PUNKS Not Dead - Jangan Bersikap Kejam Kepada Mereka Ini

Friday, December 16, 2011


KEJAM

Pihak berkuasa kerajaan Aceh terpaksa bertindak keras ke atas berpuluh-puluh orang pemuda peminat rock berambut punks dengan mencukur kepala mereka, merampas tindikan di badannya dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak dalam usaha membanteras gejala sosial buruk yang boleh mengancam nilai- nilai Islam yang sedang diterapkan di negeri itu.

GOMO: Adalah satu tindakan yang kejam sebenarnya dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan Aceh ini ke atas anak anak muda yang berambut PUNKS sepertimana didalam gambar diatas. Apa rasionalnya membuat hukuman tersebut keatas anak anak muda itu?


PUNKS NOT DEAD

Gomo harap kerajaan Malaysia tidak melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan Aceh ke atas anak anak muda PUNKS di Malaysia. PUNKS bukan nya mengakibatkan masaalah yang besar di Malaysia ini malah boleh Gomo katakan PUNKS di Malaysia ini lebih baik dengan apa yang ada di negara luar.

Budaya PUNKS ini sudah lama dan Gomo sendiri akui meminati PUNKS diperingkat remaja yang lalu. PUNKS, SKIN HEAD dan banyak lagi kumpulan wujud dari dulu sehingga kini. Mereka ini adalah remaja yang meminati Muzik dan juga konsep yang ada dalam PUNKS.

Bukan Gomo nak menggalakkan budaya PUNKS ini berleluasa di Malaysia namun sebagai sebuah negara yang bertamadun Malaysia harus membuka mata akan generasi sebegini yang akan sentiasa wujud walaupun dibendung macam mana sekalipun.

Benar ada PUNKS yang terlibat dalam gejala sosial namun tidak semua PUNKS begitu. Sama lah juga dengan budaya Mat Rempit yang telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Dulu gaya mereka lain dan sekarang ini lebih lain namun aktiviti merempit tetap sama.

Begitu juga dengan budaya Dadah yang dulunya bila berpakaian selekeh dan compang camping maka kita akan katakan itulah Pengaih Dadah. Sekarang ini pakai kemas bertali leher juga tidak terkecuali dari menjadi penagih dadah.

Kepada anak anak muda Melayu diluar sana, ini adalah masa anda, zaman anda maka lakukan apa yang dirasakan perlu tampa menjejaskan Ibu Bapa anda dan juga jati diri anda sebagai Umat Islam dan orang Melayu.



Nak Bangging? Nak Enjoy? Nak Lepak? Apa sahaja boleh dilakukan selagi ianya tidak menyalahi undang undang. Papa Gomo akan terus menyokong apa sahaja yang anak muda lakukan dalam memastikan saat saat manis zaman remaja ini ditempuhi demi pengalaman yang akan datang.


Psssttt... Gua dulu pakai telur beb nak keraskan rambut..ha ha ha


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Read more...

Anwar Ibrahim Tak Peduli....

Apa pun yang berlaku Anwar Ibrahim akan terus menuntut hak gila nya iaitu Jawatan Perdana Menteri. Apa pun beliau tak hirau selagi kuasa Perdana Menteri tidak beliau perolehi.



Ketua Pembangkang Daituk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan didapati bersalah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. Ianya bukan disebabkan beliau mengiyakan perlakukan tersebut, akan tetapi ianya adalah Konspirasi jahat bagi menghalang beliau menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan berjuang menumbangkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib waimah dipenjarakan atas pertuduhan tersebut.

Anwar akan meneruskan penguatkuasaan kesatuan Pakatan untuk mengaplikasi perjuangan reformasi beliau walaupun pada ketika itu beliau menjangkakan akan dipenjarakan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut walaubagaimanapun tidak berminat untuk mempersoalkan tindakan bekas Pembantu beliau Saiful Bukhari, akan tetapi musykil dengan tarikh yang dipilih bagi membuat keputusan kes beliau itu.

Anwar mendakwa tarikh 9 Januari tersebut merupakan akan disusuli dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan.


Semoga Rakyat Malaysia sedar akan hal ini.....

Psssttt ... Anwar Al Juburi Harus Bertaubat

Read more...

Snipet

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP