
Pagi tadi Gomo baru dapat menonton filem hasil arahan Namewee bertajuk Nasi Lemak 2.0. Sepanjang filem tersebut Gomo lihat Namewee cuba menyampaikan mesej kepada semua bahawa beliau sudah berubah dan faham hidup berbilang kaum di Malaysia ini.
Dalam filem nya kaum Cina banyak menerima tempias kerana tak dapat dinafikan kaum Cina di Malaysia begitu taksub dengan negara China sehingga lupa bahawa mereka adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Negara China.
Malah dalam filem ini ditunjukkan kepada kita semua bahawa memang kaum Cina ditekankan dengan Kaum Cina mesti sokong Cina. Mesej yang disampaikan Namewee cukup tajam iaitu dengan keangkuhan kaum Cina dan betapa bongkak nya kaum Cina di Malaysia keatas bangsa bangsa lain.
Apa pun Gomo tidak mahu mengulas panjang kerana Gomo sarankan kepada mereka yang marah pada Filem Nasi Lemak 2.0 tampa menontonnya agar menontonnya sehingga habis dan ketika menonton pastikan ruang minda anda kosong dan jangan disulami perasaan benci keatas Namewee.
Benar Namewee biadap dan kurang ajar, malah Gomo juga sehingga sekarang belum dapat memaafkan atas apa yang Namewee lakukan namun dalam hasil Filem nya ianya adalah cukup berbeza sama sekali. Filem nya dan dirinya adalah satu perbezaan yang kita perlu pisahkan secara Profesional.
Wife Gomo berbangsa Cina serta adik ipar Gomo juga turut sama menonton Filem Nasi Lemak 2.0. Mereka juga berkata banyak sindiran yang Namewee keluarkan dalam filem Nasi Lemak 2.0 ini ke atas kaum Cina Malaysia dan kaum Cina sendiri patut menontonya.
Akhir kata, Gomo tidak menyokong Namewee tetapi bersetuju dengan Filem Nasi Lemak 2.0 arahan beliau. Gomo tidak menonton di panggung wayang mahupun melanggan Astro tetapi membeli CD PIRATE memandangkan yang membunuh Namewee juga adalah bangsa beliau juga.
So kepada yang nak menonton movie Nasi Lemak 2.0 anda ada 4 cara, pertama tengok wayang, kedua Langgan di Astro, ketiga Beli CD Cetak Rompak dan terakhir Lihat di You Tube. Kalau tidak mahu lihat tidak mengapa tetapi seeloknya lihat dan kemudian baru kita boleh beri respon ke atas filem Namewee Nasi Lemak 2.0 ini.
Buat Namewee, Gua faham dengan mesej yang lu cuba sampaikan yang mana menjelaskan yang Lu sudah berubah dari seorang yang Racist kepada seorang yang tahu apa itu hidup berbilang Agama dan Bangsa. Tetapi itu semua tidak cukup jika Lu hanya mengambarkan di filem Nasi Lemak sahaja. Adalah wajar jika Lu Namewee untuk tampil ke hadapan dan memohon Maaf secara terbuka kepada seluruh Umat Islam dan orang Melayu diatas kesalahan yang Lu lakukan sebelum ini.
Psssttt.... Gua menulis guna minda dan isi hati Gua secara jujur dan Ikhlas dan Gua bukan Hipokrit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Read more...