Noramfaizul Dialah Wira Kami - Peterson Matthew RTM

Tuesday, September 13, 2011


Peterson Matthew

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul… telinga yang mendengar dan andaian yang dibuat namun tak kan sama dengan kami yang melaluinya. Seminggu berlalu.. hari ini terdetik untuk berkongsi rasa duka dan pengalaman yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati ini.



NORAMFAIZUL – Dialah Wira Kami.
Arwah bukan prajurit, yang gugur dimedan perang, arwah jua bukan anggota tentera untuk misi pengaman demi meredakan konflik di Somalia… namun arwah adalah WIRA MEDIA yang akan terus kekal dihati kami pengamal media tanahair. Airmata kami yang gugur dibumi Somalia.. adalah tanda kasih kami pada seorang sahabat yang menganggap dirinya ABANG tanpa pernah mengira.. kau siapa, keturunan , bangsa dan agama. Itulah Arwah…. Kehilangannya pasti akan dikenang.

Mediakah yang bersalah? Penganjurkah? Pemimpinkah? Atau kami sendiri sukarelawan yang menyertai misi tersebut? Setiap hari ada jari yang menunding.. telunjuk cukup lurus sehingga terlupa 4 lagi jari yang dilipat.. Pelbagai andaian.. adakalanya cukup sinis, pedas dan bisa….. Tanpa memikirkan ada hati yang perlu kita jaga.. ada jiwa yang lebih parah menanggung kesan daripada apa yang terjadi.

Kami wartawan yang terpilih menyertai misi itu bukan mahukan populariti.. seandainya arwah masih hidup, saya pasti itu jua yang akan dikatakannya. Andai saya yang terkorban saya jua cukup REDHA…. Kerana saya pergi bukan kerana wang ringgit, pangkat dan kepentingan peribadi. Tapi pemergiaan saya kesana demi tugas dan yang paling utama demi KEMANUSIAAN. Perkara itulah yang kita terlepas pandang sebenarnya…

Lupakan sedetik Baju Kalis Peluru.. Lupakan Perisai ataupun apa sahaja.. Kerana itulah kesilapan yang nyata.. Namun, Seperti arwah, saya dan rakan2 media yang lain - perginya kami kerana KEIKHLASAN, KEMANUSIAAN dan sudah tentunya rakan2 wartawan yang beragama islam kerana AGAMA. Salahkah? Jadi hentikan spekulasi. Sudah-sudahlah…

Sewajarnya DOA mengiringi pemergiaannya.. Bukan andaian ataupun cerita-cerita adakalanya hanya menambah kesedihan dihati. Sesungguhnya Arwah meninggalkan sesuatu yang cukup bermakna untuk dunia kewartawanan. Jika dahulu tiada siapa yang peduli apa yang terjadi, malah tugas kami hanya dipandang ringan.. Bukan tidak pernah berlaku kejadian tembakan mahupun tawanan dikalangan pengamal media sebelum ini, tapi ia tetap tidak diendahkan. Tapi pemergian arwah kali ini membuka mata ramai pihak.. Harap ia cukup TERBUKA untuk menghargai tugas kami dalam bidang kewartawanan dan dunia penyiaran... Yang bukan sahaja meninggalkan mereka yang kami sayang namun adakalanya bersabung nyawa demi memberi maklumat yang tepat untuk tatapan semua.

Sesaat itu cukup berharga untuk kami, Dan peluang kedua yang diberi ini pastinya lebih bermakna untuk kami yang terselamat untuk lebih menghargai erti kehidupan sebenarnya. Selamat tinggal ABANG.. Terima Kasih untuk satu perasaan yang sehingga kini tidak dapat saya ungkapkan dengan kata2..


Dari Kiriman Peterson Matthew



Peterson Matthew merupakan Wartawan RTM yang bertugas membuat liputan di Mogadishu Somalia. Beliau juga merupakan salah seorang yang pada waktu kejadian berada bersama Arwah Noramfaizul selepas ditembak Tentera African Union.

Semoga Arwah Noramfaizul dicucuri rahmat...Al Fatihah


Psssttt.... Bantuan kita negara Malaysia kepada rakyat Somalia yang kebuluran mesti diteruskan


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Penyelewengan Wang Rakyat Selangor Didedahkan

P
YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN.
PENYELEWENGAN YAYASAN SELANGOR
BERDASARKAN LAPORAN BAHAGIAN AUDIT DALAMAN PEJABAT SUK NEGERI SELANGOR


DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN
PERLANTIKAN JAWATAN PENGURUS BESAR.

Jumlah permohonan 42 permohonan
Senarai layak hanya 8 calon
Tarikh temuduga pada 22/2/2010
Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah
Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel.Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan,kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.Rujuk Lampiran

PERLANTIKAN PENGURUS KEWANGAN ( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )

Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan. Rujuk lampiran

CUTI BERGAJI SEMASA DALAM SIASATAN
Arahan cuti bergaji telah dikeluarkan (Rujuk lampiran) oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak . Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.Rujuk lampiran

SAGU HATI FAEDAH PERSARAAN.
Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

Pertukaran Kakitangan
Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:

Jusa - 1 orang
Gred 41-48 – 25 orang
Gred 17-27 – 19 orang
Gred 1-3 – 5 orang.

Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor
Kenaikkan Pangkat

Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.Rujuk lampiran

Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 selepas 1 bulan dilantik.
Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010.

Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplon dan Tatatertib Yayasan Selangor ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.

Pelanggaran Arahan Bercuti oleh Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan beliau telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.Rujuk lampiran

Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk.
Dokumen Perkhidmatan Kontrak.

Pengurusan Yayasan Selangor tidak menyediakan perjanjian dalam isu perlantikan pegawai . Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam melindungi kepentingan dan hak kerajaan negeri dan yayasan Selangor sebagai majikan.Pengurusan YS juga tidak memikirkan tentang kebajikan kakitangan perkhidmatan kontrak yang melibatkan terma-terma dalam kebajikan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak telah wujud tetapi tidak diguna pakai.

Kelemahan Pengurusan YS dalam isu Kelulusan Melalui Resolusi
Sehingga bulan November 2010 sebanyak 12 resolusi telah dikeluarkan (bil. A121/2010 hingga A132/2010). Ini jelas memperlihatkan kelemahan pentadbiran pengurusan YS yang tidak tahu membezakan perkara yang dicadangkan itu:

Perlu pembentangan di dalam mesyuarat
Perlu diluluskan oleh Ahli Lembaga melalui resolusi atau
Perlu mendapat keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan atau sekadar makluman.

DARI SUDUT PENGURUSAN PERBELANJAAN
Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.

Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor. Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00 seperti butiran dibawah.

Bil
Perkara
Amaun (RM)
1
Pertanding memancing
178,200
2
Pembelian cenderahati dan pakaian
206,040
3
Pembelian 10 ribu naskah Al Quran
225,000
4
Jamuan Makan Perdana
387,232

Jumlah
996,472

Kos Majlis Jamuan Makan Perdana dicadangkan oleh Tetuan Drift Z Enterprise dengan anggaran kehadiran seramai 1000 orang.Majlis diluluskan oleh Pengurus Besar melalui surat Bil.91210dlm.YS/HEK/05/023 bertarikh 14 Sept 2010. Kos cadangan sebanyak RM 285,000 diluluskan tanpa ada pindaan dan baucar bayaran mendapati YS telah membuat pembayaran sebanyak RM270,750 (95%) sebelum majlis berlangsung.
Tarikh

No Baucer
Jumlah(RM)
27 Sep 2010
Bayaran 50% daripada jumlah peruntukan
20102738
20102739
20102740
50,000
50,000
42,500
5 Sept 2010
Bayaran 45% daripada jumlah peruntukan
20102782
20102783
20102784
50,000
50,000
28,250


Jumlah
270,750

Baki akhir RM 14,250 belum dibayar selepas majlis dibatalkan melalui surat bertarikh 9 Nov 2010. Bil.(97)YS/HEK/05/023(B)


Yayasan Selangor juga telah membelanjakan sebanyak RM 396,370 bagi tujuan lain seperti dibawah.
Tarikh
Perkara
No Baucer
Jumlah (RM)
27/7/2010
Pendahuluan tempahan kain ela sutera dan songket
20102186
36,750
6/8/2010
Bayaran membekal kain helaian ela sutera digital dan sampin
20102278
36,750
27/9/2010
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20102737
7,400
27/9/2010
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20102736
50,000
9/11/2010
Bayaran akhir membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20103112
22,240
18/10/2010
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan
20102321
112,500
18/10/2010
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan
20102322
112,500
26/10/2010
Pendahuluan membeli peralatan pameran sempena 40 tahun yayasan
20103005
14,700
3/11/2010
Pendahuluan bagi latihan koir sempena 40 tahun yayasan
20103093
1,230
9/11/2010
Pendahuluan untuk operasi pemasangan banner ke 40 tahun yayasan
20103120
2,300


Jumlah
396,370
Pengurusan Yayasan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menuntut semula perbelanjaan tersebut walaupun majlis telah dibatalkan.

YS telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cendarahati. Sebanyak RM52,900 telah dibelanjakan tetapi tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan.
Tarikh
perkara
kuantiti
Harga seunit
No baucer
Jumlah
12/10/2010
Bayaran untuk membekal topi bersulam utk kakitangan yayasan
1500
10.00
20102888
15,000

Bayaran membekal non-woven beg utk kakitangan yayasan
1000
7.90
20102889
7,900

Bayaran membekal sejadah kepala untuk kakitangan yayasan
1000
3.00
20102890
30,000

Jumlah
52,900

Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan.
Pertanding dijadualkan diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80 untuk 2 joran.

SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000. YS sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan YS.

70% bayaran sebanyak RM125,000 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi YS telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.

Bil
Perkara
No Baucer
Tarikh
Amaun (RM)
1
70% pendahuluan utk program memancing
20202919
18/10/2010
125,300
2
Bayaran baki 20%
20102923
19/10/2010
35,000
3
Bayaran akhir 10%
20103082
3/11/2010
17,900


Jumlah
178,200

Ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat .Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan YS dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan.Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu.

Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.Jelas YS mengalami kerugian dalam pertandingan ini.

Sebanyak RM 16,060 daripada RM 37,630 hasil kutipan daripada peserta telah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor yang mana Yang Di pertua Persatuan Yayasan tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) walaupun tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan. Manakala baki kutipan sebanyak RM 21,570 masih disimpan dalam tangan Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) yg masih belum diserahkan setakat 1 Disember 2010.

Majlis Berbuka Puasa
Majlis diadakan di Dewan Sivik pada 21/8/2010
Perlantikan Syarikat Rahah Enterprise secara runding terus melibatkan jumlah keseluruhan RM138,00.
Pendahuluan (95%) RM 131,000 telah dibayar sebelum majlis diadakan.
Tarikh
Perkara
No baucer
Jumlah
17/8/2010
Bayaran pertama majlis berbuka puasa
20102388
20102389
59,000
19,000
20/8/2010
Bayaran 45% majlis berbuka puasa
20102397
20102396
12,000
50,000
23/9/2010
Bayaran baki pembayaran majlis berbuka puasa
20102648
7,000


Jumlah
138,000


Terdapat 1 arahan pinda kerja berjumlah RM 29,400 atas alasan seperti dibawah
Perkara
Kuantiti Tambahan
Harga Seunit
Jumlah RM
Makanan tambahan
800 unit
25
20,000
Kurma
800
3
2,400
Meja VIP
12

2,000
Elektrik dan Api


5,000


Timbalan Pengurus Besar mendakwa kerja tambahan disebabkan kehadiran berjumlah 2,300 orang tetapi jumlah sebenar kehadiran dalam lingkungan 1,440 sahaja. Kemampuan pihak catering menyediakan makanan dengan kadar segera bagi 800 orang dipertikaikan. Tuntutan untuk bayaran elektrik dan air berjumlah RM 5000 agak pelik kerana sewaan dewan telah termasuk bayaran untuk elektrik dan air.

Majlis Jamuan Aidil Fitri
Majlis diadakan pada 4/10/2010 di Padang Timur, Petaling.
Sekali lagi syarikat SDF Media&Event dilantik sebagai Event Manager secara lantikan terus dengan kos berjumlah RM 281,000.
Pengurusan YS telah membayar sebanyak RM266,950 (95%) selepas 2 hari tarikah perlantikan

Jelas menunjukkan YS gagal mematuhi peraturan kewangan kerana bayaran telah dibuat walaupun majlis masih belum berlangsung. Ini juga menunjukkan tadbir urus yang tidak cekap yang boleh menyebabkan YS mengalami risiko kerugian sekiranya pihak event manager gagal atau menghilangkan diri.
Adakah syarikat yang dilantik adalah daripada kroni mereka sendiri?
Baki RM 14,050 telah dibayar selepas majlis berakhir beserta dngan bayaran tambahan RM 22,476 ( No Baucer 20102789 ) bagi kerja pemasangan khemah tambahan dan platform.

Jumlah keseluruhan majlis ini berjumlah RM 303,476 dan dianggap tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan.


Majlis Korban Perdana.
Cadangan YS untuk mengorbankan 20 ekor lembu tetapi hanya 9 ekor dikorbankan yang berjumlah RM22,580 pada 18/11/2010 di Asrama Yayasan di Klang hasil sumbangan kakitangan YS dan pihak swasta.

YS telah mengeluarkan kos pendahuluan sebanyak RM44,452 untuk majlis ini. Pendahuluan diberikan terus kepada Timbalan Pengurus Besar Pengurusan sebanyak RM24,452 manakala RM20,000 kepada Pengurus Korporat.
Setakat 1/12/2010, tiada Penyata Akaun Perbelanjaan disediakan oleh kedua pegawai terbabit.Penyata ini perlu disokong dengan dokumen sokongan seperti resit pembelian.
Sekali lagi SDF Media & Event Sdn Bhd dilantik untuk menguruskan majlis ini. Perlantikan ini tidak perlu dibuat kerana yayasan telah melantik 15 orang jawatankuasa dan perbelanjaan iklan banner oleh SDF Media Event tidak diperlukan kerana kehadiran jemputan dikalangan kakitangan dan pelajar yayasan.
Kos tambahan lain ialah acara cabutan bertuah RM 2500, nasyid RM600 dan set karaoke RM1,000.

Kos keseluruhan untuk majlis ini adalah sebanyak RM 48,552.

Pembelian Kereta Yayasan.
Satu kertas cadangan dikemukan kepada MB bagi memohon kelulusan pembelian 4 buah kenderaan baru YS dengan kos keseluruhan RM500,000. Kenderaan Pengurus Besar tidak dinyatakan jenis kenderaan tetapi jumlah RM 300,000 dinyatakan.
Bil
Jenis
Model
BIlangan
Kos
Kegunaan
1
Van
Toyota Hiace 2.7 petrol
1 buah
110,000
Kegunaan kem/asrama
2
kereta
Proton saga BLM 1.3 MT
2 buah
90,000
Kegunaan ibu pejabat
3
kereta
-Tiadai-
1 buah
300,000
Kegunaan pengurus besar


Jumlah
500,000


Kenderaan yang dibeli seperti dibawah
Bil
Jenis
Model
BIlangan
Kos
Kegunaan
1
Van
Toyota Hiace 2.7 petrol
1 buah
97,490.00
Kegunaan kem/asrama
2
Kereta
SUV/4WD
Toyota Fortuner 2.7 A/T TRD Sportivo
1 buah
190,155.21
Kegunaan ibu pejabat
3
kereta
Toyota Camry 2.4v (A)
1 buah
186,080.11
Kegunaan pengurus besar


Jumlah
463,725.32

Jika dilihat dari jumlah keseluruhan jumlah yang digunakan tidak melebihi yang dimohon tetapi cara pembelian boleh dipertikaikan kerana meminggirkan kepentingan kemudahan kepada asrama yang diduduki oleh pelajar.Keperluan membeli Toyota Fortuner boleh dipertikaikan kerana kos sebuah kereta tersebut boleh membeli 4 buah Proton Saga BLM untuk kegunaan asrama. Adakah pengurusan YS mementingkan kepentingan sendiri daripada kepentingan pelajar?

Pembelian Telefon Bimbit.
Peraturan kerajaan negeri menetapkan kelayakan/gred untuk pembelian telefon bimbit seperti dibawah
Pegawai
Kadar termasuk aksesori
Turus III dan keatas/setaraf serta Ketua Setiausaha Kementerian
2,500
Gred Utama/Khas C hingga A dan setaraf
2,000
Gred 53 dan 54
1,000
Gred 41 hingga 52
750
Juruiring/Pengiring Rapat/Pegawai peribadi dan pemandu kereta rasmi jabatan
375

Pengurusan YS telah membelanjakan sebanyak RM 12,500 untuk membeli 4 buah telefon bimbit untuk kegunaan 3 orang pegawai.Kadar yang dibeli tidak berpandukan kepada kadar yang diguna pakai oleh kerajaan. Pengurus Besar diberi 2 telefon bimbit . Jadual pembelian seperti berikut.

Bil
Nama Ahli Lembaga
No Baucer
Tarikh
Jumlah RM
1
Ilham Marzuki- Pengurus Besar
20102628
20103157
21/9/2010
11/11/2010
3,000
2,500
2
Saifulrudiin Sulaiaman- Timbalan pengurus besar pengurusan
Datin Sabariah- Timbalan pengurus besar pendididkan
20102780
4/10/2010
7,000
(3,500 seunit)

Bayaran Bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
Circular Resolusion No 1 129/2010 melalui ahli lembaga pengarah pemegang amanah yayasan Selangor telah meluluskan bonus sebanyak RM 5,000 setiap seorang walaupun didalam “Memorandum of Association of Yayasan Selangor perenggan 6- “ no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend,bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of Yayasan”. Walaupun arahan telah dibatalkan selepas bayaran dibuat masih ada dua ahli lembaga pengarah masih belum mengembalikan bonus yang telah dibayar.

Bayaran Bonus kepada Warga kerja Yayasan Selangor
Pembayaran bonus dibuat pada Ogos 2010 tanpa mengambil kira prestasi warga kerja secara keseluruhan serta keuntungan Yayasan. Pada tahun 2010 kedudukan kewangan tidak memberangsangkan setelah mengalamai defisit aliran tunai berjumlah RM 2 juta bermula Januari hingga Julai 2010 dan pada masa yang sama pembayaran bonus ini tidak dikemukakan ke peringkat pihak kerajaan negeri.

Bayaran Elaun Mesyuarat.
Kadar elaun diluluskan oleh Pengurus Besar melalui permohonan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan untuk AJK Tender/Sebut Harga dan AJK Buka Peti&Penilaian Tender/Sebut Harga.
Bagi tempoh Jun hingga Oktober elaun berjumlah RM 11,750 telah dibayar hasil daripada jualan dokumen.

Timbalan Pengurus Besar Pengurusan melalaui memo bil. (54) dalam YS/PTD/01/01/022 bertarikh 30/8/2010 mencadangkan RM 50 elaun untuk setiap mesyuarat.
Walaubagaimanapun kadar elaun yang diberikan adalah sebanyak RM500 untuk Pengerusi Sebut Harga manakala AJK sebanyak RM150 melalui memo bil. (56) dalam YS/PTD/01/01/022 Hld 2 bertarikah 15/10/2010 dan bil. (57) dalam YS/PTD/01/01/022Jld 2 bertarikh 4/11/2010. Sila rujuk jadual 18 dan 19 yang dilampirkan.

Hasil Dokumen Tender/Sebut Harga Tidak Diakaunkan.
Sebanyak RM 29,250 diterima hasil jualan dokuman kontrak. Daripada jumlah tersebut RM11,650 masih disimpan didalam peti besi di Bhg Kewangan Yayasan. Sebanyak RM 2,00 telah diambil oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan pada 14/9/2010 tanpa sebarang alas an tujuan wang itu digunakan.

Adalah menyalahi peraturan kewangan yang mana kutipan hasil tidak dimasukkan ke dalam bank serta diakaunkan sebagai hasil yayasan (mengikut amalam kerajaan melalui Arahan perbendaharaan 78(a) mengkehendaki semua pungutan dimasukkan ke bank pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari berikutnya) Amalan menggunakan wang hasil untuk tujuan membayar elaun boleh menyebabkan Penyata Pendapatan dan perbelanjaan Yaysan tidak menggambarkan kedudukan sebenar kerana hasil yang diterima dan bayaran elaun yang dilakukan tidak ditunjukkan dalam Penyata Kewangan Tahunan Yayasan.

Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Tender/Sebut Harga.
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 1993 perenggan 4.7.1 (iii)(d) Perlantikan ahli-ahli Lembaga Tender perlu dibentangkan bagi mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

AJK Tender/Sebut Harga yang dilantik pengurusan Yayasan tidak dibentangkan ke mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk kelulusan.
AJK membuka peti,penilaian dan pemilihan adalah terdiri daripada orang yang sama seperti jadual di bawah
Nama
Jawatankuasa tender
Jawatankuasa Sebut Harga
Nama
Buka peti
Penilaian
pemilihan
Buka peti & penilai
Sebut harga
Mohd Saifulruddin Sulaiman- Pengerusi Buka Peti dan Penilaian Tender/Sebut Harga
*
*
*
*
*
Zaini Sulaiman-AJK
*
*
*
*
*
Norlinda nasaruddin-AJK



*
*
Wan Ruseli Wan Yaacob-AJK



*
*
YM Raja Shahril Shah Raja Hashim-AJK
*
*
*
*
*
Suraya Wahab-AJK



*
*
Zaufit Mohammad Isa-AJK
*
*
*
*
*
Abdul Halim Hafiz-AJK
*
*
*
*
*

Bayaran Elaun Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Yayasan.
Bil
Nama AJK
Jawatan
1
Ilham Marzuki
Pengurus Besar
2
Mohd Saifulruddin Sulaiman
Timbalan Pengurus Besar (P)
3
Dato Hj Mohd Jaafar Mohd Atan
Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
4
Datin Paduka Low Siew Moi
Perbadanan Menteri Besar
5
Mohd Yusof Ibrahim
Pengarah Jabatan Perancangan DBKL

Satu sesi Pembentangan Cadangan projek Pembangunan Yayasan diadakah pada 6/10/2010 bertempat di Grand Dosett Subang jaya. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 22,650.05. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM 19,900 adalah merupakan bayaran elaun kepada AJK dan urus setia Pembangunan Hartanah Yayasan. Mengikut maklumat elaun AJK dibayar sebanyak RM 3000 seorang manakala urusetia hanya sebanyak RM100 hingga RM 500 seorang. Pembayaran elaun ini dipercayai tidak mendapat kelulusan khas daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor disebabkan jumlah elaun yg diterima amat tinggi berbanding elaun mesyuarat yang diterima Ahli Lembaga Pemegang Amanah sendiri.Rujuk lampiran

Kontrak Penyewaan Tempat Letak Kereta
Yayasan Selangor telah mengadakan usahasama dengan syarikat TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC)bagi menguruskan tanah TOL di Seksyen 26 Petaling Jaya yang tamat tempoh perjanjian pada 31 Disember 2009. Tanah seluas 7334 meter persegi itu boleh menempatkan 270 petak letak kereta. Jumlah kutipan kasar keseluruhan pada 2009 ialah RM 1,953,316 dengan pulangan kepada YS sebanyak RM 66,862.18 ( 34%) dan baki RM 1,286,454 (66%) milik TNEC.

YS telah mendapat kelulusan daripada PTD Petaling untuk melanjutkan tempoh TOL bagi tempoh 3 tahun bermula 16/11/2009 hingga 21/12/2012. Pada 1/1/2010 PTD Petaling telah melantik direct offer kepada Syarikat Secured Parking Corporation Sdn Bhd sebagai operator baru untuk tempoh 3 tahun dengan tambahan lanjutan 2 tahun denga prerogative (hak istimewa) penuh kepada YS. Tarikh kuatkuasa kontrak bermula 1/3/2010 hingga 28/2/2013.Mengikut perjanjian, sewa bulanan adalah sebanyak RM 250,000.00 sebulan.

Pihak SPC Sdb Bhd tidak bersetuju dengan harga tersebut dan YS telah mengeluarkan surat melalui peguam Ranjit Ooi & Robert Low bertarikah 1 Jun 2010 untuk menamatkan pajakan kerana SPC Sdn Bhd yang tidak bersetuju dengan jumlah sewaan bulanan seperti di dalam perjanjian.

YS telah menawarkan penyewaan kepada Feton Park Sdn Bhd pada surat bertarikh 7 Jun 2010 dan telah membayar deposit sebanyak RM250,000.Walaupun begitu, SPC Sdn Bhd masih lagi menjalankan operasinya dan hanya membayar sewa bulanan sebanyak RM118,000

Pada 24/8/2010 Feton Park telah mengeluarkan surat menuntut wang deposit berjumlah RM 250,00 yang telah dibayar malangnya sehingga 1/12/2010 wang tersebut masih belum dipulangkan kepada syarikat terlibat.

Isu ini memperlihatkan bagaimana pengurusan Yayasan Selangor gagal dalam melakukan urus tadbir yang berkesan berkaitan dengan sumber kewangan Yayasan sehingga menyebabkan Yayasan kerugian kira-kira RM 1.18 Juta melibatkan kos penyewaan bermula Mac sehingga Disember 2010.

Penyelenggaraan dan Pembaikan
Yayasan Selangor telah melantik Plus Uni-Tech Sdn Bhd sebagai panel membekal alat ganti,pembaikan dan penyelenggaraan.

Setakat Januari hingga November 2010, Yayasan telah membelanjakan sejumlah RM6,029,790. Pada November 2010 Yayasan telah membelanjakan sejumlah RM1,501,771. Diantara Julai hingga November 2010 jumlah pembaikan dan penyelenggaraan adalah sebanyak RM3,601,348.

Fungsi Pegawai Aset Yayasan patut dipertikaikan dengan peningkatan mendadak kos. Adakah pihak pengurusan Yayasan terlepas pandangan peningkatan kos mendadak selepas perlantikan syarikat tersebut?

DARI SUDUT PENGURUSAN PELABURAN
Yayasan Selangor telah bersetuju membuat pelaburan jangka panjang dalam Deposit Berstruktur “ Amtriple Oppurtunities Frind” bersama Ambank Berhad Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dengan nilai pelaburan RM15 Juta.
Simpanan pelaburan akan matang dalam tempoh 3 tahun dimana Yayaan diberi jaminan pulangn faedah 5.5%. Yayasan juga akan mendapat pulangan tambahan pada tahun ketiga berdasarkan Prestasi Indeks Dinamik dianggarkan kadara minimum 3.4%
Pelaburan dipecahkan kepada 3 sijil bernilai RM10 jutam RM3 juta dan RM 2 juta.Pelaburan ini akan member upront profit ( keuntungan terdahulu ) bernilai RM525,000 pada masa sama pelaburan dimasukkan. Pada tahun kedua pelaburan Yayasan telah menerima 1% keuntungan bernilai RM150,000. Jumlah keuntungan diterima sehingga 11 November 2010 adalah RM702,345.

Pada 4/11/2010 Timbalan Pengurus Besar Pengurusan telah menghantar memo kepada Pengurus Kewangan memaklumkan bahawa Pengurus Besar telah memberi kelulusan membatalkan pelaburan di Ambank Berhad sebanyak RM15 juta dan melaburkan semula di Malaysian Building Socities Berhad (MBSB) dalam jumlah yang sama sebagai pelaburan baru. Malangnya sehingga 13 Disember 2010 pelaburan tersebut belum dilakukan.

Ini telah menyebabkan Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam bentuk pelaburan jangka panjang yang telah terbukti mampu memberikan pulangan lumayan kepada Yayasan. Kelewatan membuat pelaburan baru juga menyebabkan peluang Yayasan untuk menambah pendapatan dalam bentuk pelaburan


KESIMPULAN
Tadbir urus Korporat di Yayasan Selangor adalah tidak memuaskan kerana pengurusan yang sedia ada tidak membantuk Yayasan mempertingkatkan kecekapannya. Operasi Yayasan tidak diurus dengan sempurna, telus dan bertanggungjawap. Perlantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan yang dilantik boleh dipertikaikan kerana seorang bukanlah pilihan utama Panel Temuduga dan seorang lagi mempunya Notis Kebangkrapan. Atas usaha mereka sendiri, mereka telah dinaikkan pangkat dalam tempoh 1-2 bulan sahaja yang diluluskan melalui Circular Resolusi tanpa merujuk kepada kerajaan negeri.

Beberapa tindakan yang dibuat jelas menunjukkan bahawa Yayasan Selangor menuju kehancuran seperti:

Tempoh 8 bulan sahaja seramai 18 pekerja telah berhenti dan 50 orang ditukarkan
Perbelanjaan yang tidak diurus dengan betul menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke 40 YS mencecah sebanyak RM996,472 dan ada yang telah dibayar walaupun program belum dijalankan.

Elaun-elaun yang tidak perlu dibayar telah diluluskan oleh Pengurus Besar.
Elaun Mesyuarat AJK Pembangunan Hartanah yang mencecah RM3000
12 keputusan melalui Circular Resolusi tanpa dimaklumkan atau diluluskan oleh kerajaan negeri.

Timbalan Pengurus Besar Pengurusan tidak menghormati arahan Menteri besar supaya bercuti walaupun arahan telah dikeluarkan.

Perbelanjaan yang dilaksanakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan yang disokong oleh Pengurus Besar Yayasan tanpa memikirkan impak kewangan kepada aliran tunai Yayasan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan mengalamai defisit sebanyak RM7.41 juta.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP