Negara Berkebajikan Kata Pembangkang Tapi Depa Tak Laksanakan Pun

Friday, October 7, 2011






KUALA LUMPUR, 7 Okt - Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika pihak-pihak tertentu baru bercakap mengenai negara berkebajikan, Barisan Nasional (BN) telah lama mengamalkan konsep itu dengan menyediakan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan “semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan”.

“Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini.

“Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Perdana Menteri berkata konsep berkebajikan kerajaan BN jelas melalui pemberian subsidi bagi setiap kilogram beras super tempatan, gula, minyak masak dan tepung gandum.

“Keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.

Tidak cukup sekadar itu, Najib berkata subsidi kerajaan bukan terhad kepada bahan makanan asas sebaliknya ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan RM17 bilion.

Beliau berkata subsidi itu meliputi setiap liter petrol RON95, setiap liter diesel serta bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009 dan pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai sejuta isi rumah akan mendapat manfaat.

“Segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan RM1.2 bilion untuk programKebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya antara RM150 dan RM300 sebulan.

Beliau berkata KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat dengan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang kini menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia, ke seluruh negara.

“Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan juga bercadangmembuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan RM40 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia di samping akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), kedai Felda dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperluas dan mempromosi Menu Rakyat1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutaniaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari.

“Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagilangkah ini, kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaandan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi menangani kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan, kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang antaranya meningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu ialah dengan melancarkan Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020, memperuntukkan RM1.1 bilion bagi pembangunan sektor pertanian tahun depan, memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi dan memperbanyakkan program ladang kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi.

Sumber Umno Online

psssttt . . . . Tu lah dia kerajaan BN yang prihatin buat rakyat Malaysia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

SULIT - Surat Terbuka Buat Johari Abdul Berkaitan Video Seks Ai



Pertama sekali Gomo mintak maaf kepada Ahli Parlimen Sg Petani Dato Johari Abdul dari PKR kerana mungkin artikel ini kurang enak buat beliau dan para peminat beliau sekalian. Namun tidak terlintas dalam pemikiran Gomo nak membangkitkan kembali namanya dalam kes video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun inilah realitinya apabila beliau Johari Abdul terpaksa dikaitkan dan artikel ini adalah khas buat beliau.


Surat Terbuka Buat YB Johari Abdul Ahli Parlimen Sg Petani

Salam YB, Saya Papa Gomo nak mintak Maaf jika artikel saya ini menyinggung perasaan YB. Saya tahu sejak Blogg saya dan rakan rakan Blogger yang lain mendedahkan klip video YB sedang ketawa melihat aksi video seks Anwar Ibrahim YB seakan menjauhkan diri dari media dan soalan soalan berkaitan video seks Anwar Ibrahim.

Untuk makluman YB, tujuan saya mengarang artikel ini adalah ingin bertanya kepada YB apakah YB Johari Abdul telah pun menyampaikan 5 soalan yang saya ajukan kepada Yb sebelum ini dalam artikel KLIK DISINI.

Mungkin YB terlupa namun saya dengan mood yang baik waktu ini mengeluarkan lagi 5 soalan tersebut agar YB dapat mengingatnya kembali :

1) Meminta Dato Seri Anwar Ibrahim Menyerahkan DNA kepada Pihak Polis bagi membantu mengenal pasti pemilik Jam tangan OMEGA yang kini berada di dalam simpanan Pihak Polis.



2) Meminta Dato Seri Anwar Ibrahim menjalankan ujian Poligraf bagi membuktikan beliau Jujur dalam menjawap soalan pegawai Penyiasat



3) Meminta Dato Seri Anwar Ibrahim Menunjukkan Jam Tangan Omega yang di dakwa Anwar Ibrahim dan Kak Wan berada di dalam simpanan mereka.



4) Mengesa Dato Seri Anwar Ibrahim melakukan Sumpah Lakhnat sebagaimana yang Dato Eskay lakukan



5 ) Meminta Dato Seri Anwar Ibrahim Menjalankan Tindakan SAMAN ke atas Tan Sri Rahim, Dato Eskay, Dato Shuib


Itulah 5 Soalan yang saya minta YB sampaikan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim pelaku dalam video Seks tersebut.

Setakat itu sahaja coretan saya buat YB, sekali lagi saya memohon maaf kerana mungkin cara saya ini Biadap kerana hanya berkomunikasi melalui Blogg. Tapi siapalah saya YB, saya bukanlah pemimpin Agong macam Anugerah Tuhan yang punya jawatan, pangkat dan harta macam Anwar Ibrahim. Saya hanyalah Blogger jalanan yang sentiasa makan nasi bungkus.

Semoga YB dapat menjawap artikel saya ini melalui apa apa medium sekalipun.




Oh sebelum saya terlupa saya nak maklumkan kepada YB bahawa video yang YB buat di Thailand tempoh lalu seeloknya dipersiapkan semula memandangkan ada ura ura video Dato Seri Anwar Ibrahim yang beraksi melakukan hubungan Seks di Thailand akan tersebar. Semoga kali ini YB dapat membuat kerja yang lebih bermutu daripada kerja sebelum ini. Diharapkan YB berjaya dengan apa yang YB lakukan.


Pecah Kaca Pecah Gelas,
Lepas Baca Harap Balas : )


Psssttt... Kira gua respek le dia ni beb, kalau aku keluar video dia mintak duit dengan Dato Shuib?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

WARNING - Metallica Live Kuala Lumpur 2 December Jangan Ada Yang Cuba Halang!!!




Kumpulan heavy metal Metallica yang ditubuhkan pada tahun 1981 dikhabar akan membuat kemunculan sulung mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 Disember 2011 ( Menurut Sumber) . Metallica, terdiri daripada 4 ahli kumpulan iaitu James Heitfield (vokalis), Kirk Hammet (gitar), Robet Trujillo (bass) & Lars Ulrish (drum) pernah memenangi 9 anugerah Grammy Awards untuk kategori Best Metal Performance, Best Hard Rock Performance & Best Recording Package sepanjang pembabitan kareer mereka.

Gomo nak bagi AMARAN KERAS kepada mana mana pihak yang sibuk nak Berdemo Halang Konsert Metallica ni nanti terutama puak puak PAS Bingai tu. Jangan dok sibuk nak raih politik dan nak halang Rakyat terutama kami para peminat Metallica ni untuk menyaksikan Konsert yang julung julung kali nya dibuat di Malaysia. Apa pun ini pengumuman tak rasmi coz belum sahih kedatangan Metallica ke Malaysia.

Buat METALLICA FAN Kita akan Lawan sesiapa sahaja yang bikin kecoh halang Konsert Metallica jika ianya benar berlangsung. Gua tak kira Gua nak Bangging malam 2 hb tu nanti. Persetan sama Nik Aziz ke Haji Hadi ke sapa ke janji gua nak lepas gian.


Ingat puak puak PAS!!! Lu Langsi Lu Mati








Psssttt... Pergh tak sabar siot....ARghhhhhhhhhh


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP