I'm The Greatest Papa In The World

Wednesday, November 2, 2011



Semalam 1.11.11 merupakan satu hari lagi yang bermakna dalam hidup Gua dan wife bila menerima cahaya mata yang kedua seorang bayi perempuan pada jam 7.35pm dengan berat 2.4kg.

Gua sekarang dah menjadi bapa kepada dua orang anak perempuan dan terus terang gua cakap yang gua berasa bangga dengan wife yang merupakan insan yang paling cekap dalam memberikan zuriat Gua.

Semalam Gua sekali lagi menemani wife sewaktu dalan wad bersalin, dulu waktu anak pertama Gua turut menamani wife ketika waktu keperitan beliau mengharungi cabaran melahirkan anak. Fuh memang perit bila kita lihat waktu tu, memang sukar apa yang wife lakukan.

Gua ni memang Jantan Tulen tapi bila berhadapan dengan situasi begitu nak taknak air mata meleleh juga sewaktu Bayi dilahirkan. Sungguh besar pengorbanan seorang isteri kita.

Disinilah yang patut kita ketahui bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang Ibu dan juga isteri ketika melahirkan kita dan juga zuriat kita. Memang cekal hati seorang wanita dan memang besar keberanaian mereka menempuh saat sukar itu.

Gua temankan Wife dari mula sampai selesai semuanya bagi memberi dorongan buat wife agar beliau tidak keseorangan dalam mengharungi penderitaan itu.

Anak Gua yang Girl kali ni ikut Mama nya, kulit putih macam mama nya yang Chiness,mata sepet pun ikut mamanya. Hope Baby Girl no 2 ni akan ikut macam Kakak nya yang sulung cerdik dan bijak macam Papanya. Hehehehe

Apa pun Gomo lelaki Tulen dan mission lepas ni untuk dapatkan 6 Orang lagi cahaya mata yang mana 2 Baby Girl dan 4 baby boys. Harap my Wife sanggup dengan permintaan ni hehehehe.

I Love My Family So Much


psssttt . . .nama anak? Emmn rahsia hehehe

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP