4 Sasaran Menjadi Keutamaan - Najib Razak

Saturday, December 3, 2011



Terdapat 4 sasaran yang menjadi perhatian Presiden umno,Dimana Beliau mahu persidangan ini menjadi utuh dan kukuh dengan UMNO sebagai teras.sasaran kedua,Kata Presiden UMNO ini mahukan gerakan didalam keadaan siap sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang mendatang dan menyiap nyediakan UMNO sebagai Parti yang bermaruah.

Selain daripada itu,tegasnya mahukan sokongan daripada pelbagai etnik yang terdapat di Negara ini,dan diharap dapat memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada UMNO untuk membela nasib rakyat di masa akan datang.Tidak ketinggalan juga,UMNO akan membawa perubahan besar kepada rakyat dan pembangunan.

Akhir sekali,Beliau mahukan segala isi yang dibentangkan di persidangan ini membawa kebaikan kepada seamua pihak terutama 27.0 juta penduduk rakyat Malaysia dan mengharapkan mereka tidak akan kecewa memilih UMNO sebagai Pilihan mereka.

Psssttt. . . Harap ahli UMNO merealisasikan apa yang dinyatakan Najib Razak

Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

"Hitam Metalic" Shabery Chik Dan Rais Yatim Balun Ngah DAP Komunis



Pemimpin UMNO menyifatkan pemikiran Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ‘hitam metalik’ sebagai jelik, hodoh dan hina.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbuatan pemimpin DAP itu, yang mungkin menganggap ia gurauan biasa yang keluar dari mulut apabila berucap pada satu ceramah Pas, menjadi lebih memalukan kerana diketawakan penyokong Pas yang rasa terhibur dengan hinaan sedemikian.



“Apabila hitam metalik itu merujuk kepada individu tertentu dalam UMNO, ia menggambarkan apa yang disebut pemikiran separa sedar, kerana itulah yang sebenarnya bermain dalam hati mereka, kawan-kawan mereka dan di kalangan pemimpin DAP.

“Mereka sebenarnya tidak melihat rakyatMalaysiasebagai rakyatMalaysiatetapi melihat rakyatMalaysiadari segi warna kulit dan ia seolah-olah menceritakan orang yang berkulit putih seperti bangsanya adalah superior dan lebih tinggi (darjatnya) dari yang berkulit gelap,” katanya lapor Bernama di sini hari ini.



Menteri Belia dan Sukan itu berkata walaupun Nga meminta maaf tetapi ia tidak memadai kerana perkataan yang digunakan bukan sekadar menyentuh warna kulit tetapi juga menggunakan perkataan haram jadah yang merujuk kepada keturunan seseorang.

“Perkataan itu menyinggung perasaan semua orang Melayu kerana haram jadah ialah perkataan paling hina yang bermaksud dalam Bahasa Inggeris ialah `bloody bastard’,” katanya.

Beliau berkata orang begini tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi menjadi wakil rakyat sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun kerusi Parlimen.

Katanya sekiranya kepimpinan DAP masih menamakan Nga untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, ia menggambarkan bahawa DAP merestui sikap biadap seperti itu.

“Dia kata dia anti perkauman tetapi bila dia melihat orang lain atas dasar warna kulit dia adalah parti yang rasis,” katanya.

Katanya semua pemimpin politik dalam negara perlu dididik tidak berpandangan dan menolak perkauman sempit serta tidak mengeluarkan kata-kata yang bersifat rasis, bukan sahaja pembangkang malahan Barisan Nasional (BN).

“Tidak boleh menghina seseorang berasaskan warna kulit. Ini ciri-ciri penting kepada sistem politik yang moden dan maju. Di Amerika Syarikat sendiri perkataan `black’ sudah ditukar kepada Afrika Amerika.


http://umno-reform2.com/front/images/stories/rais%20yatim.jpg

Seorang lagi ahli Majlis tertinggi Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Nga memohon maaf kepada Dr Zambry adalah kerana DAP telah terperangkap oleh isu itu.

Beliau berkata ini menunjukkan DAP dan rakan angkatan pembangkang amat diskriminasi terhadap masyarakat dan pemimpin-pemimpin BN.

“Kalau diibaratkan ini cara-cara mereka untuk menang tetapi kemenangan berasaskan kata-kata diskriminasi tidak akan bawa ke mana-mana,” katanya.

Dalam permohonan maafnya semalam, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis turut mendakwa kenyataannya disalah tafsir dan tidak membenci Zambry dan hanya merujuk pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN yang dianggapnya tidak sah.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata ucapan Nga itu jelas amat keterlaluan dan langsung tidak menampakkan budaya negara ini.

“Bukan setakat hitam metalik, tetapi penggunaan perkataan haram jadah menampakkan kebiadapan dan keangkuhan beliau. Satu kesalahan yang wajib dihukum dan dikenakan ke atas beliau oleh DAP yang mengaku memberikan keadilan untuk rakyat,” katanya.

Razali berkata Pas juga mesti bertanggungjawab kerana kenyataan Nga itu dibuat atas pentas ceramah Pas dengan sambutan dan sorak anggota mereka.

“Sehingga kini Pas masih membisu. Apa pendirian mereka dalam hal ini? Apakah diam bermakna mereka merestui kenyataan rasis Nga itu ? Permohonan maaf juga tidak dapat diterima. Beliau perlu dihukum,” katanya.

Sumber BERNAMA


Psssttt...Itulah yang DAP gunakan dalam menghasut Melayu itu sendiri membenci Melayu....Jangan jadi Melayu Bodoh macam PAS dan PKR

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Aktiviti Khalid Ibrahim MB Selangor Korek Pasir Secara Rakus Punca Kajang Dilanda Banjir - Azmin Ali


Banjir oh banjir. . . . .

Biasalah kan musim tengkujuh ni apa nak heran sangat dengan banjir yang melanda negara. Dah berpuluh tahun pekara macam ni berlaku dan kita dan biasa alaminya terutama rakyat Kelantan dan Terengganu.

Tetapi kali ni Kajang sebuah kawasan yang tidak pernah dalam sejarah nya mendapat musibat apabila banjir besar melanda Bandar Kajang dalam negeri Selangor ini.

Ramai rakyat sekitar Kajang malah boleh dikatakan seluruh Malaysia pelik bagaimana Kajang sebuah kawasan yang boleh dikatakan mustahil dalam kenaikan air menerima bala.

Gomo dan juga rakan blogger lain malam tadi sudah duduk berbincang akan hal Banjir di Kajang ini dan punca yang menyebabkan banjir ini adalah kerana aktiviti mengorek Pasir yang begitu rakus dilakukan oleh kerajaan Pakatan DAP,PAS,PKR Selangor.

Boss dalam aktiviti mengorek Pasir adalah abang kepada MB Selangor Khalid Ibrahim dan sudah pasti bila isu banjir ini berlaku maka kita perlu meminta MB Selangor menjelaskan kepada semua bagaimana aktiviti korek pasir ini berlaku sehingga menyebabkan banjir besar di Kajang.

Rakyat Kajang semestinya ingin mengetahui bagaimana Abang Khalid Ibrahim melakukan kerjanya dan rakyat juga ingin tahu mengapa banjir melanda Kajang dalam masa sekelip mata.

Boss Korek Pasir adalah Abang Khalid Ibrahim MB Selangor. Apakah sistem keronisme ini akan memberikan imuniti kepada Abang Khalid Ibrahim agar tidak dipersalahkan akibat banjir yang melanda kajang?

Sama sama kita tunggu jawapan MB Selangor.


Psssttt. . . Tu lah bila rakus merompak harta rakyat,rakyat kajang nak cakap apa?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP