Peniaga Kecil Melayu Dibunuh Sedikit Demi Sedikit Akibat Kerakusan Wang Pihak Tertentu

Friday, November 4, 2011






Bukan sekali tetapi sudah berkali kali masaalah menimpa para peniaga Uptown Danau Kota Setapak dalam mencari sumber rezeki buat mereka sekeluarga. Gomo juga merupakan salah seorang peniaga yang ada di Uptown sejak ianya dibuka pada tahun 2006 setelah lokasi kami di Damansara Uptown Utama dihalau oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Orang Melayu berniaga bukan sepertimana tauke tauke Kasut, Handbang di Petaling Street yang kaut untung sehingga ratusan ribu ringgit sebulan. Orang Melayu berniaga kalau nak dikira belum mampu nak tewaskan peniaga peniaga Cina yang ada walapun sama level iaitu peniaga pasar malam. Tu Realiti dan haikikatnya dalam kehidupan kami para peniaga.


"Bukan Setiap Hari Urusan Jualan Kami Meraih
Hasil Yang Lumayan"

Sebelum ini Gomo sudah beberapa kali mengeluarka artikel mengenai pihak Persatuan Uptown Danau Kota yang CEKIK DARAH dan juga penyebab berlaku kekecohan demi kekecohan sejak Uptown dibuka pada tahun 2006 sehingga sekarang. Malah Gomo pernah menyatakan akan konspirasi pegawai DBKL yang turut sama memerah keringat para peniaga Uptown Danau Kota.

Dibawah ini link Artikel sebelum nya bagi rujukan para pebaca:
EDISI KHAS - Persatuan Penjaja Melayu Hisap Darah Peniaga Uptown Danau Kota Apa Tindakan DBKL Dan Menteri Wilayah?

EDISI KHAS- TOLONG!!! Bantu Kami Peniaga Melayu Uptown Dari Penghisap Darah

Ekslusif - Bila DBKL Lebih Sudu Dari Kuah Dengan Menjadi Proksi Utama Penghisap Darah Peniaga

Sekarang timbula pula masaalah terbaru apabila pihak DBKL yang mana telah dikuasai Pak Selamat Pendek ketua samseng Uptown Danau Kota mengeluarkan notis pemberitahuan kepada para peniaga agar berniaga hanya 4 kali sahaja dalam seminggu.



Bayangkan 4 kali seminggu sahaja para peniaga darahkan menjalankan perniagaan mereka daripada 6 hari sebelum ini. Ini bermakna seminggu diarahkan bercuti 3 kali dalam setiap minggu. Nak makan apa kalau seminggu haya 4 kali berniaga? DBKL tetap untung dan pihak persatuan pun lagilah betambah keuntungannya.

Kami para peniaga tidak menyalahkan persatuan Penduduk yang menuntut pekara ini memandangkan sejak ianya dibuka pada tahun 2006 pihak Persatuan Penduduk di Uptown Danau Kota tidak memperolehi hasil daripada pembukaan bazar Larut malam yang ada dipenempatan mereka. Pak Selamat pula hanya makan keuntungan hanya dkongsi bersama beberapa pegawai DBKL dan tidak pada pesatuan penduduk.


Kesesakan Lalulintas Diuptown

Gomo faham akan masaalah yang dihadapi oleh para penduduk dan kami para berniaga sebenarnya sudah sepakat bersetuju untuk penyelenggaraan Uptown Danau Kota diberikan kepada persatuan Penduduk untuk menguruskannya dan pihak DBKL telah pun dimaklumkan mengenai pekara tersebut.



Tetapi sepertimana yang dimaklumkan tadi bahawa pihak Persatuan yang diketuai Pak Selamat telah mengawal DBKL sebaik mungkin dan atas sebab tersebut DBKL tidak menghiraukan permohonan para peniaga agar peyelengaraan Uptown Danau Kota diberikan kepada pihak persatuan Penduduk Danau Kota.

Kami Para peniaga mencari rezeki halal dalam menjalankan perniagaan di Danau Kota dan kami juga faham akan masaalah yang berlaku. Maka sebab itu lah kami para peniaga bersetuju untuk pihak persatuan Penduduk yang menguruskan Uptown Danau Kota dengan menggantikan persatuan dibawah Pak Selamat Pendek. Ini merupakan satu cadangan yang baik bagi meberikan kemenangan kepada pihak peniaga dan juga persatuan penduduk Danau Kota Setapak.

Dibawah ini merupakan Memorandum yang dihantar kepada pihak yang berkenaan oleh para peniaga Uptown Danau Kota:

MEMORANDUM BANTAHAN KEATAS ARAHAN BERCUTI AKTIVITI BAZARIA LARUT MALAM DANAU KOTA PADA SETIAP HARI ISNIN DAN SELASA

Kepada ,

Y. Bhg. Datuk Haji Salleh bin Yusup,
Ketua Pengarah,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Y. Bhg. Datuk Haji Amin Nordin bin Abdul Aziz,
Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan),
Pembangunan Sosio-Ekonomi,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengerusi,
Persatuan Kebajikan Penduduk Islam (PKPI),
Taman Setapak Indah,
Jalan 4D/6, Kompleks Surau Al-Amin,
Taman Setapak Indah, 53300, Kuala Lumpur.
(u.p. : Tuan Haji Muhammad Sufian Separ)

Bertarikh 2 November 2011.

Memorandum bantahan arahan bercuti aktiviti Bazaria Larut Malam Danau Kota setiap hari Isnin dan Selasa serta mohon untuk diadakan dialog antara peniaga-peniaga dan pihak-pihak yang berkenaan diadakan sekali lagi dalam masa terdekat ini.

Adalah dimaklumkan bahawa saya mewakili peniaga-peniaga Bazaria Larut Malam Danau Kota mengambil ketetapan membantah arahan perlaksanaan bercuti setiap hari Isnin dan Selasa yang telah ditentukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui surat hebahan bertarikh 24/10/2011 dengan no rujukan (82) dlm.BDKL.JP.2006/01/137.1 Bhg. V yang ditandatangani oleh Haji Saharudin bin Mohd Noh, Pengarah, Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja.

Surat pekeliling telah diedarkan kepada kami peniaga-peniaga tepat pukul 12.00 tengah malam tanggal 1/11/2011. Dimana kami tidak dimaklumkan terlebih dahulu, walhal satu perbincangan telah diadakan diantara Pentadbiran DBKL, Wakil Penduduk, Penganjur dan agensi-agensi kerajan tanggal 17/10/2011 yang lepas.

Berhubung dengan tindakan DBKL tersebut, kami peniaga-peniaga Bazaria Larut Malam Danau Kota mengambil ketetapan seperti berikut:

1. Mohon jasa baik pihak DBKL untuk menarikbalik arahan ini. Ini kerana majoriti peniaga-peniaga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan di Danau Kota. Kami hilang mata pencarian. Memandangkan hari untuk menjalankan aktiviti perniagaan amatlah terhad daripada 6 hari seminggu kepada 4 hari sahaja. Amatlah mustahil bagi kami untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Itu belum lagi dengan komitmen yang sedia ada contohnya, bayaran ansuran kereta, rumah, pendidikan anak-anak dll.

2. Tindakan mengeluarkan notis/ arahan bercuti Isnin dan Selasa tanpa berunding terlebih dahulu dengan para peniaga Bazaria Larut Malam Danau Kota melambangkan sikap menggunakan kuasa ’autonomi’ secara bebas, tidak menjalankan tugas secara profesional dan tanpa memikirkan nasib para peniaga yang majoriti golongan bumiputra.

3. Disini juga kami berhak untuk membuat tanggapan tindakan Penganjur Bazaria Larut Malam Danau Kota yang sentiasa membelakangkan kebajikan kami peniaga-peniaga Danau Kota adalah sesuatu yang amat serius, mensabotaj imej, integriti dan kepercayaan golongan peniaga terhadap kredibiliti penganjur itu sendiri. DBKL juga harus memperhalusi isu ini sampai ke akar umbi.

4. Kami juga memohon jasa baik DBKL sekali lagi untuk mengadakan dialog atau pertemuan empat mata diantara peniaga-peniaga dengan Persatuan Kebajikan Penduduk Islam (PKPI) dimana peranan DBKL adalah sebagai pemerhati untuk kita sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Bukan niat kami untuk membelakangkan PKPI akan tetapi kami tidak ada platform untuk bersemuka dengan mereka. Tolak ansur dari PKPI amatlah kami hargai.

Akhir kata, semoga hasrat memorandum dari pihak peniaga-peniaga Bazaria Larut Malam Danau Kota ini mendapat perhatian dari pihak tuan sekalian. Jasa baik dan pertimbangan dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Yang Benar,
PENIAGA-PENIAGA BAZARIA LARUT MALAM DANAU KOTA

Gomo mewakili para peniaga Uptown Danau Kota memohon agar pihak Dato Bandar untuk memberi perhatian akan apa yang kami nyatakan dalam memorandum yang telah dihantar. Kami juga meminta agar pihak Persatuan Penduduk berjumpa dengan para peniaga bagi menyelesaikan masaalah ini.

Untuk makluman semua, tapak perniagaan kami di Uptown Danau Kota adalah jalanraya kerajaan da bukannya tanah persendirian. Tetapi sejak 2006 sehingga sekarang pihak persatuan dibawah Pak Selamat Pendek dan juga DBKL membuat jalan tersebut seolah olah MAK BAPAK DEPA YANG PUNYA!!!


"Banyak betul duit Depa ni Sakau"

Pihak DBKL seharusnya menyiasat income yang ada pada beberapa pegawai DBKL bahagian penjaja. Sejak 2006 sehingga sekarang boleh lihat akaun Bank mereka dan isteri wang yang mencurah masuk. Halal kan wang tersebut untuk mereka? Wang Hasil Penindasan Peniaga Uptown Danau Kota.

"Lu Langsi Lu Mati" Itu kata si Selamat Pendek dan keroninya dulu sejak 2006 lagi, tetapi tidak sekarang kerana kami para peniaga Uptown Danau Kota sudah sebulat suara menyatakan :

"Lu Boleh Berambus Dari Ini Uptown,
Ini Bukan Mak Bapak Lu Punya"


Ada Faham ke Pak Selamat Pendek dan Pegawai DBKL yang telibat?


Psssttt.... Peniaga Melayu selalunya menjadi mangsa kerana orang Melayu itu sendiri yang membunuh sesama Melayu


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP