KANTOI - Video MB Terengganu Asyik Membalun Pulak Tersebar
Monday, December 12, 2011
Sebelum ini kecoh mengenai dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang menyatakan MB Terengganu telah ditangkap Khalwat dan kemudiannya telah berkahwin dengan gadis tersebut. Itulah ragam Fitnah yang selalu dilemparkan oleh puak pakatan pembangkang ini. Blogger yang menyebarkan dakwaan tersebut akan disaman apabila segala dokumen lengkap disediakan oleh pihak MB Terengganu.
Namun mereka pembangkang tidak serik serik dengan Fitnah dan semalam MB Terengganu:
"Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyaman seorang wakil rakyat pembangkang yang didakwa memfitnah beliau berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta. Ahmad memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Khamis bahawa tindakan undang-undang terhadap Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) akan diambil segera kerana dakwaannya itu telah menjejaskan nama baik beliau dan kerajaan negeri.
"Dia mendakwa telah berlaku salah laku dan penyelewengan serta kebocoran dalam kontrak bekalan pakaian sekolah kepada satu syarikat bernilai hampir RM10 juta, setiap tahun selama tiga tahun dengan jumlah keseluruhan kontrak RM28.47 juta dan dikecualikan daripada proses tender, sedangkan dalam laporan Ketua Audit Negara, kontrak hanya satu tahun sahaja iaitu 2009.
"Nilai kontrak sebenar RM7.995 juta sahaja bukannya RM10 juta seperti yang dibohongi itu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 yang dibentang oleh beliau Isnin lepas. Bernama melaporkan Ahmad berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai. Beliau berkata pembohongan itu turut disiarkan dalam kolum Syed Azman, 'Ganu Kite' dalam akhbar Pas, Harakah, edisi 11-13 Nov lepas.
Selain Syed Azman, tindakan serupa juga akan diambil terhadap Harakah, pengerusi dan penerbit Harakah dan semua yang terlibat. "Saya sudah menghubungi peguam dan tindakan (saman) ini akan diambil dalam masa terdekat," katanya
Sumber AGenda Daily
Nah itu dia Saman mengenai Fitnah dari YB PAS berkenaan isu menfitnah MB. Untuk makluman semua Adun PAS Batu Burok ini sebenarnya adalah manusia yang cukup besar pembohongannya dan boleh dikatakan ada persamaan dengan Anwar Ibrahim.
Malah si Badigol PAS ini juga telah KANTOI BERBOHONG didalam dewan sidang Dun satu tika lalu apabila menfitnah MB dan kerajaan BN Terengganu. Ya itu didalam dewan Dun pembohongan yang tidak berupaya untuk menyaman. Namun dengan kenyataan diakhbar Haprak ini menjadikan YB PAS Chekmate sama sekali.
Mari saksikan video Pembohongan Bersiri Adun PAS Batu Burok ini....
PART 1
PART 2
Apa komen juak juak PAS sekalian? Terbukti pemimpin mereka Pembohong Bersiri.
Psssttt...Kantoi lagi.......hua hua hua
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT



