Publisiti Murahan - Dato Azeez Putra Patut Malu Dengan YB Khalid Samad
Wednesday, September 7, 2011
Tahniah Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam yang mana dilihat lebih hebat dari Dato Azeez Rahim Presiden Kelab Putera 1 Malaysia. Walaupun Gomo menyertai misi ke Somalia bersama Dato Azeez namun bila melihat gambar gambar dibawah ini ternyata beliau jauh lagi hebat dari Dato Azeez Rahim.
Kata Khalid Samad dalam Blogg beliau:
Pada 26 Julai saya telah bertolak ke Mesir bersama sahabat dari Muslim Care dan Cakna Palestin. Destinasi akhir adalah Gaza. Surat kelulusan dari kerajaan Mesir telah diperolehi lebih awal, termasuk dari pihak “Special Branch” Mesir. Kami pergi membawa wang tunai sebanyak USD 215,000 yang merupakan kutipan dari rakyat Malaysia semenjak Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu. Pada 28 Julai kami memasuki Gaza. Duit diserahkan secara berperingkat mengikut kategori perbelanjaan serta mereka begitu bangga dan berterima kasih di atas sumbangan ini. 29 Julai kami turun bertemu Menteri Kebajikan. Terdapat banyak juga program bersama rakyat miskin diadakan. Pada keesokan harinya, Perdana Menteri (sah) Palestin, Ismail Haniyya menjemput kami semua ke rumahnya pada sebelah malam. Beliau telah meluangkan masa untuk duduk berbincang pelbagai isu selama hampir 1 jam. Pada 31 Julai kami dijemput pula ke Parlimen Palestine dan diberikan cenderahati peta Palestin sebagai kenangan.
http://www.khalidsamad.com/2011/08/misi-kemanusiaan-ke-gaza.html
Memang hebat misi yang dijalankan oleh Khalid Samad dari parti PAS ini. Bukan calang calang orang rupanya Khalid Samad ini malah jauh lebih Jihad beliau ini dari Dato Azeez yang setakat pi hulur bantuan makanan Tepung, Jagung, Beras, Minyak dan lain lain lagi.
Patutlah pembangkang dari PAS,DAP dan PKR menyatakan Dato Azeez dan misi rombongan kemanusian ke Somalia hanya mencari publisiti sahaja dan bukannya nak bantu rakyat Somalia yang kebuluran pun. Kira apa yang pembangkang cakap ni sikit tak banyak tempias nya kena lah pada Gomo yang turut sama dengan Dato Azeez ke Somalia.
Siapa sebenarnya yang mencari Publisiti?
Gomo malas nak ulas panjang dan bukan juga tujuan Gomo ni nak Jilat atau membodek Dato Azeez Rahim Ketua Misi ke Somalia tetapi nak sampaikan kepada rakyat hakikat dan kebenaran yang wajar kita ketahui dari terus terusan dibohong dan dikotorkan otak oleh pembangkang yang berfikiran Kunyit ni.

Bantuan Perubatan

Kami Masak untuk Mereka yang kebuluran

Kami Rawat Dengan Tangan Kami Sediri

Kami Dengar Luahan Mereka

Tangan Kami Sendiri Menyalurkannya

Jihad Yang Kami Lakukan

Walau dilautan Manusia yang kebuluran dan berpenyakit

Bukan Mencari Publisiti Murahan
Rakyat Boleh menilai siapa yang Gila Publisiti dan rakyat juga boleh melihat tangan siapa yang menghulurkan bantuan buat mereka yang dilanda derita.
Khalid Samad Menyatakan:Terdapat banyak juga program bersama rakyat miskin diadakan
Mana dia gambar Khalid Samad dengan rakyat Miskin? Kenapa hanya mengeluarkan gambar beliau dan Pemimpin Palestin sahaja? Apakah beliau malu untuk bergambar dengan rakyat yang Miskin?
Kenyataan Khalid Samad : Duit diserahkan secara berperingkat mengikut kategori perbelanjaan serta mereka begitu bangga dan berterima kasih di atas sumbangan ini.
Kepada siapa yang Khalid Samad serahkan wang berjumlah USD 215 ,000 tu? Tangan mana yang menerima? Sampaikah bantuan tersebut kepada rakyat Palestin dibawah? Khalid Samad tidak pula menyatakan kepada siapa beliau memberi wang tersebut. NGO Palestin mana? Badan amal Palestin mana? siapa yang terima duit USD 215,000 tu?
Gomo tidak bermaksud nak memperlekehkan sumbangan yang dilakukan oleh Khalid Samad buat rakyat Palestin tetapi nak balas tomahan pembangkang yang menyatakan misi kami ke Somalia hanya mencari Publisiti dan bukannya niat membantu umat Islam disana yang sedang dilanda mati kebuluran.

kami Turun kebawah berbincang dengan semua pihak
bagi memastikan bantuan sampai kepada yang
memerlukan
Kami melalui ketua Misi Dato Azeez Rahim membawa bekalan makanan dan perubatan dari Malaysia dengan begitu terhad memandangkan pesawat kami tidak mampu membawa lebih muatan. Namun di Somalia kami membeli sendiri makanan dan kami sendiri mengagihkan kepada mereka yang kebuluran itu. Dari tangan kami ianya disalurkan dan kepada mereka yang kebuluran juga yang merasainya.
Siapa Yang Gila PUBLISITI?
Saksikan Video Diatas Ini dan Nilaikan Misi Bantuan Kami
Para Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia
Di Mogadishu Somalia
Saksikan Video Diatas Ini dan Nilaikan Misi Bantuan Kami
Para Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia
Di Mogadishu Somalia

Syukur Malaysia tiba menghulurkan bantuan makanan
buat Rakyat Somalia yang kebuluran
Lagi Gambar Gambar Sekitar Somalia
KLIK PAPA GOMO WORLD FOTOPAGES
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT












