FAM What The Fuck Are U Doing?
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) menaikkan harga tiket sebanyak 70 peratus untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Selangor, Sabtu ini.
FAM menaikkan harga tiket dari RM30 dinaikkan kepada
RM50.Ahmad Shabery berkata, beliau sendiri berasa pelik dan tidak boleh menerima tindakan FAM
menaikan harga tiket di saat akhir iaitu beberapa hari sebelum perlawanan itu berlangsung.
Katanya, beliau bimbang tindakan FAM terbabit boleh menyebabkan ramai penonton Terengganu dan Negeri Sembilan kecewa kerana tidak mampu membeli tiket untuk menyaksikan pelawanan pasukan kesayangan mereka di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
“Jangan kita lihat kenaikkan harga tiket berkenaan membabitkan individu kerana kebanyakan penonton datang bersama keluarga atau rakan. Dulu satu keluarga terdiri daripada empat hingga lima orang mereka akan belanja RM150 tetapi sekarang mereka perlu belanja RM250 dan ini satu kenaikkan mendadak.
“Saya tidak berasa marah dan begitu kecewa jika FAM membuat pengumum awal mengenai kenaikkan harga tiket terbabit kerana ia membolehkan penonton bersedia lebih awal dan mengakibatkan kegairah mereka menyaksikan perlawanan menurun seketika. Malah, ramai penonton merungut kerana keadaan padangnya teruk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco Sukan Negeri di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Berikutan itu, Ahmad Shabery
menggesa FAM mengkaji semula harga tiket yang akan dikenakan kepada penonton supaya tidak membebankan dan sekali gus menggalakkan lebih ramai peminat bola sepak dari seluruh negara menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia itu.
Ahmad Shabery berkata, FAM patut mengambil kira perasaan penonton dan peminat bola sepak di seluruh negara sebelum mereka bertindak menaikan harga tiket perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan terbabit.
Ini kerana, katanya kekuatan dan tarikan utama sukan bola sepak di Malaysia dan di peringkat dunia adalah bergantung kepada sokongan peminat.
“Jika mengetepikan soal hati dan perasaan penonton atau penyokong bola sepak maka kita seolah-olah mengetepikan apa yang menjadi asas dan kekuatan sukan ini…ia adalah satu kesilapan besar.
“Saya berharap FAM dapat belajar daripada tindakan Queens Park Rangers (QPR) memberi diskaun kepada penonton yang membeli tiket secara ‘online’ lebih awal,” katanya.
GOMO: Terima kasih Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Shabery Chik diatas keperihatinan dalam membantu penyokong pasukan Bolasepak Negeri Terengganu dan juga Negeri Sembila yang kini dalam dilema diatas kenaikkan harga Tiket yang melampau oleh FAM.
Gomo sendiri merasakan adalah satu tindakan yang keterlaluan oleh FAM apabila menaikkan ticket perlawanan Akhir diantara pasukan Terengganu vs Negeri Sembilan yang dari RM30 kepada RM50. Ini merupakan satu hal yang kita boleh kata
"CEKIK DARAH"Apa kewajaran yang menyebabkan FAM bertindak sedemikian dalam menaikan harga ticket perlawanan akhir? apa yang berlaku ini tidak ubah seperti Kedai runcit yang menaikkan harga barangan apabila mendengar pekerja kerajaan menerima Bonus. WTF?
Gomo gesa kepada FAM agar berhati perut dan bertimbang rasa dalam isu kenaikkan harga Ticket yang amat drastik ini. Ramai dikalangan penyokong yang akan hadir merasakan terkilan diatas kenaikan mendadak harga Ticket perlawanan akhir ini. FAM seharusnya melakukan nya dari awal dan bukan disaat ini menyatakan harga ticket dinaikkan.
Gomo juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dato Seri Shabery Chik diatas usaha yang dilakukan dalam membantu para penyokong Bolasepak yang ada di Malaysia. Kita memang perlukan suara kuat dari dalam kerajaan dalam menghalang badan badan luar seperti FAM ini yang bertindak keterlaluan dalam menghisap darah Rakyat.
FAM jangan main main dengan para penyokong yang ada, silap haribulan banyak benda yang depa jahanamkan akibat geram dan marah dengan harga Melampau ticket yang dinaikkan. Gomo beri peringatan awal memandangkan Penyokong Malaysia ini berbeza apabila marah teruatama dalam isu Bolasepak.
FAM? What The Fuck?
Psssttt... FAM dah sengkek ke sampai nak POW duit penyokong bola?DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...