Disini Bermulanya Perjuangan

Saturday, October 29, 2011



Video diatas inilah yang menyebabkan Gomo terjun ke dalam arena politik melalui dunia blogg. Kerana video inilah juga Gomo berjuang sejak penghujung tahun 2007 sehingga sekarang. Kerana video ini lah Gomo menyertai UMNO pada tahun 2009.

Kerana manusia bernama Anwar Ibrahim lah setiap nafas yang ada menjadi nadi dalam menentang pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara.

Agak suram malam tadi bila kami semua rakan blogger berfikir sejenak akan nasib kami yang ada hari ini sama ada pejuang baru mahupun lama. Sedih, terkilan,kecewa.

Bohong kalau kami kata kami tak bersedih dengan mereka yang berada diatas. Tipu jika kami tak kecewa dengan apa yang berlaku pada kami semua. Pedih dan luluh jiwa tak siapa yang tahu.

Yang berjawatan punya pangkat dan kuasa, kami tidak ada apa apa selain dari lulusan SPM dan paling tingi pun Digree. Namun majoritynya adalah lulusan SPM.

Ugutan,laporan polis, dan berbagai bagai lagi kami tempuhi tampa banyak soal kerana hati kami kering dan kami tidak gentar demi perjuangan Agama Bangsa dan Agama terutama menyelamatkan Malaysia yang tercinta.

Tapi dalam sedar tak sedar rupanya banyak yang berjawatan dan berpangkat berebut gilakan kuasa dan beriya iya mempertahankan kuasanya sehingga terlupa perjuangan yang kami para Blogger lakukan.

Tak mengapalah,Gomo malas nak bercerita panjang dan rasanya cukup setakat ini sahaja yang Gomo luahkan mewakili rakan blogger yang lain.

Malam tadi kami Papa Gomo, Parpu Kari, Dr Novandri, Gerakan Anti PKR, Pisau.Net, Media Permatang Pauh, Darul Ehsan Today, Medan Info Kita, The Flying Kick, Gerakan Timur, Keris Putra, Pejuang Bangsa, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Empayar Pemuda bercerita untung nasib kami selepas PRU13.

Jangan kata selepas PRU13. Sekarang ni pun kami seakan sampah yang membuat pendedahan,cetus isu,perang pakatan dan berbagai bagai hanya dikerah keringat untuk mereka yang berkepentingan.

Apa pun yang berlaku Anwar Ibrahim dan ideologinya akan terus diperangi sehingga nafas yang terakhir.

Psssttt . . . Gua nak berehat,biar yang berjawatan buat kerja. We are nothing!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP