Kerakusan Abang MB Selangor Yang Kaki Korek Punca Kajang Dilanda Banjir - Eli Wong
Tuesday, December 6, 2011
Jumaat lalu kita dikejutkan dengan banjir yang melanda bandar Kajang yang mana terletak dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR Selangor. Memang dasyat jika kita lihat video diatas yang mana hampir sama seperti Tsunami yang melanda Dunia tempoh lalu.
Apa yang Gomo nak nyatakan disini adalah punca utama yang menjadikan Kajang sebuah bandar yang tidak pernah mengalami banjir secara tiba tiba dilanda musibat.
KOREK PASIR dan itulah yang menjadi punca utama penyebab banjir yang melanda Kajang. Aktiviti korek pasir yang dilakukan oleh syarikat kumpulan semester Sdn Bhd yang mana CEO nya adalah abang Khalid Ibrahim MB Selangor.
Aktiviti korek pasir secara rakus telah menyebabkan banyak masaalah timbul apabila musim hujan dan inilah penyebabnya dimana kumpulan Semester milik Abang Khalid Ibrahim MB Selangor tidak mengambil kira akan keadaan setempat dan juga sistem peparitan yang ada dalam negeri Selangor.
Bagaimana boleh banjir sebegitu melanda Kajang jika kerakusan demi kerakusan dilakukan oleh Keroni keroni MB yang tamakkan wang jutaan ringgit dalam meratah hasil kekayaan bumi Selangor? Itu lah menjadi masaalah kepada rakyat Selangor kerana semakin hari semakin alpa akan rompakan yang dilakukan mereka yang berkepentingan dalam Selangor.
Projek tebatan banjir di Hulu Langat yang sepatutnya dibina telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan PAS,DAP dan DAP atas alasan projek tersebut dikatakan membazir. Namun ironinya jika projek tebatan banjir wujud maka ianya dapat menghalang banjir dari melanda Kajang dan kawasan sekitar yang lain.
Khalid Ibrahim MB Selangor sehingga kehari ini masih lagi berdiam diri dari menampilkan hasil keputusan kerajaan Pakatan atas banjir yang melanda Kajang. Kenapa berdiam diri? Kenapa tidak nyatakan pekara yang benar buat rakyat Selangor khususnya penduduk Kajang?
Sumber rapat dari Kajang juga mengesahkan banyak aktiviti penyelenggaran yang sebelum ini dibawah kerajaan BN dilakukan sekitar Kajang kini tiada lagi setelah dibawah kerajaan Pakatan.
longkang tidak dikorek bagi membuang pasir dan serba serbi didalamnya. Sungai tidak diselenggara berbulan bulan dan semua ini adalah kerana korupsi yang dilakukan pemimpin Pakatan Selangor.Wang bagi selenggara diambil namun penyelenggaran tidak dibuat.
Apa sekalipun banjir di Kajang sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak bahawa kerajaan Pakatan Selangor tidak pandai mengurus melainkan rompakan dan samun yang mereka lakukan dalan mencari kemewahan.
Syarikat Kumpulan Semester yang menjalankan aktiviti mengorek pasir adalah abang kepada MB Selangor yang mana juga jelas menunjukkan Keronisme dalam PKR begitu menebal sama sekali.
Percayalah semua bahawa Khalid Ibrahim dan kepimpinan pakatan Selangor akan menyalahkan UMNO atas apa yang berlaku. Jika merempat penduduk Selangor sekalipun yang kaya dan jutawan adalah pemimpin Pakatan PAS, DAP dan PAS.
Rakyat Kajang perlu tampil meminta penjelasan MB Selangor bagaimana banjir boleh melanda Kajang. Rakyat Selangor sendiri mampu mengubahnya.
Abang Khalid Ibrahim Korek Pasir,
Khalid Ibrahim Korek Eli Wong,
Anwar Ibrahim Korek China Doll,
Teresa Kok Korek Bontot.
Psssttt. . . Abang tauke Pasir, adik dia MB Selangor. Masyukkkkkkk
Published with Blogger-droid v1.7.4
Read more...







