Dendam Jambu Anwar Ibrahim

Monday, November 21, 2011


Razifi Ramli Jambu Anwar Ibrahim


Motif Rafizi Ramli memaparkan nombor telefon Izminur Salleh dan setiausaha anak lelaki Sharizat Jalil itu di Internet amat mudah. Rafizi Ramli yang tertekan dan terdesak kerana pembohongan serta tohmahannya semakin terburai, mengambil langkah yang lebih berani dengan mendatangkan ancaman keselamatan terhadap Izminur dan setiausahanya, seorang gadis berbangsa Cina.

Ketika menerangkan tentang tohmahannya, Rafizi dengan sengaja telah memaparkan kedua-dua nombor telefon mangsanya dan berharap mereka akan menjadi tertekan dan kemudian menyerah diri kepadanya sambil merayu-rayu dan berjanji akan menurut segala perintah serta kehendaknya.

Dengan kata lain, tindakan sembrono yang dilakukan oleh Rafizi Ramli sebenarnya boleh mendorong kepada wujudnya ancaman keselamatan diri dan nyawa buat kedua-dua orang mangsanya itu.

Gadis yang bekerja sebagai setiausaha Izminur itu telah dihubungi oleh pelbagai orang dan menuduhnya menjadi ANJING KEPADA SYARIKAT MELAYU. Manakala Izminur sendiri turut menerima ancaman selain caci-maki daripada pembuat panggilan.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.

Saksikanlah pengakuan yang dibuat oleh Izminur Salleh berhubung perkara berkenaan.




Sumber The Flying Kick


Psssttt .... Memang bangsat lah puak pakatan haram ni, terdesak gila depa ni

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

PAS Kelantan Islam? Tu Semua Bohong Belaka




MASALAH kegagalan penyediaan bekalan air bersih dan dirawat kepada keseluruhan penduduk Kelantan seolah-olah tidak diberi perhatian, tiada penyelesaian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Keadaan ini sangat berbahaya buat kira-kira 1.54 juta penduduk negeri itu. Ini kerana penggunaan air mentah dan tidak dirawat dalam kehidupan seharian bakal mengundang risiko kepada kesihatan.

Sepanjang dua bulan ini, Mingguan Malaysia telah melakukan pemerhatian dan siasatan secara klinikal di Kelantan malah mengambil sampel air dari semua jajahan untuk diuji kaji kualitinya di makmal bertauliah.

Hasilnya memeranjatkan. Selain bahaya air mentah yang tidak bersih dan tidak dirawat, ujian mendapati air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) juga kurang berkualiti.

Malah air dibekalkan oleh AKSB itu khususnya di Bachok mengandungi logam arsenik dan besi yang boleh menyebabkan kanser dan juga komplikasi kepada hati serta jantung. Read more

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berlagak seperti nabi seolah-seolah orang lain tidak Islam hanya orang Pas sahaja Islam.

Kehebatan Nabi palsunya semakin terselah apabila menuduh tiada faedah Umno menawan negeri ini daripada Pas kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Justeru timbul persoalan golongan muda Kelantan apabila Islam sangatkah Pas jika keperluan air untuk rakyat Kelantan sejak 21 tahun Pas memerintah perkara itu masih tidak selesai. Malahan kerajaan pusat telah memberikan peruntukan RM600 juta untuk bantu Kelantan selesaikan masalah air itu sejak 10 tahun lalu.

“Malangnya, sehingga kini masalah bekalan air oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berlarutan. Kemana duit itu pergi?,” kata pekerja swasta Ahmad Azizi Rahman, 20.

Read more....


Tu lah masaalah rakyat Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalaminya. Benar Gomo nyatakan kerana Gomo sendiri yang merupakan rakyat Kelantan cukup kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri yang hancur dalam mentadbir keewangan sehinggakan Hasil balak yang berjuta juta hilang entah kemana.

Semoga rakyat Kelantan sedar akan masaalah ini dan mengambil inisitif yang terbaik dalam memberikan anak anak dan cucu cicit kita kemudahan selaras dengan oeredaran zaman.


Psssttt... Keroni Keroni meraih hasil lumayan atas hasil Balak yang ada, rakyat juga yang menderita


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

"Crazy Cow" - Mak Lampir Zuraidah MP Ampang Berkostium Lembu




MP Ampang Zuraidah Mak Lampir

FITNAH NO.1

DS Najib dan TS Muhyiddin berbohong menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta dan bukannya RM250 juta.

Dana pinjaman RM250 juta ditempatkan didalam Akaun Pinjaman Khas (Special Loan Account) oleh MOF. NFC memperolehi dana RM181 juta pada tahun 2009 setelah diluluskan pengeluarannya oleh MOF. Baki pinjaman RM69 juta hanya boleh dikeluarkan setelah NFC mampu memberikan justifikasi (justification) dan pengesahan serta perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

FITNAH NO.2
Penyelewengan harga seekor lembu NFC RM4,481.00 cukup mahal berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500.00 hingga RM2,700.00

Prinsip pengurusan akaun menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX - Operating Expenditure) dalam harga seekor lembu termasuk perbelanjaan perjalanan dan utiliti dalam menentukan harga jualan lembu.

Sama juga seperti prinsip unit kos, semakin tinggi kuantiti yang dikeluarkan ... semakin rendah unit kos sesuatu barangan dijual.

NFC baru beroperasi dalam tempoh 3 tahun (kontrak operasi sehingga 30 tahun) masih lagi belum mencapai 'break even point' dan pengeluaran lembu masih ditahap rendah. Pada peringkat awal ini, harga seekor lembu NFC adalah lebih mahal berbanding dengan lembu tempatan. Namun perbandingan dengan lembu tempatan kurang tepat berdasarkan lembu dari ladang ternakan NFC lebih berat 70 - 100 peratus dari lembu tempatan.

FITNAH NO.3
Hanya rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran bagi NFC dan menidakkan hak-hak pembeli berdaftar.

Kesemua 70 pembeli berdaftar dengan RFC sebenarnya menerima diskaun RM2.9 juta, bukan hanya Restoran Meatworks.

FITNAH NO.4
Kerajaan melupuskan pinjaman kepada NFC berikutan ketidakcekapan pengurusan dan kerugian RM7 juta hingga RM11 juta pada tahun 2009.

Perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan NFC masih berada dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dilakukan dalam tempoh tertentu. Kontrak operasi sehingga 30 tahun membolehkan NFC menganggarkan (projected) keuntungan bakal dicatat pada tahun 2015.

FITNAH NO.5
NFC salurkan dana pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC untuk dikaitkan dengan Shahrizat Abdul Jalil.

NMLC diwujudkan bagi operasi impot lembu, penyembelihan dan pemprosesan. RFC diwujudkan bagi operasi pengedaran dan peruncitan. Tidak berlaku ketirisan dana kerana saluran dana pinjaman hanya dilakukan atas nama NMLC dan RFC dan bukannya atas nama individu.

FITNAH NO.6
Penyelewengan dan pembaziran dana pinjaman atas pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta oleh NFC.

Lembaga pengarah NFC bersetuju dengan pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta atas dasar pelaburan jangka pendek (short term investment).

Pulangan (ROI - Return On Investment) dari pelaburan hartanah memberikan keuntungan tahunan 12.9 peratus (RM2.76 juta) beserta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama menjangkau RM360,000. Keuntungan yang bakal dijana dalam setahun RM3.12 juta.

Manakala ROI dari simpanan tetap (fixed deposit accounts) hanya menghasilkan keuntungan pada kadar 2.75 peratus (RM379,500) sahaja dalam setahun.

FITNAH NO.7
Kronisme dan nepotisme NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

NFC hanya mendapat pinjaman (soft loan) bukan geran dengan jaminan pinjaman perlu dibayar kembali seperti mana-mana pinjaman bank komersial yang lain. Selain dari itu, NFC mempunyai tanggungjawab sosial (corporate responsibility) mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini tanpa menitikberatkan soal menguntungkan.

FITNAH NO.8
Pembaziran dan penyelewengan perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 dimana hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Perbelanjaan perjalanan NFC untuk bertemu perunding dan urusniaga pembelian lembu melibatkan sekitar 0.3 peratus daripada RM250 juta (bersamaan RM750,000) lebih kecil berbanding dengan nilai projek.

FITNAH NO.9
Rafizi Ramli mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

NFC tidak wujud pada tahun 2006. Dakwaan Rafizi Ramli lebih bersifat peribadi dan serangan terhadap Menteri.

AMACAM Puak Puak Pakatan Haram? Ada berani nak sangkal apa yang dijawap? Kami persilakan anda yang dengan otak lembu tu tampil kehadapan dengan Fitnah Fitnah yang terbaru. Dipersilakan....


Psssttt... DAP juga dok senyum riang bila Melayu sama Melayu kasi bungkus Business Melayu...Syabas PKR


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP