Konspirasi Bangang Pakatan Pembangkang Ataupun Kerja Bodoh Barisan Nasional?

Monday, October 31, 2011







Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik.

Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!

Tapi nak taknak demi Islam dan Melayu dan juga Malaysia gua kena cakap jugak bab politik, nak taknak gua kena sentuh jugak. Aisey..... gua bengang betul lah beb.

Artikel ni Gua nak tujukan kepada sahabat Blogger Blogger, Facebooker, Twiiter dan sesiapa sahaja yang menyokong Barisan Nasional walaupun ada yang meluat dengan BN ni.Gua nak mintak tolong semua jentera pejuang yang ada agar mengetahui modus operandi Pakatan pembangkang yang terbaru. Gua nak mintak tolong sangat sangat dalam bab yang Gua nak sampaikan ni.

Untuk makluman semua, bulan lepas Seorang SOS gua dalam PKR dah bagi HINT bahawa PKR akan melakukan satu kerja Gila dalam meraih sokongan orang orang Melayu Khususnya. Kata sumber SOS Gua tu kerja Gila ni boleh menyebabkan ramai yang akan terpengaruh dan jika ianya menjadi maka sokongan Melayu akan kembali kepada Pakatan Rakyat.

So dalam minggu ni adalah kecoh satu cerita mengenai pejabat PKR di Tropicana dipecah masuk. Petikan blogg Suara Pakatan Rakyat:



“Menurut sumber, ibu pejabat PKR tersebut telah dipecah masuk secara senyap baru-baru ini yang mengakibatkan kehilangan beberapa dokumen penting dan sulit.

“Sepenting mana atau sesulit mana dokumen-dokumen yang hilang itu tidaklah saya ketahui, namun dikhabarkan ia mengandungi maklumat-maklumat dan perancangan Pakatan Rakyat untuk masa hadapan,”

Gua macam dah nampak Game nya bila keluar cerita Ibu Pejabat PKR dipecah masuk tetapi Gua masih pusing dan pening apa Game yang Pakatan Haramjadah ni nak main. So Gua bertenang dan memerhati apa yang bakal berlaku rentetan Pecah Masuk Ibu Pejabat PKR ni.

Malam tadi Gua perolehi satu emel yang menyatakan:

"Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Tuan-tuan/puan-puan yang dihormati sekelian. Baru-baru ini beberapa media online telah menyiarkan berita mengenai kecurian maklumat di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana. Dalam laporan itu, dikatakan bahawa beberapa dokumen penting telah hilang. Tapi, kemudiannya, PKR telah menafikan kejadian tersebut keesokan harinya. Penafian tersebut dibuat oleh Tian Chua.

Untuk pengetahuan, kejadian tersebut memang benar berlaku dan pihak kami telah menerima salah satu dokumen yang dikatakan hilang itu melalui email yang menggunakan identiti rahsia. Kejadian itu berlaku pada 26 Oktober lepas. Namun, untuk cover kebocoran maklumat itu, PKR menafikan perkara tersebut.
Oleh itu, di atas kami attach kan bersama email ini salah satu dokumen tersebut yang merupakan Shadow Kabinet yang dipercayai didraf oleh Anwar dan Azmin.

Kami harap dengan memberikan dokumen dan sedikit maklumat ini, pihak tuan/puan akan menyiarkan Shadow Kabinet ini di blog masing-masing demi memberitahu rakyat mengenainya.
Kami percaya, dengan barisan Shadow Kabinet yang lemah dan tidak seimbang ini, Malaysia akan hancur ditangan mereka sekiranya mereka menang pilihanraya yang akan datang.

Harap tuan/puan sudi dedahkan maklumat sulit ini secepat mungkin.


Mohon kerjasama dari tuan/puan sekalian. Budi baik tuan/puan hanya Allah saja yang akan membalasnya.
Sekian, terima kasih.

Benar dari,
The Undergroundfeeder BN."


"Gua Potong Senarai Barisan Kabinet Yang Ada"

First sekali Gua nampak emel ni memang tidak logik sama sekali, Bodoh dan Gua boleh anggap Dunggu. Siapa yang emel bahan tersebut boleh lah Gua sifatkan kerja Bangang dan Tak berotak.

Dokumen yang diemel kepada semua barisan Blogger Blogger Pro Kerajaan ini adalah satu hal yang amat pelik sama sekali memandangkan Senarai barisan Kabinet yang jika benar diambil dari Ibu Pejabat PKR Tropicana sudah pasti setiap Gambar yang ada dalam Barisan tersebut bukan gambar yang dicedok entah dari mana mana web.

Siapa The Undergroundfeeder BN ni? Hebat sampai boleh terima dokumen yang kononya dicuri dari Pejabat PKR? Setakat ini jika ada dokumen yang Tulin dan Sahih sudah pasti ianya akan dikirim terus kepada para Blogger dan bukannya melalui orang tengah macam The UndergroundFeeder ni.

Nama macam gempak Undergroundfeeder tetapi Bodoh Piang!!!

Apa yang Gua nampak dalam senarai barisan Kabinet Pakatan Haram ni jelas jika ianya dikeluarkan akan memberi peluang kepada Pakatan Pembangkang meraih sokongan pengundi Melayu. Kenapa Gua cakap macam tu? sebab Barisan yang ada 1 dan 2 adalah Melayu dan itu memberikan Impak kepada orang Melayu untuk menyokong Pembangkang.

Mungkin ada yang tak faham dengan apa yang Gua cakap ni tetapi Gua nak ingatkan bahawa PKR PAS dan DAP semakin terdesak untuk meraih sokongan orang Melayu. Cina sudah bersama mereka dan Melayu masih menjadi masaalah buat mereka. Tidak mustahil risalah Barisan Kabinet Pakatan tersebut akan memberikan mereka kelebihan dalam meraih undi Melayu.

Namun demikian Gua juga ada berfikir jika Barisan Kabinet pakatan ini dibuat oleh orang orang yang ada dalam BN. Jika orang BN sendiri yang buat Senarai Kabinet itu maka boleh lah Gua cakap orang tersebut BODOH tahap Bangang.


So buat rakan Blogger, Facebooker dan juga Twiiter serta mana mana medium cyber yang ada Hope usah dimainkan dan dikeluarkan sebarang risalah yang dihantar kepada anda oleh orang yang anda tidak kenal. Dan jika anda yakin bahan tersebut benar adalah seeloknya berbincang dengan rakan yang lain sebelum mengeluarkannya di Blogg dan mana mana medium Cyber.

Kita harus ingat bahawa PRU 13 semakin hampir dan pelbagai pekara boleh berlaku ditambah lagi dengan kekuatan Media Baru yang menyebelahi Pro Kerajaan adalah tidak mustahil mereka Pakatan Pembangkang mengambil kesempatan dengan mempergunakan kita dalam perang Cywar mereka.

Kita juga harus beringat terutama rakan rakan Blogger seangkatan bahawa banyak pihak yang didalam Kerajaan juga sentiasa mempergunakan kita dalam memudahkan kerja mereka. Dan tidak mustahil sudah ramai yang dijaja kesana kesini dalam memperlihatkan mereka lah Pegawai yang berjaya Mengawal Blogger Blogger serta mampu mengarahkan Blogger melakukan kerja mereka.


"All I have in this world is balls and my word
and
I don't break 'em for no one.
You understand? - Tony Montana

Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek.

Gua sayang Islam, Gua sayang Melayu, Gua sayang Negara dan Gua BENCI dengan Anwar Ibrahim. InsyaAllah bila Gua semangat balik nak bercerita pasal politik Gua akan kembali. Dokumen Dokumen Mengenai Pakatan Pembangkang, Video, gambar dan sebagainya biarlah Gua simpan dulu. Kalau takda aral Gua bagi pada rakan Blogger lain untuk dikeluarkan.

Ingat Rakan Blogger, Facebooker sekalian bahawa Pakatan Pembangkang akan mempergunakan apa sahaja dalam memenangi perang Media Baru ini. Kita menguasai dan anda semua tentu boleh bayangkan perasaan mereka waktu ini yang marah dan geram dengan kita. Dan atas kesempatan ini lah yang kita akan diperbodohkan mereka. Be Carefull ok...

Psssttt....Biar yang berjawatan je buat kerja, depa yang nak kekal kuasa bukan aku pun


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Read more...

Catatan Dari Tanah Suci Makkah From Sahabat Blogger



Operasi membawa jemaah haji ke Arafah adalah satu-satunya operasi yang mencabar bagi pihak Tabung Haji. Ini kerana dalam tempoh yang pendek mereka perlu pastikan semua jemaah telah berada di Arafah sebelum waktu zohor 9 Zulhijjah. Tabung Haji amat berhati-hati dalam operasi ini kerana sebarang kesilapan atau kecuaian yang menyebabkan Read More.....


Kota Makkah


Blogger Husin Lempoyang, RBF Online dan Blogger Mahaguru 58 kini berada di Kota Makkah bagi menunaikan Ibadah Haji. Semoga mereka semua perolehi keberkatan atas apa yang dilakukan. Amin...

http://www.haji1432.com/

Psssttt..... To All Readers, Please support Web Haji1432 ni

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP