Pergi UMRAH Satu Kesalahan Jenayah Terbaru Kata Saifuddin Lembu
Tuesday, November 22, 2011
Semalam, Saifuddin Nasution bising tentang sejumlah wang yang telah dibelanjakan oleh NFC untuk Salleh Ismail, suami Sharizat Jalil dan Pengerusi Eksekutif melakukan ibadah umrah di Makkah. Katanya, duit umrah itu adalah DANA RAKYAT dan Salleh telah menyalahgunakan dana rakyat untuk kepentingan dirinya.
Setiausaha Agung PKR itu barangkali BUKANNYA SEORANG ISLAM yang sangat prihatin dengan Makkah dan Kaabah. Disebabkan itu, tidaklah dia faham maksud sebenar ibadah ziarah.
NFC merupakan pengeluar daging halal dan untuk jangka panjang, ia akan bertukar menjadi skala besar dengan golden share kerajaan di dalamnya. Arab Saudi merupakan pasaran halal terbesar memandangkan negara tersebut menerima kunjungan umat Islam paling ramai sepanjang tahun kerana Makkah, Madinah, Kaabah dan makam Rasulullah s.a.w.
Sebagai Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat yang mendapat pinjaman bagi mengeluarkan daging halal untuk umat Islam, pastinya pasaran pertama yang akan diterokai adalah Arab Saudi. Dan untuk menggalas tugas tersebut, maka sejumlah peruntukan diperlukan memandangkan zaman sekarang, orang ke Makkah tidak lagi menunggang unta, berjalan kaki, berenang atau berlayar di lautan menumpang kapal.
Dan apabila sudah berada di Arab Saudi, sebagai seorang MANUSIA YANG BERIMAN dan KASIHKAN NABI-NYA, maka ibadah ziarah dilakukan. Selain daripada mencari keuntungan duniawi, alang-alang berada di negara yang menempatkan dua tanah suci, maka jalankanlah ibadah umrah.
Itu yang dilakukan oleh Salleh Ismail. Malah sesiapa sahaja yang beragama Islam dan mengaku beriman kepada Muhammad s.a.w. Salleh Ismail membuat promosi daging halal keluaran syarikatnya di Arab Saudi. Kesempatan berada di Arab Saudi menghantarnya untuk melakukan sekali ibadah ziarah.
Malangnya, Saifuddin Nasution terlalu buta untuk melihat hal itu. Kemunafikan yang membalut hatinya, amat keterlaluan sehinggakan orang yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah ziarah pun dikatakan sebagai menyeleweng DANA RAKYAT.
Saifuddin Nasution barangkali tidak pernah melihat contoh teladan seperti itu di sekelilingnya. Ketuanya, Anwar Ibrahim berulang kali ke Jeddah dan Riyadh, tetapi amat liat singgah ke Makkah.
Bahkan Anwar yang mengaku telah dua kali menunaikan Haji, langsung tidak mempunyai sebarang bukti untuk membuktikan kata-katanya, sekadar satu pengakuan yang seringkali dibuat oleh kaum Taslim, Bahai, Brawel dan Qadiani.
Salahkah seorang manusia seperti Salleh Ismail, dalam usaha menjual produk syarikatnya di Arab Saudi yang dibiayai oleh syarikatnya, mengambil kesempatan daripada ruang masa yang tersisa untuk melakukan ibadah umrah?
Read More....
Nik Azi Nik Mat dapat Sponsor Haji tu Halal pulak walaupun terbukti yang sponsor Haji tu adalah pihak yang berkepentingan dalam projek pojek Bilboard dalam negeri Kelantan.
Lagi Menarik KLIK DISINI
Psssttt.... Anwar Ibrahim pi Haji Bila? Ha ha ha
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT Read more...


