruh dunia malah rakyat negara asing melihat Malaysia sebuah negara yang sesuai buat pelaburan mereka.





Tetapi tahukan anda bahawa negara Somalia mencapai kemerdekaan pada 1 Julai 1960 iaitu 3 tahun selepas negara kita Malaysia Merdeka. Dan apa yang ada pada hari ini di Somalia adalah tidak langsung mengambarkan sebuah negara yang Merdeka.













Perpecahan antara mereka dalam perang saudara yang berlanjutan sejak 1991 menjadikan rakyat Somalia daif dan mengalami beratus ribu kematian akibat tembakan, kebuluran dan juga penyakit.





Bayangkan jika ianya berlaku di Malaysia sepertimana keadaan yang berlaku di Somalia ini apa akan berlaku pada anda dan anak cucu cicit anda? Gomo sendiri tidak dapat membayangkan jika ianya berlaku dalam Malaysia.










Bayangkan hanya 3 tahun jarak yang membezakan antara Kemerdekaan Malaysia dan Somalia namun begitu jauh jurang pencapaian yang ada diantara Malaysia dan Somalia. Kunci dalam perbedaan ini adalah perpaduan yang kita rakyat Malaysia ada dan tidak pada rakyat Somalia.








Di Hari Merdeka ini Gomo pinta agar seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa bersatu padu dalam membangunkan negara. sudah 54 tahun kita Merdeka dan selama ini kita aman dan tenteram malah ekonomi buat kita semakin hari semakin meningkat.



Apakah kita ingin menjadi seperti Somalia yang bergolak?



renung renungkanlah wahai rakyat Malaysia, Bangga lah kita sebagai rakyat Malaysia kerana tidak ada bumi lain yang sanggup menerima kita selain dari Malaysia tanah Tumpahnya Darahku.


Psssttt.....Orang Melayu jangan lupa asal usul.......

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP