Papa Gomo Sokong Nasi Lemak 2.0 Hasil Arahan Namewee

Friday, September 30, 2011




Namewee Babi...Namewee Cibai, Namewee Lancau.... Itulah yang akan terpancul bila bercakap mengenai Namewee ni. Gomo sendiri bila cakap Namewee pun akan mengakhirnya dengan "Babi betul budak ni". Bukan dia macam babi tapi perangai dia yang bingai.

Tapi dalam artikel ini Gomo tidak mahu mengutuk Namewee sebaliknya menyokong akan Filem Nasi Lemak 2.0 yang beliau hasilkan dalam memantapkan Industri tanah air. Apa salah filem nasi lemak 2.0 sampaikan ianya menjadi topik hangat dalam 2 minggu ini?



Terbaru bila Namewee membuat sekali lagi klip video yang mana menghamburkan kata kata cacian kepada Utusan Malaysia. Video diatas membuktikan Namewee begitu marah dengan laporan Utusan Malaysia yang mengkritik Filem Nasi Lemak 2.0 miliknya. Laporan akhbar Utusan Malaysia KLIK DISINI

Isu yang timbul adalah mengenai Namewee yang mana tidak lekang dengan kontroversi yang beliau sendiri lakukan dalam menghina lagu negarku, azan subuh, menghina wanita Islam bertudung. Tidak ketinggalan lagu versi You Tube yang mana beliau bertajuk "Kawan" dengan lirik "Melayu balik hutan jadi sakai" dan yang terakhir lagu beliau menghina seorang Guru besar sebuah sekolah dengan perkataan mencarut. Semua lagu yang beliau hasilkan adalah RACIST dan mengandungi elemen yang amat kotor sama sekali.

Dalam kesemua lagu versi You Tube yang beliau hasilkan satu pun beliau beliau belum memohon Maaf secara terbuka. Jelas disini bahawa kebiadapan beliau dalam menghina Islam, Melayu dan perseorangan belum lagi selesai sama sekali. Mengapa beliau liat untuk memohon maaf diatas kesalahan yang beliau lakukan?



Gomo merasakan Namewee ego orangnya walaupun beliau kelihatan Bodoh bodoh suam. Namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawap maka adalah amat wajar jika Namewee memohon Maaf secara terbuka diatas segala kesalahan yang beliau lakukan dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Gomo rasa isu Nasi Lemak 2.0 mungkin tidak seteruk ini jika Namewee menyelesaikan lebih awal permohonan Maaf .

Video terbaru Namewee memaki hamun Utusan Malaysia merupakan satu balasan yang beliau lakukan kepada penulis artikel Utusan tersebut. Ketidak puashatian Namewee itu memang wajar sama sekali dilakukan beliau memandangkan beliau diberi tekanan cukup hebat sejak mula memohon bantuan dalam menghasilkan filem tersebut.

Susah payah Namewee dalam mendapatkan bantuan keewangan dalam membuat filem Nasi Lemak 2.0 akhirnya berhasil apabila ada seorang Cina kaya dari Sabah yang membantu beliau dalam menghasilkan filem tersebut. Namun demikian Namewee terus menempuhi jalan sukar dengan Filem pertamanya itu.

Gomo memahami perasaan Namewee ketika menjalankan filem Nasi Lemak 2.0 ini kerana kita sebagai manusia pasti pernah mengalami pekara sedemikian dalam membuat sesuatu tugasan. Jadi tidak hairanlah Namewee yang kurang tahan mental nya mengeluarkan video You Tube memaki hamun Utusan Malaysia.

Dalam soal ini Gomo melihat apa yang penulis Utusan Malaysia nyatakan dalam artikel nya ada yang Elok dan ada yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh penulis utusan Malaysia menyatakan:

"Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak"


Ayat yang dinyatakan diatas ini tidak patut sama sekali dikarang oleh seorang penulis akhbar yang mana ayat ini merupakan satu emosi peribadi penulis yang juga tidak sepatutnya dikeluarkan dalam medium Utusan Malaysia. Penulis Fauziah Arof sepatutnya tahu bahawa apa yang ditulis beliau merupakan satu luahan emosi peribadi ke atas Namewee.

Penulis Fauziah Arof juga menyatakan:

"Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri,"




Dalam hal ini Gomo melihat penulis sekali lagi beremosi dalam penulisannya dan kali ini mengaitkan Menteri yang mana Gomo boleh nyatakan disini Dato Seri Nazri Aziz adalah orang yang dituju memandangkan dalam video Klip namewee turut menayangkan Nazri Aziz.

Penulis Fauziah Arof perlu sedar bukan sahaja Namewee malah sesiapa sahaja boleh berjumpa dengan Menteri dan pemimpin lain. Ini juga turut berlaku dalam media yang mana wartawan bebas untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja dalam mencari sumber berita ataupun apa sahaja yang dirasakan perlu. Dan itulah juga yang dilakukan Namewee yang mana beliau juga mempunyai Hak untuk berjumpa dengan Menteri dalam urusan peribadi beliau.

Namun demikian lain lain yang ditulis oleh Fauziah Arof dalam artikel tersebut Gomo menyokong sepenuhnya yang mana penulis mengingatkan kita mengenai kebiadapan Namewee dalam menghina dan memperlekehkan Islam dan Melayu. Ini merupakan satu REFRESH kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Namewee dalam penghinaan kepada sebilangan besar umat Islam dan Melayu masih lagi belum selesai.

Gomo juga tertarik dengan kenyataan penulis yang menyatakan:

"dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube."

Ini kebenarannya yang sepatutnya penulis keluarkan dipermulaan artikel yang mana sasaran tepat kepada Namewee bahawa 1 Malaysia jika hendak diangkat maka Namewee perlu menghormati kaum Melayu dan umat Islam dinegara ini dan bukannya kesalahan yang dilakukan sebelum ini dibiarkan tampa permohonan Maaf dan sekarang pula mula menunjukkan beliau menyokong 1 Malaysia.



Apa sekalipun dalam isu ini pucuk pangkalnya adalah Namewee itu sendiri yang mana kebiadapan yang beliau lakukan sebelum ini masih belum dapat dibendung dan dibuang oleh Namewee sehingga keluarnya video You Tube memaki hamun kata kata lucah ke atas Utusan Malaysia.

Buat Namewee, Gua sama macam lu suka cakap kotor kotor, Gua faham ini memang biasa berlaku dalam kehidupan kita orang muda waktu ini. Tetapi Gua nak ingatkan lu bila sudah menjadi seorang Pengarah Filem maka adalah sepatutnya Mentaliti lu juga mesti berubah kepada yang lebih matang agar orang tidak melihat Namewee ini masih lagi Bodoh serupa Babi bila bercakap.

Namewee, ramai rakyat Malaysia masih lagi menunggu permohonan Maaf lu dalam isu isu yang sebelum ini yang Lu lakukan dengan menghina Melayu, Islam. Sampai bila lu hendak mengabaikan permohonan maaf yang sepatutnya lu lakukan? Apakah lu sendiri mahu rakyat Malaysia akan terus menolak filem yang lu akan hasilkan selepas ini kerana Hutang Lama belum Selesai? Sampai bila Namewee lu mahu pekara ini berterusan?

Namewee, Lu harus ingat bukan bearti lu kata lu sudah sokong 1 Malaysia maka dulu dulu punya story lu hentam Melayu sama Islam boleh selesai begitu sahaja. Mulut boleh kata ini hari sokong 1 Malaysia esok boleh kata sokong Buku Jingga. Tetapi permohonan Maaf jika lu lakukan sedkit sebanyak rakyat akan terima lu dan memaafkan lu.

Berubahlah Namewee menjadi seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawap dalam menhayati semangat sayangkan negara Malaysia, Bangsa lain, Agama lain dan hiduplah dipersekitaran yang lebih terbuka dengan kritikan.



Untuk makluman semua Gomo juga masih belum berkesempatan menonton Filem Nasi Lemak 2.0. Namun makluman dari ramai pihak menyatakaan filem tersebut tidak rugi untuk tonton. Justeru itu Gomo akan menunggu keluarnya filem Nasi Lemak 2.0 ini di Astro First dan jika tidak maka Gomo akan tunggu bila ianya dikeluarkan dalam bentuk DVD.


Psssttt..... Namewee Kebal? Takda yang kebal kalau benci sangat Ludah je Namewee ni bila jumpa.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP