Tindakan ISA Ke Atas Mat Sabu Bakal Dilakukan KDN? Ada Telor Ke?

Friday, September 9, 2011

Dah berpuluh malah masuk hari rasanya dah lebih seratus laporan polis yang dibuat keatas Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang cuba memesongkan sejarah kemerdekaan Negara.

Gomo malas nak ulas panjang namun apa yang Gomo lihat dalam isu ini jelaslah bahawa sistem yang kita ada dalam mencegah hasutan lemah dan sekarang dilihat hanya tinggal kenangan sahaja.

Ramai yang Gomo temui mencadangkan Mat Sabu dikenakan Tahanan ISA kerana Hasutan dan beliau cuba memesongkan sejarah. Kalau dinegara lain sudah pasti ISA dikuatkuasakan tetapi di Malaysia kini tidak lagi.

Kenapa KDN takut melaksanakan ISA keatas Mat Sabu? Apakah kerana takut dengan momokan pembangkang keatas kerajaan? Ataupun Menteri bertanggungjawap play safe?

Agenda membawa Chin Peng balik dan mengiktiraf beliau sebagai pejuang kemerdekaan merupakan intipati dalam hal ni. Sebab itu beriya iya PAS menyatakan Mat Indera pejuang dan bila ramai setuju akan Mat Indera maka automatiknya pula Chin Peng akan dikaitkan dan diiktiraf.

Nak tunggu apa lagi KDN? Ops. . . Tak boleh cakap lebih jugak coz nanti ada yg datang rumah Gomo rampas semua peralatan macam blogger GAP dan Keris Putera kena. SENSITIF PEGAWAI MENTERI KDN NI BILA NAMA DIA TERLIBAT.

Psssttt . . . Mat Sabu semakin kuat menghasut, kita dok gentel telor ke?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP