Siapa Yang Bingai Bila Tolak Elaun MP?
Monday, October 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Okt. 2011 - Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun ahli parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).
"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak ahli parlimen lain daripada parti masing-masing,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
GOMO melihat apa yang berlaku dalam hal ini adalah tindakan ego dan bongkak para pemimpin pakatan pembangkang. Konon kononya mereka ni baik suci lagi bersih walhalkan merekalah sampah dalan parlimen Malaysia.
Untuk makluman semua, selama ini yang begitu mendesak meminta elaun buat ahli parlimen adalah mereka MP pakatan pembangkang. Dah berbelas orang MP Pakatan berjumpa dengan Dato Seri Nazri Aziz untuk meminta elaun MP dinaikkan bagi melancarkan pergerakkan mereka sebagai ahli Parlimen.
Tulah pakatan Pembangkang yang anda semua nak tahu, mereka yang minta sekarang mereka pula kata kerajaan tak bertanggungjawap dengan menaikkan elaun MP. Bingai punya pakatan.
Gomo difahamkan elaun MP jika diluluskan adalah sekitat RM6000 sebulan yang mana dapat menampung kos minyak, selenggara, pemandu dan lain lain dalam memudahkan serta melancarkan tugas sebagai ahli Parlimen.
Apa lah sangat rm6000 sebulan elaun MP tu? Bak kata Dato Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas yang kata " jika MP pembangkang tak terima RM6000 yang diberikan sebagai elaun mereka maka mereka boleh agihkan kepada rakyat yang memerlukan" Tepat kata Tok Him dan memang itu yang perlu dilakukan MP Pembangkang yang dah banyak duit.
Apa pun ini lah sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang hipokrit dalam kehidupan mereka. Sendiri mibta sendiri tolak. BiNGAI.
Psssttt . . . Kita tengok lepas ni siapa yang meroyan hahahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4
Read more...



