Lembu Oh Lembu Yang Untung Tian Chua Jugak

Friday, November 11, 2011






"yang Ni Selera pulak hangpa makan?"

Busuk hati dan akan mempergunakan apa sahaja dalam memastikan peniaga Melayu Gulung tikar. Itu lah modus operandi pakatan Pembangkang sekarang yang kita dapat lihat terjahan demi terjahan yang mereka lakukan demi memastikan undi kaum Cina menyebelahi mereka.

Gomo nak nyatakan sedikit mengenai isu Fitnah Pakatan Pembangkang yang menyatakan Projek Ladang ternakan Lembu ataupun dikenali dengan nama Pusat Fidlot Kebangsaan yang mana dibangunkan oleh Syarikat National Fidlot Coporation Sdn Bhd syarikat 100% milik Bumiputera.

"Program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA). Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur. Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani.

Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC. Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN.

Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar. -dipetik dari House PK



Dalam rujukan yang diberikan diatas kita telah jelas bahawa Projek Ternakan Lembu tersebut adalah projek yang mana menghasilkan daging lembu buat rakyat Malaysia. Malah dalam kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa Syarikat National Fidlot Coporation mendapat Pinjaman dan bukannya Wang yang diberikan begitu sahaja kepada mereka.

Untuk makluman Projek Lembu ini sebenarnya amatlah bagus untuk rakyat Malaysia khusunya orang Islam itu sendiri. Daging yang ada hari ini dipasaran kebanyakkan nya adalah diimport dari India yang mana harga yang dijual di Malaysia ini sekitar RM20 ke 25 sekilo. Tahukan anda berapa harga yang dijual sebelum sampai ke Malaysia?

Untuk pengetahuan semua daging yang ada dipasaran yang datang dari India adalah hanya sekitar RM5 ke 8 sahaja. Namun akibat dikuasai oleh mereka tauke tauke cina yang sudah memonopoly Business pembekalan daging ini maka harga yang sampai sudah melambung tinggi.

Projek Lembu yang diusahakan oleh NFC ini adalah bertujuan untuk mematikan langkah Tauke tauke Cina yang memonopoly pembekalan daging lembu dipasaran tempatan dan seterusnya memberikan rakyat Malaysia harga yang terrendah berbanding sekarang dan juga memastikan proses penyembelihan dan sebagainya adalah terjamin halal serta mutunya juga terbaik.

Jadi pembangkang merasakan projek Lembu ini Rugi dan sebagainya adalah tidak tepat kerana apa yang diusahakan telah terbukti berjaya walaupun Syarikat NFC menghadapi kesukaran demi kesukaran yang amat nyata dalam masa mereka membangunkan ladang Fidlot Negara.

Sebenarnya ramai orang Melayu tidak sedar bahawa banyak barangan keperluan kita telah dimonopoly oleh tauke Tauke Cina besar yang mana mereka selalunya sesuka hati menaikkan harga barang bekalan kepada peruncit dan peniaga. Ini bukan sahaja berlaku dalam isu jualan daging lembu malah melibatkan banyak barang makanan dan juga barangan lain.

Orang Melayu sepatutnya berasa bangga bila ada syarikat yang cuba menutup monopoly kaum Cina dalam bidang makanan sepertimana yang NFC lakukan. Kita inginkan barang yang berkualiti dan terjamin halalnya dan bukan kita beli dan masak serta makan tampa mengetahui proses yang berlaku di India dimana Daging Lembu yang kita makan ini diimport dari sana.

Gomo tahu bahawa apa yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli dari PKR ini adalah tidak lain membantu beberapa tauke besar Cina dalam bidang makanan Daging ini. Malah ianya juga merupakan peluang buat mereka dalam memastikan rakyat termakan hasutan mengenai projek ternakan Lembu yang diusahakan oleh Syarikat Melayu.

Tapi dalam tak sedar sebenarnya mereka ini telah menjadi barua kepada tauke Cina yang tamak Haloba dan berniat jahat dalam memastikan Melayu akan kekal sebagai Kuli sahaja dan tidak berupaya menyaingi mereka dan mereka yang akan memonopoly segala galanya yang ada dalam Malaysia.

Semoga kita rakyat Malaysia membuka minda dalam hal halus yang berlaku ini. Projek NFC Gagal? Laporan Audit jelas menunjukkan projek tersebut tidak gagal sebaliknya ianya lewat sedikit sepertimana yang dilaporkan dalam laporan diatas.

Psssttt..... Bila Melayu buat maka semuanya akan dikatakan tak betul, Cina buat ladang babi berebut puak pakatan ni Sponsor.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Wang Rakyat Terus Dirompak Beruk Pun Mati Macam Ni Oiii

Kenyataan Media GAPS

Pendedahan Ketua Pembangkang Selangor mengenai gaji dan bonus Pengurus Besar (GM) Pkns berjumlah rm1.4 juta selama 2 tahun adalah amat memeranjatkan rakyat. Gaji dan bonus sebanyak itu adalah tidak masuk akal boleh diterima oleh seorang kakitangan awam kalau bukan kerana kronisme, korupsi dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh Menteri Besar.

GAPS berpendapat gaji dan bonus yang diberikan itu adalah sangat keterlaluan. Ia adalah 150% lebih tinggi dari yang pernah diterima oleh GM sebelum ini. Ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS ketika melantik GM ini.

Rm1.4 juta itu merupakan pendapatan GM itu dari gaji dan bonus untuk 2 tahun. Dengan gaji sebanyak rm40 ribu sebulan maknanya GM PKNS ini menerima rm160 ribu untuk bonus 2009 dan RM280 untuk bonus 2010.

Selain dari itu GAPS berpandangan perlantikan GM ini adalah tidak sah kerana Enakmen Pkns 1964 sek 9(3) menyebut pegawai Pkns adalah kakitangan awam. Kakitangan awam dinegara ini tertakluk kepada perintah am dan pekeliling perbendaharaan bermula dari perlantikannya sehingga lah tatacara tugas dan tanggungjawabnya.

Lebih jelas sebenarnya MB telah melangkaui batas undang-undang ketika melantik En Omar Osman sebagai GM Pkns. GAPS yakin MB langsung tidak merujuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi itu kepada GM ini.

Oleh kerana perlantikan GM itu tidak sah maka semua keputusan yang dibuat oleh GM ini atau mana-mana mesyuarat yang dihadirinya sebagai GM Pkns juga terbatal dan tidak sah.

Lebih buruk dari itu GM Pkns ini juga merupakan salah seorang dari 2 orang Lembaga Pengarah Worldwide Holdings Bhd (WHB)sekarang. WHB merupakan sebuah subsdiari yang punyai beratus juta ringgit asset rakyat selangor. Perlantikan GM Pkns ini sebagai Pengarah WHB juga tidak sah kerana jawatan hakiki itu tidak sah sedari awal. Ini sekali gus menjadikan setiap keputusan dan mesyuarat yang dihadiri oleh GM Pkns ini dalam WHB juga tidak sah dan terbatal.

Pkns sebenarnya merupakan lubuk penyelewengan dan korupsi MB Selangor. Ia merupakan bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup akibat salahguna kuasa yang sangat keterlaluan oleh MB, Exco dan kroninya dalam Pkns.

Read more...

Dalam Menghayati Hardcore PAS Yang Sanggup Memuja Nik Ajis Wali Terompah





Gua di Kelantan sejak semalam lagi atas beberapa. urusan perniagaan. Petang semalam Gua singgah kg tempat kelahiran Gua dalam menziarahi saudara mara dan juga menjengok tanah Gua yang diwarisi sejak moyang lagi.

Ramai orang tak tahu yang Gua ini anak kelahiran Sg Petai Pasir Puteh Kelantan. Tempat yang terkenal dalam negeri Kelantan kerana disinilah banyak kepala kepala Gedebe menetap. Gua? Gua takdelah Gedebe mana tapi kalau datang tu Gua layankan je selagi ada kudrat dibadan ni. Heheheh

Gua bukan nak cakap pasal Gedebe atau tak Gedebe tapi Gua nak kongsi cerita mengenai begitu teruknya negeri Kelahiran Gua ni iaitu Kelantan.

Sampai je ke dalam simpang Sg Petai Gua dah mula sumpah seranah pada kerajaan PAS Kelantan yang mentadbir negeri ni. Marah nya Gua adalah kerana jalan di kampung Gua ni teruk Gila. Lopak sana sini dan ini bukanlah pekara baru kerana tiap kali Gua balik Kelantan pekara ni tetap sama jugak.

