"UMNO Siap Bersama Bala Tentera Cyber" - Terima Kasih Zahid Hamidi
Sunday, December 4, 2011
Naib Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi semalam ketika berucap di Persidangan UMNO telah menyatakan untuk UMNO bersama sama dengan Jentera Perang Cyber Pro Kerajaan.
Walaupun ringkas apa yang diucapkan oleh Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO ianya memberi makna besar kepada seluruh angkatan Blogger, Facebooker, Twiiterjaya dan mana mana laman yang berperang dalam mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional.
Gomo dan juga rakan rakan lain petang semalam merasa bangga apabila seorang Naib Presiden yang tertinggi dalam kepimpinan UMNO mengiktiraf sumbangan dan juga gerak kerja yang kami para pejuang media cyber lakukan walaupun tampa Upah dan juga penghargaan.
Ini contoh jelas kepada kita semua para pejuang Cyber bahawa kepimpinan UMNO semakin membuka mata dan tidak melihat disatu sudut sahaja dan ianya adalah merangkumi semua pihak tidak kira sama ada ianya UMB yang diiktiraf UMNO mahupun Pejuang Jalanan yang tidak terikat dengan UMNO.
Harus kita ingat pejuang yang ada hari ini bukanlah dijanakan oleh UMNO sebaliknya ianya adalah usaha individu itu sendiri dalam meluahkan kekecewaan dan bosan dengan karenah Pakatan Pembangkang yang sentiasa menipu rakyat demi kuasa politik mereka.
Unit Media Baru yang SAH dibawah UMNO semestinya mendapat banyak keistimewaan ibarat RTM yang duduk dibawah kerajaan. Namun pejuang jalanan yang lain juga memainkan peranan yang besar buat BN sepertimana ASTRO yang tidak bertuan.
Mahu tidak mahu UMNO mesti mengambil tahu keadaan hari ini yang mana UMNO tidak lagi boleh untuk mengharapkan ahli ataupun pejuang UMNO itu sendiri sebaliknya mekanisma lain diperlukan dalam memastikan tentera Perang Cyber pro kerajaan mematikan langkah yang dimainkan Pencacai Cyber Pakatan Pembangkang.
Dato Seri Najib Razak menyatakan "Winning Candidate" dalam meletakkan calon PRU 13 kelak, tetapi mungkin ramai tidak sedar dalam media baru juga maksud tersebut haruslah diguna pakai.
Gomo mengambil contoh mudah buat semua, sebagai contoh Bekas PKR dilantik menjadi Senator dan menjadi aset buat Kerajaan dalam menentang Pembangkang. Kenapa pula UMNO tidak mengambil pendekatan yang sama iaitu dengan turut sama Mengiktiraf Pejuang Cyber yang bukan UMB dibawah UMNO tetapi menyokong Kerajaan sebagai Panglima panglima dalam peperangan Cyber ini?
Harus diingat bahawa PRU13 merupakan satu pilihanraya yang sengit dan segala yang ada akan digunakan dalam memastikan menang pilihanraya. Adalah satu kerugian kepada BN jika mengabaikan pejuang pejuang maya yang ada ini. Adalah satu kerugiaan apabila UMNO hanya mengiktiraf UMB tetapi tidak kepada pejuang pejuang Cyber yang lain.
Gomo harap dengan apa yang dinyatakan oleh Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi akan kesudian UMNO untuk bersama pejuang maya membuka mata pihak pihak lain agar tidak hanya melihat Agen Rasmi kepada UMNO sahaja. Buka mata, buka telinga dan lihat peperangan yang ada dalam dunia Cyber hari ini.
Kesemua pihak sama ada UMB, Indidvidu, ataupun Polong Tak bertuan mestilah dijaga dalam memastikan kita pro Kerajaan tidak tewas dalam peperangan media baru. UMNO tidak perlu lagi merasa takut untuk berkerjasama dengan para tentera Cyber kerana ini adalah perjuangan yang dituntut dalam mencapai matlamat yang sama iaitu demi Agama Bangsa dan Negara.
Psssttt.... Terima Kasih kepada Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO atas ucapan beliau. "Nice to Meet U Sir"
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

