Hot Story - Bila Ahli UMNO Mengumpat Agar Shahrizat Jalil Letak Jawatan
Friday, December 2, 2011
Datuk Seri Shahrizat Jalil
Sepanjang hari sejak berlangsung nya Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC Gomo sering mendengar mengenai cakap cakap orang UMNO sendiri mengenai Dato Seri Sharizat Jalil Ketua Wanita UMNO yang terpalit dengan isu National Feedlot Coporation yang mana digerakkan oleh Syarikat suaminya.
Betul memang tidak dapat dinafikan bahawa isu Lembu NFC besar impaknya kepada UMNO malah boleh dikatakan ramai ahli UMNO sendiri meluahkan kekecewaan keatas Kak Jat walaupun hakikatnya mereka itu semua tidak mengetahui perjalanan dan kaitan ladang Lembu NFC dan Kak Jat.
Apa yang Gomo nak nyatakan disini bukanlah mengenai isu NFC ataupun Fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang tetapi nak mengulas dari 2 biji mata dan 2 telinga yang ada ni sepanjang Gomo di PWTC.
Ini lah masaalah ahli UMNO, masaalah yang mana bila melibatkan kepimpinan kita maka ceritanya bersambung sambung dan sahut menyahut antara satu sama lain. Isu yang kecil menjadi besar malah ditokok tambah pula dengan pelbagai gaya dalam menjadikan cerita tersebut sedap dan enak didengar.
Pembangkang PKR meletakkan tajuk besar dalam isu NFC dan juga menyerang peribadi Kak Jat namun mereka tidak menjalankan cerita tersebut tetapi ahli UMNO lah yang menyambung perjalanan skrip yang ditulis oleh pembangkang.
Ada yang berkata Kak Jat perlu berundur, ada ahli UMNO kata Kak Jat sudah menjadi Liabiliti kepada UMNO dan bermacam macam cerita keluar sepanjang Perhimpunan Agong ini. Dan dalam hal ini Gomo memberikan 100% Markah kepada pembangkang kerana berjaya menghasut ahli UMNO untuk memandang sinis kepada Kak Jat.
Tetapi harus diingat wahai Ahli UMNO yang ada hari ini, Kak Jat telah terbukti membawa Wanita UMNO ketahap lebih tinggi dan dihormati. Sebut sahaja nama Kak Jat dalam hati rakyat terutama golongan Wanita pasti teringat apa yang dilakukan Kak Jat.
Malah bukan sahaja rakyat biasa tetapi Pemimpin dan juga ahli Muslimah PAS amat menyanjungi dan menghormati Kak Jat walaupun berada dipentas politik yang berbeza.
Lihat Video diatas ini sewaktu Kak Jat menziarahi keluarga YB Titiwangsa Dr Lolo. Apa yang anda lihat bukanlah satu lakonan tetapi itulah realitinya yang ada pada Kak Jat yang mungkin tidak ada pada pemimpin lain dalam UMNO.
Sehingga ke hari ini juga Muslimah PAS tidak langsung menyerang ataupun terbabit bersama sama PKR dalam merekayasa dan menfitnah Kak Jat kerana mereka juga tahu akan pembohongan dan Fitnah yang dilakukan Wanita PKR.
Kita harus ingat bahawa peperangan diatas pentas politik wanita ini adalah diantara wanita UMNO dan juga Muslimah PAS. Ianya sejak dulu dan bukan lah satu pekara yang baru dalam merebut hati pengundi wanita. Wanita PKR bukanlah hebat mahupun setanding dengan wanita UMNO ataupun PAS dan kerana itulah juga Wanita PKR Gagal meraih sokongan pengundi wanita berbanding Wanita PAS dan juga UMNO.
Jika dikira akan isu Fitnah ke atas Kak Jat yang malanda ini adalah elok sebenarnya jika Muslimah PAS sendiri yang menjadi Juara dalam mematikan langkah Kak Jat tetapi sebaliknya Muslimah PAS diam membisu dan tidak mengambil peluang yang ada. Hormat dan kenal Kak Jat justeru itu mereka Muslimah PAS bertindak berdiam diri dari menyokong perbuatan Wanita PKR yang menyerang Kak Jat.
Ahli UMNO perlu sedar bahawa wanita UMNO adalah tulang penting dalam meneruskan kesinambungan UMNO. Malah Gomo yang sudah acap kali ke Pilihanraya Kecil amat mengkagumi wanita UMNO yang sanggup berjuang habis habisan dalam meraih undi dari penduduk setempat sehinggakan mereka berkorban meninggalkan anak dan suami dalam memastikan UMNO menjuarai rakyat.
Kak Jat perlu kekal sebagai ketua Wanita UMNO, Kak Jat perlu memastikan jentera Wanita tidak hilang semangat dengan Fitnah yang melanda ini dan Kak Jat perlu memastikan bahawa UMNO Menang pada PRU 13. Itu keutamannya dan ianya mesti dilakukan dengan bantuan jentera Wanita UMNO.
Buat ahli UMNO baik semua peringkat, Gomo juga sering tertanya tanya mengapa bila ianya isu melibatkan Pakatan Pembangkang tidak ada cakap cakap yang sepatutnya dilakukan dalam menyerang kepimpinan Pembangkang. Wan Azizah presiden Boneka Anwar Ibrahim pelakon Porno tidak pula desakan dari UMNO seluruh negara untuk menyerang PKR.
Khalid Ibrahim MB Selangor yang melantik Abang nya sebagai Boss Pasir Selangor dengan mengaut keuntungan berjuta juta ringgit tidak pula ahli UMNO menyerang dari segenap sudut.
Malah banyak lagi isu yang menjahanamakan rakyat dek angkara Pembangkang tidak dimainkan secara bersungguh sungguh oleh ahli UMNO dalam memastikan DAMAGE ke atas pembangkang berterusan.
Betul kata para pembaca Blogg Blogg kami ini,
"Terima Kasih kepada para Blogger Jalanan yang tidak bertuan ini kerana membongkarkan kepincangan Pembangkang dan menyerang pembangkang sehingga ianya memberikan kesan mendalam kepada mereka"
Buat ahli UMNO yang mungkin merasakan apa yang Gomo luahkan ini tidak digemari maka dengarkanlah ayat Gomo ini yang mewakili Blogger jalanan yang lain:
"Kami bukan mencari nama mahupun harta, ada diantara kami ahli UMNO dan ada juga yang bukan ahli UMNO. Matlamat kami hanyalah untuk memastikan ISLAM, MELAYU dan NEGARA terjamin selamat dan kuasa yang mampu menyelamatkannya adalah parti UMNO"
Tidak suka tidak mengapa kerana kami
"POLONG TIDAK BERTUAN"
"POLONG TIDAK BERTUAN"
Wanita UMNO Tulang Belakang Penting buat UMNO
Psssttt.... Kak Jat dihormati oleh kaum wanita, pengorbananya besar buat kaum Hawa...hargai dan bukan Khianati
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT







