Barisan Kabinet Idaman Pakatan Pembangkang Sarawak
Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud akan merombak kabinet kerajaan negeri Sarawak pimpinan beliau dalam minggu ini. Ianya dilakukan enam bulan selepas selesainya proses pengundian untuk Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu.
Kabinet Sarawak yang ada pada hari ini adalah merupakan barisan menteri kabinet yang dilantik oleh Ketua Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak lagi dan selepas masing-masing menang semula dalam pilihan raya tersebut kecuali ADUN Piasau Datuk Patinggi Dr George Chan dan juga ADUN Krian Datuk Peter Nyarok yang tewas kepada pembangkang, mereka yang menang ini telah mengangkat sumpah bagi membolehkan kesemuanya untuk kembali semula kepada portfolio yang disandang sebelum pembubaran DUN Sarawak dilakukan.
Rombakan kabinet yang dijanjikan oleh Pehin Sri Taib pada minggu depan terhadap kabinet sedia besar kemungkinannya melibatkan lapan orang menteri penuh yang dilantik sebelum ini termasuklah sebelas Menteri Mudanya. Dalam senarai lapan orang
READ MORE..........Gomo berminat untuk mengetahui posisi Kabinet yang akan dilantik Pehin Seri dalam minggu ini memandangkan kita semua tahu bahawa hanya Dua kerusi sahaja yang dimenangi oleh SUPP bagi mewakili kaum Cina Sarawak.
Apakah Pehin Seri akan melantik salah seorang dari Adun SUPP menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri? Ataupun Pehin Seri melakukan pekara yang sepatutnya dengan melantik Timbalan ketua Menteri dari masyarakat Iban?Sebelum ini Gomo ada meluahkan pendapat dalam artikel Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Patut Diberikan kepada PRS bagi mewakili Kaum Peribumi Dan Bukannya SUPP kaum Cina.
KLIK DISINI Bukan nya niat nak masuk campur urusan dalam negeri Sarawak namun ingin melihat satu perubahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak selepas PRN yang lalu.
Kaum
Cina sendiri telah menolak pemimpin BN mereka dan ini jelas memberikan satu tanda kepada kita yang lain bahawa mereka tidak menginginkan bahawa mana mana pemimpin BN dari kaum Cina menjawat jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan merekia tidak mahu suara mereka sampai ke peringkat Kerajaan.
Presiden SUPP Tan Sri George Chan yang mana pada waktu itu merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak turut tewas besar memberikan isyarat jelas bahawa kaum Cina itu sendiri yang menolak pemimpin dari kaum mereka.Namun Gomo tak menafikan akan kehebatan dua calon SUPP Dato Sri Wong Soon Koh (Adun BN di Bawang Assan) dan Datuk Lee Kim Shin (Adun BN di Senadin) yang telah menang pada PRN yang lalu. Dan memang selayakknya mereka diantara berdua ini menjawat jawatan Menteri atau Menteri Muda dalam barisan Kabinet Negeri Sarawak namun tidak layak untuk diberikan mereka ini jawatan selaku Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Dengan tidak layaknya pemimpin Kaum Cina menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak kelak maka ianya juga dapat memberikan satu gambaran jelas kepada kaum kaum Cina di Semenanjung yang mana mereka sendiri akan berfikir untung nasib bangsa mereka apabila mereka sekali lagi menolak BN pada PRU 13 kelak.
Gomo dengan yakin dan amat pasti bahawasanya BN akan kekal sebagai kerajaan pada PRU 13 kelak namun besar kemungkinan yang undi kaum cina akan memihak kepada pembangkang dan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi oleh parti MCA mahupun GERAKAN.
Justeru itu kaum Cina sendiri boleh menilai bagaimana mereka tampa suara dari barisan Kabinet yang ada kelak kerana suara mereka tidak akan dapat disampaikan secara jelas kepada kerajaan kerana ketiadaan wakil Kaum mereka nanti.

Senario Yang Sama Melibatkan Kedua Dua mereka ini
Mungkin boleh dilantik beberapa orang Senator namun apakah kaum Cina tidak malu hanya bergantung harap pada seorang Senator sebagaimana yang berlaku ke atas
Tan Sri Koh Tsoo Koon Presiden Gerakan, Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?
Gomo yakin dan pasti ramai lagi pemerhati politik dan sesiapa sahaja akan melihat pengumuman dari Pehin Seri dalam barisan Kabinet Sarawak nanti. Sudah pasti yang akan menjadi satu tajuk besar adalah dimana kedudukan Adun BN Cina dalam kerajaan negeri.
Sudah banyak pekara yang kita pelajari dalam mendapatkan undi kaum Cina ini dan sudah sampai masanya jika kita beri mereka satu peluang untuk mereka sendiri belajar dan tahu erti
TERIMA KASIH kepada kerajaan.
Pemimpin Kaum Cina TIDAK Layak menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak!!!
Psssttt...Asyik nak manjakan depa je tak boleh le, nanti naik lemak
Jika Pembangkang Menang Ini Barisan Kabinet Mereka,
Dimana Iban? Dimana Melayu?
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...