Kalau nak kata lori pasir lalu dalam kampung Gua adalah mustahil kerana tidak ada aktiviti korek pasir macan negeri Selangor. Nak kata orang kampung Gua semua driver lori tak juga. Tapi jalan tetap macam tu dan diturap hanya tempat yang berlopak.

MANA DUIT PERUNTUKKAN DARI KERAJAAN PAS KELANTAN?

Tu satu bab, bab lain bila Gua sampai kg nak solat Asar air pulak takda. Aduh apa bagai masaalah kat kg Gua ni? Sampai air pun takda. Nak taknak sepupu Gua pi angkut air dari telaga. Mujur ada perigi kat rumah mak saudara Gua. Dan boleh Gua cakap banyak rumah kg di Kelantan ni pasti ada perigi nasib baiklah ada air perigi.

Gua fikir kejap dan Gua ingat peruntukkan yang kerajaan Pusat BN bagi pinjam pada kerajaan PAS Kelantan RM600 Juta untuk menyelesaikan masaalah air Kelantan ni. MANA PERGI WANG RM600 JUTA TU?

Aduh apa lah nak jadi dengan negeri kelahiran Gua ni. Bukan Gua nak menghina apa yang ada di negeri tumpahnya darah Gua ni tetapi inilah realitinya apa yang ada dibawah pentadbiran PAS Kelantan.

Masa Gua nak solat Gua berhenti dan Kaget kejap. KAGET tu dalam bahasa Indon kalau dalam BM maknanya terkejut lah. Hehehe

Gua terkejut coz Gua tak sangka yang begitu taksubnya rakyat Kelantan sampaikan Kalendar bermuka kan Nik Ajis Wali Terompah digantung ditempat berhampiran untuk ruang solat. Kalendar muka Nik Ajis tahun 2010 dan bukannya tahun 2011.

Oleh kerana Gua merasakan jijik dengan kalendar Nik Ajis tu maka Gua tukar lokasi solat gua. Gua tak sanggup berada dekat dengan si Tua kutuk Nik Ajis tu.

Dalam pada ini gua fikir, apalah sengal family aku kat Kelantan ni. Air takda, kalau ada pun keruh. Jalan lobang sana sini, mundur ke belakang dari negeri negeri lain bawah BN tetapi tetap sokong Nik Ajis dan PAS. Tapi nak buat macam mana dah sedara Gua layankan jelah.

Sebelum Gua balik Gua hulur lah duit kat sedara mara Gua tu. Dalam hulur duit kat mak Sedara Gua tu Gua pun cakap.

"Ni pitih UMNO, takpo ko"

Mak saudara gua yang Hardcore PAS cakap

"Takpo bagi Pitih UMNO pun pangkoh tetap bulan"

Gua bila dia cakap macam tu je Gua senyum sambil cakap

"Syukur kato gitu, ingat ko kato pitih UMNO Haram"

Mak sedara Gua senyum kelat

Apa pun tu tetap saudara Gua, PAS ke apa ke tetap saudara Gua. Biasalah politik tak lari dari kata kata sindirian kan. Hehehe

Apa pun Gua bersyukur yang Gua anak yang dilahirkan di Kelantan tetapi hidup dalam kerajaan BN yang terbaik membangunkan negara dan membantu rakyat. Gua puas hati dengan kerajaan BN terutama tempat Gua membesar di Johor Bahru. Semuanya lengkap baik jalan,air dan sebagainya.

Gua harap satu hari nanti anak anak Kelantan sedar bahawa PAS kerajaan yang mentadbir Kelantan selama ini GAGAL dalam membangunkan Kelantan. Semoga anak anak Kelantan berusaha menukar kerajaan bagi memberikan laluan buat kerajaan BN membangunkan Kelantan.

Orang tua mungkin susah untuk memangkah BN tetapi anak anak muda mampu berfikir untuk nasib dan masa depan mereka serta anak cucu dalam negeri Kelantan.

Apa pun Nik Ajis dan PAS Kelantan SUCKS


Psssttt . . . Rasa cam nak koyak kalendar Nik Ajis tapi tak tergamak takut melukakan hati mak saudara Gua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP