Belum diam lagi desakan demi desakan yang meminta Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Suara sumbang yang mendesak itu bukannya datang dari pihak pembangkang tetapi dari kalangan pemimpin Barisan Nasional sendiri. Mulut orang bukan senang kita nak tutup namun itulah realitinya apa yang ada dalam Barisan Nasional terutamanya UMNO.
Gomo tidak menafikan isu Lembu memang panas dan dikaitkan pula dengan Kak Jat Ketua Wanita UMNO memandangkan yang menjalankan projek Lembu di Gemas N. Sembilan itu adalah suami Kak Jat.
Namun demikian apakah Kak Jat terlibat? Apakah Kak Jat yang menjadi perantaraan dalam projek NFC itu? Disudut mana Kak Jat terlibat? Apakah dengan menjadi Isteri kepada pemilik NFC maka Kak Jat perlu diasak dan ditekan sehingga meminta beliau berundur dari jawatan yang disandang?
Pemimpin Pemimpin BN yang mendesak Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatan sebenarnya tahu
Kronologi Ladang lembu Fiedlot ini. Mereka sebenarnya amat faham dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Malah mereka ini juga tahu bahawa Shahrizat Jalil tidak langsung terlibat dalam proses mendapatkan tender, pinjaman serta serba serbi yang bersangkut paut dengan NFC.
Gomo? Gomo dan rakan rakan lain sudah mengetahui apa yang berlaku, kami juga telah mendapat penerangan dari pelbagai pihak yang terlibat dalam projek NFC ini malah kami juga telah turun dan melihat sendiri ladang Lembu NFC di Gemas N. Sembilan.
100% Kak Jat tidak terlibat dan tidak sepatutnya didesak untuk berundur.
Pembangkang sememangnya mahukan Kak Jat ketua Wanita UMNO berundur kerana Wanita UMNO yang dikepalai Kak Jat pada tiap kali PRK mendatangkan impak yang besar dalam menarik pengundi khusunya kaum wanita. Kita sendiri boleh lihat bagaimana pada dua pilihanraya terakhir di Tenang dan Kerdau Wanita UMNO membangkitkan
"Gelombang Merah" yang sememangnya ditakuti oleh pembangkang. Untuk mematikan langkah wanita UMNO dalam gerak kerja mereka si Kepala mesti dimatikan dan Kak Jat lah merupakan sasaran mereka yang paling penting.
Kehebatan pembangkang dalam isu ini ialah mereka hanya mengeluarkan isu dan selebihnya dianyam sendiri oleh para ahli UMNO dan Barisan Nasional dalam melicinkan apa yang pembangkang mahukan. Ini masaalah utama dalam UMNO kerana mudah terhasut dan terpengaruh walaupun mereka itu sendiri tidak tahu pucuk pangkal cerita yang sebenar.
UMNO mempunyai Dato Seri Najib Razak sebagai pemimpin malah didalam kerajaan Malaysia Najib Razak lah juga Perdana Menteri yang juga merupakan
BOSS kepada Kak Jat selaku Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Undur atau tidak, Letak Jawatan atau Kekal biarkan Najib Razak yang menentukannya. Bukan pemimpin lain yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi yang lebih sudu dari kuah dalam hal ini.
Buat pemimpin UMNO yang meminta Shahrizat Jalil meletakkan jawatan adalah diminta untuk anda berjumpa dan bertanyakan sendiri kepada pihak pihak yang terlibat dalam Projek NFC. Tanya pada mereka dimanakah pembabitan Kak Jat dan apakah yang boleh dikaitkan dengan Kak Jat dalam isu NFC ini.
Pemimpin dan ahli UMNO perlu melakukan
Tranformasi kata Najib Razak, namun dalam diri mereka ini kebanyakkan nya masih lagi ditakuk lama yang lebih suka menjadi langau dalam mematikan sesama sendiri.
Gambar Bogel Orang Lain Kak Jat Pula Yang Didesak Letak Jawatan......

Adun Bukit Lanjan Yang Juga EXCO Negeri Selangor
Lihat sahaja pembangkang yang Gomo boleh katakan pandai bermuka muka sampaikan Eli Wong Adun Bukit Lanjang PKR yang terbukti mengalami masaalah moral yang mana
gambar Bogelnya tersebar masih Kekal sebagai Adun dan jawatan Exco kerajaan negeri.

"Ketua Pakatan"
Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Azmin Ali, Saifuddin Nasution, dan ramai lagi pemimpin pembangkang terutamanya PKR mempunyai masaalah moral yang begitu teruk sama sekali berbanding Kak Jat yang hanya merupakan isteri kepada pemilik syarikat NFC. Apakah ada desakan dari dalaman PKR untuk mereka yang terlibat dalam masaalah moral dan kreabiliti ini untuk meletakkan jawatan? Malah mereka yang sudah terbukti bersalah ini diangkat dan dijulang sehingga mematikan isu keruntuhan moral tersebut.

Skandal China Doll
Kita perlu belajar akan hal ini, rakyat dibawah yang merupakan pengundi mempunyai mata, telinga dan mulut. Jika
penjelasan dan penerangan kita salurkan kepada mereka dalam pelbagai isu maka ianya akan mampu membersihkan nama para pemimpin kita yang difitnah pembangkang.

"Dimana masaalah Moral Kak Jat?"
Pada Gomo Shahrizat Jalil perlu kekal dengan jawatan yang disandang waktu ini dan kepada mereka yang mendesak untuk Kak Jat meletakkan jawatan perlulah tampil kehadapan bertanyakan mengenai isu sebenar NFC dengan pihak pihak yang terlibat. Kami juga para Blogger yang difitnah sebagai Blogger Lembu sudi menerangkan secara peribadi kepada mana mana pemimpin akan isu ini.
Psssttt... Modus operandi pembangkang dimudahkan dengan kerja orang BN sendiri.DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Read more...