Selamat Jalan Blogger RBF Online Jangan Lupa Sampaikan Salam Kami Dihadapan Pintu Kaabah
Sunday, October 16, 2011
Selamat jalan sahabat Blogger RBF Online yang akan bertolak untuk menunaikan Fardu Haji esok, Gomo merasa amat bersyukur kerana seorang sahabat Blogger yang juga teman rapat dalam dunia cyber dapat menunaikan fardu Haji. Setakat ini yang Gomo tahu hanya RBF Online sahaja yang ke tanah Suci Makkah dalam menunaikan Haji diantara kalangan rakan Blogger yang lain.
Gomo dan juga sahabat sahabat Blogger Pro Kerajaan BN yang seangkatan mendoakan agar pemergian RBF Online ke Tanah Suci Makkah diberkati dan selamat hendaknya serta perolehi Haji Mabrur Pohon juga RBF Online mendoakan kami semua barisan pejuang Tegar BN agar dirahmati dan mendoakan akan kesejahteraan kami semua.
Gomo dan rakan blogger yang lain InsyaAllah akan sampai ke Tanah Suci Makkah bila sampai waktunya.
Gomo dalam pada ini juga nak hambukan sedikit kata kata perangsang buat Blogger Pakatan Pembangkang yang kerja mereka tidak putus putus menfitnah kami Blogger Pro Kerajaan BN. Lihatlah apa yang kami lakukan, dalam perjuangan kami ini kami tidak pernah mengabaikan Tuntutan Islam itu sendiri. RBF Online terbukti mewakili kami semua jentera Perang Maya dalam Ibadah yang dilakukannya di Tanah suci Makkah.
Gomo juga nak memberi ingat kepada Blogger RBF Online agar tidak mendoakan yang tidak baik sebagaimana yang dilakukan Pakatan Pembangkang. Pernah satu tika lalu seorang Blogger Pembangkang ke Tanah Suci Makkah mendoakan yang tidak baik kepada RBF Online namun harapnya kita tidak membuat pekara seperti itu bila berada disana kelak.
Petikan Blogg Malaysiawaves:
Peluang mengerjakan umrah telah digunakan Tulang Besi untuk membuat SUMPAH LAKNAT kepada blogger-blogger UMNO kerana perbuatan mereka menyebarkan fitnah yang melampau. Dihadapan Kaabahs serta di Bukit Safa dan Marwa, Tulang Besi telah mengungkapkan:
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Kau turunkan bala Mu kepada blogger2 UMNO seperti Papa Gomo, ParpuKari, Ruang Bicara Faizal dsbnya yang telah sewenangnya melakukan Qazaf, berdusta dan menghina hukum Mu. Ya Allah, di hadapan Kaabah Mu, aku memohon supaya kau menurunkan bala bencana ke atas mereka seperti bala yang Kau pernah turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut. Aminn!!!
Blogg Malaysiawaves
Biar mereka mendoakan Lakhnat kepada kita tetapi jangan kita mendoakan Lakhnat kepada mereka keranaa Allah SWT Maha Besar dan lebih mengetahui apa yang kita lakukan.
Buat RBF Online sampaikan salam Papa Gomo buat Rasullulah Di Masjid Nabawi dan juga buat semua yang ada di Kota Makkah.....
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


